***Be Muslim! Not Malay!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

IMG_00004734

Salam ceria,
Berkawan itu fitrah. Ertinya, manusia dilahirkan ke dunia dalam keadaan (apabila telah sampai usia) suka berkawan. Seronok mempunyai teman-teman. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan itu mempunyai minat yang sama. Kecenderungan yang hampir sama antara satu sama lain.

Jumaat lepas, anjang berada di Bandar Ikhwan BCH. Biasanya bila agak ‘free’, anjang akan berbual-bual dengan Pak Ya di Kafe Ikhwan pelbagai isu khususnya yang berkaitan dengan penambahbaikan kafe. Abg Zahari pun ada. Zaman anjang remaja di Sg Pencala, dia jaga rumah tamu. Pernah juga sama-sama berkhidmat di Damascus, Syria. Isterinya, Kak Fizah pakar memasak. Kak Shima pula berkhidmat di Poliklinik Ikhwan. Sedang kami berbual-bual datang seorang pelanggan, turun dari kereta Camry bersalam-salaman dan duduk di meja kami.

Bertubuh agak kurus, sederhana besar berspek, Chinese look. Amat mesra terus bercerita dari topik ke topik. Setelah lebih 10 minit berbual, barulah dia perkenalkan dirinya sebagai Dr Azman Adnan. Fokus cerita Dr Azman adalah berkenaan isterinya yang Allah uji dengan barah payudara peringkat ke 4. Kalau tak silap anjang dah 18 tahun dia menderita barah. Moga Allah sembuhkannya dan memberi pahala atas kesabarannya menanggung derita. Dr Azman pula sangat setia membantu menguruskan isterinya, tahun demi tahun tanpa jemu.

Anjang perhatikan dia sangat tabah dan redha menerima dugaan ini. Bukan sedikit belanja yang digunakan untuk rawatan. Sekali rawatan kemoterapi di klinik swasta mencecah puluhan ribu ringgit. Segala macam ubat dia telah usahakan: akar pokok Naga, biji Apricot, kuat susu harimau dll. Bermacam-macam jenis Ustaz datang membuang jin di rumahnya. Bukan atas permintaannya, demi meraikan kehendak orang Dr terima juga, hingga hilang kepercayaannya terhadap pengamal perubatan begini. Ada yang mendakwa rumahnya dihuni berbelas ribu pocong. Sempat pula Ustaz itu mengiranya. Ada pula mengatakan, pontianak menganggu isterinya. Kata Dr, “Ada ke pontianak yang bertugas mencekik manusia sampai mati sejak Nabi Adam sampai sekarang? Tak ada. Saya bangga kalau jadi orang yang pertama mati dicekik pontianak!”

Rancak berbual sampai hampir masuk waktu untuk solat Jumaat, lalu anjang minta izin bersiap untuk solat. Dr mempelawa anjang menaiki keretanya dan kami pergi bersama-sama ke Masjid Jamik BCH. Dalam kenderaan Dr kata,
“Kalau orang tanya saya, awak Melayu ke? Saya katakan, saya bukan Melayu. Saya Muslim, kerana orang Melayu boleh saja beragama Kristian dll. Malah paderi Kristian berbangsa melayu dah ada sejak saya di Universiti lagi. Sampai sekarang tak boleh buat apa-apa.”

“Jadi orang nak kata saya Melayu tak sedar diri, lupa diri ke terpulang. Kalau setakat Melayu, ramai pemimpin yang korup. Melayu masuk kristian dll. ”

“Harun tau tak sebab apa Mahathir takut pada Aruah Ustaz Ashaari? Sebab Ust Ashaari berjaya membina perpaduan di kalangan pengikutnya. Tu yang dia takut.”

“Ikhwan ni bagus, semua bisnes ada.” Sambil menujuk kepada Imarah Travel, ketika kami makan tengahari di bawah payung tepi kafe Ikhwan selepas Jumaat, sambil berseloroh Dr berkata,
“Ada 3 bisnes je Global Ikhwan tak ada: Pelacuran, senjatapi dan dadah, yang lain semua ada…”

Hehehe, kacau Dr ni, kalau ada bisnes tu, campur dengan black money lagi boleh kena tangkap ramai-ramai staf GISB. Apapun anjang seronok dapat bertemu dengan seorang pemegang PhD tetapi sangat mesra, berterus terang berkongsi cerita dan pengalaman. Ada banyak lagi pengalaman beliau di Masjid Nabi yang belum sempat anjang tulis. Moga di beri kesempatan.

Walaupun dah seminggu berlalu, anjang selalu teringatkan Dr Azman dan isterinya. Rasanya tak salah kalau isteri Dr Azman mencuba SNE. Sebab menurut testimoni klinikal terdapat kesan yang ketara rawatan kanser kepada pesakit dengan hanya kemoterapi berbanding SNE+kemoterapi seperti carta di bawah:


Kesimpulan:
Antara 128 pesakit kanser yang mengambil bahagian dalam ujian klinikal,
12 orang pengidap tumor otak
16 orang pengidap kanser esofagus
16 orang pengidap kanser perut
18 orang pengidap kanser rahim
18 orang pengidap kanser kulit
12 orang pengidap kanser payu dara
24 orang pengidap kanser hati
12 orang pengidap kanser usus

80% berada ditahan terminal
20% pada peringkat pertengahan

Pesakit paling tua berumur 82tahun
Pesakit paling muda berumur 30 tahun
60% pesakit adalah lelaki

Ujian klinikal membuktikan SNE berupaya menguatkan sistem imun pesakit. Ia juga menggalakkan fungsi makrofaj dan memanjangkan usia pesakit kanser (dengan izin Allah)

Ia mempunyai kesan analgesik dan pensterilan yang ketara, dengan kadar kelegaan sakit setinggi 93%. Kadar penyembuhan kulit selepas radioterapi ialah 100%. Ini dakwaan pihak syarikat. Hehehe. Cubalha! Kut-kut serasi. Usaha cara makhluk, cara hamba, kerana kita hamba Allah. Kita berusaha berubat tetapi minta kesembuhan dariNya. Berubat itu perintah Allah. Meminta kesembuhan juga perintah Allah. Kedua-duanya diberi pahala. Itulah kenangan Jumaat lepas. Bagaimana kenangan Jumaat beberapa dekad yang lalu pula? Itu kena baca tulisan Norden Mohamed di bawah.

Ampun maaf.
Imarah Travel.
5.48am, Nov 29, 2013

Malam Jumaat yang bererti

OLEH: NORDEN MOHAMED
Tarikh: November 27, 2013
RAKYAT negeri ‘Ujung Tanah’ menyambut dengan gembira apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengumumkan perubahan hari cuti mingguan mulai Januari 2014 di Hari Keputeraan Baginda baru-baru ini. Sebelum baginda mengumumkannya, dokumen rasmi Kertas Tindakan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri berhubung dengan cadangan perubahan cuti itu telah tersebar di internet. Agaknya, rahsia itu disebar kerana penyebarnya turut teruja dengan perubahan itu.

Saya teringat ketika di zaman persekolahan rendah di Mersing, Johor. Hari Jumaat dan Sabtu adalah hari cuti mingguan. Kerana itu, hari Khamis adalah hari gembira buat saya kerana esoknya hari cuti. Pada malam Jumaat, saya dan kawan-kawan sekampung akan memakmurkan surau kerana ada bacaan Yassin. Selepas solat Isyak pula ada jamuan kuih-muih, ada bubur kacang atau pulut kuning yang disedekahkan oleh orang kampung. Kami makan sekenyang-kenyangnya. Kalau tak habis, boleh dibawa pulang.

Keesokannya, pagi-pagi lagi emak sudah menjerit mengingatkan saya supaya mencuci kasut sekolah. Kemudian abah pula akan memerintah saya untuk membasuh basikal selepas memotong kuku dan mandi sekali lagi sebelum sembahyang Jumaat. Menjelang jam 11.00 pagi emak sudah siap menggosok baju Melayu teluk belanga dan samping kami.

Abang pula akan memberuskan songkok terlebih dahulu sebelum menyarungkannya di kepala saya. Selalunya abang akan menanti saya memakai samping sebelum menghempuk songkok di kepala saya hingga kulup. Bila tak nampak, saya yang sedang membelit kain samping akan terhuyung-hayang bila gelap pandangan hingga jatuh tergolek. Abah akan bising bila saya bertengkar dengan abang. Dia tidak mahu lewat berbasikal ke masjid jamek yang jauhnya 1.5 kilometer dari rumah.

Selepas sembahyang, kerap juga abah bawa saya dan abang untuk makan nasi beriyani ayam di Restoran Medina di bandar Mersing. Minuman yang dipesannya pula ialah Ginger Beer yang pada mulanya saya tidak berani minum kerana namanya. Abanglah yang selalu menakutkan saya.

Begitulah, Jumaat adalah hari santai. Sabtu pula hari untuk menyapu laman, merumput, memerun dan membuat batas ubi serta sayur di belakang rumah. Itulah hari-hari di mana saya dapat rapat dengan abah yang bekerja pada hari-hari lain.

Saya percaya, dengan perubahan hari cuti mingguan kepada hari Jumaat di Johor mulai tahun depan, keselesaan bersolat pada hari itu akan mempererat hubungan anak dan ayah. Mereka yang bercuti pada hari itu juga tidak perlu tergesa-gesa makan dan masuk kerja semula kerana kesuntukan masa. Mudah-mudahan mereka dapat pulang ke rumah untuk berehat sebelum bersantai bersama keluarga.

Memang benar, ada berpendapat tidak perlu Jumaat dijadikan hari cuti semata-mata untuk memberi masa bersolat Jumaat. Jika kita berebut solat Jumaat kerana hendak mengejar waktu untuk pergi membeli-belah atau pulang ke kampung, tidak ada bezanya Jumaat dengan hari Sabtu atau Ahad sebagai hari cuti.

Namun, jika dilihat mengenai pelbagai keutamaan hari Jumaat dalam konteks persediaan, penghayatan dan makna bersolat Jumaat itu sendiri mengikut pelbagai hadis sahih yang antaranya diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, kita akan dapat lihat peri pentingnya hari Jumaat diberi sebagai hari khas untuk beribadah.

Dari sudut ekonomi pun ia tidak akan menjejaskan, malah akan merancakkan. Jika selama ini cuti keseluruhannya adalah pada Sabtu dan Ahad, cuti pada hari Jumaat sebenarnya menambah satu hari lagi hari percutian secara keseluruhan. Aktiviti membeli-belah dan pelancongan tempatan akan meningkat. Apabila sebahagian daripada warga negeri itu bercuti pada hari Jumaat, ia mengurangkan pula kesesakan jalanraya di bandar-bandar negeri itu kerana berlakunya penyuraian trafik. Sebaiknya negeri lain juga patut mengikuti jejak langkah kerajaan Johor, Kedah, Terengganu dan Kelantan yang bercuti pada hari Jumaat.

Tambahan pula, ia akan meniupkan kembali erti istilah ‘malam Jumaat.’ Jangan lupa, kita masih jauh lagi daripada memenuhi matlamat penduduk 70 juta kerana banci penduduk Malaysia pada tahun 2010 hanya men[truncated by WhatsApp]

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *