10 fakta yang patut anda tahu tentang buku!

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Orang yang rajin membaca mesti suka baca fakta ini. Cuma fakta ni tak menyeluruh (mungkin la, sebab anjang pun tak baca direct dari tulisan Gabriel, cuma baca di Twitter Dato’ Johan Jaafar je). Rasanya tak dimasukkan dalam kajian dia, kitab-kitab di zaman kegemilangan Bani Abbasiyah hingga tamadun ilmiah itu dimusnahkan oleh tentera Monggol. Ketika umat Islam berada di puncak kemashuran ilmu pengetahuan dengan kepakaran dalam banyak disiplin ilmu. Ilmu dunia dan agama. Bangsa di Eropah masih dalam kejahilan. Malangnya umat Islam, bila terlalu asyik dengan ilmu, tidak dengan amalan. Mahir berbahas tetapi tidak memikirkan penerimaan Tuhan terhadap amalan. Kuat berfikir, kurang berzikir. Cinta dunia dan takut mati, maka Allah datangkan musuh yang tak tahu menilai ilmu, lalu dimusnahkan tamadun yang dibina ratusan tahun. Hanya sebahagian kecil yang sampai pada kita, generasi akhir zaman. Lebih malang lagi, dengan ilmu yang sedikit itulah, sebahagian umat Islam berbangga-bangga, merasakan dia saja dalam kebenaran sedangkan dia belum membaca atau mengetahui pendapat entah berapa ribu ulama-ulama muktabar yang lain.

Ampunkan kami Tuhan.
Muar.
7.59am, Nov 20, 2013

10 fakta yang patut anda tahu tentang buku (berdasarkan buku “So Many Books” oleh Gabriel Zaid).
1. Satu judul baharu terbit setiap 30 saat
2. Hanya 100 judul buku terbit pada tahun 1450 apabila mesin cetak Gutenberg bermula. Tahun ini sejuta judul buku diterbitkan di dunia.
3. Semakin banyak stesen TV, semakin banyak buku diterbitkan, bukan sebaliknya. Tahun ’50 terdapat 100 judul bagi sejuta manusia, kini 167
4. Bagi setiap buku yang anda baca dalam sehari, anda terlepas 4,000 judul buku baharu yang terbit hari itu.
5. Dalam setahun rak sepanjang 24 kilometer diperlukan untuk menampung semua buku yang terbit
6. Jumlah semua filem yang dibuat di dunia kurang daripadaa 1% jumlah buku yang pernah terbit.
7. Manusia lebih cepat menerbit daripada membaca.
8. Negara maju menerbitkan 10 kali ganda judul buku per kapita daripada negara membangun.
9. Setakat ini manusia telah menerbitkan 50 juta judul buku.
10. Anda memerlukan 250,000 tahun bagi membaca semua buku yg pernah diterbitkan
Dipetik dari:
http://twitter.com/Johan_Jaaffar/

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “10 fakta yang patut anda tahu tentang buku!

  • November 20, 2013 at 2:46 am
    Permalink

    Klu ikot anggarn org y membce sme laju mcm org y mngeluarkn fakta..memg amek mse 250,000 taun..utk abis kn..
    Tpi klu org y bce satu buku amek mse semiggu brpe taun lak nak abis kn??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *