***Pemain Import***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Tuan-tuan Pak M, Raja, Safiri, Hj Talhah, Mokhtar bukan orang asing bagi siapa yang pernah sampai ke GISB Mekah dan Madinah. Pak M arkitek di chalet NM, mengecat dinding luar dengan tulisan yang terpampang jelas dari lebuhraya Mekah-Madinah, dekat Syumaisi/Hudaibiyah.”Selamat Datang ke Chalet Nur Muhammad.” Tn Raja, ketua peladang kurma di Ladang Kurma GISB di Baidha’, Madinah. Tn Safiri banyak bersuluk di Mat’am As Sari, mencuci segala periuk, kuali, belanga dan peralatan memasak setelah En Inam dan En Azam memasak dan dihantar ke hotel-hotel. Atau setelah En Ishak selesai tanak nasi dan dihantar bersama lauk pauk. Hj Talhah, orang kuat chalet. Wireman. Dengan topi cowboy dan pakaian kerja, membuat kerja-kerja letrik dan penyelenggaraan. Tn Mokhtar penyambut tetamu di kalangan jemaah umrah. Memberi penerangan yang jelas tetapi dengan nada yang laju… hehe… kalut. tetapi itu semua tinggal kenangan.

Hari ini mereka di Kuala Terengganu. Datang dari Indonesia, Australia, Sabah untuk membantu membangunkan ‘penginapan’ untuk haiwan ternakan di sini. Hujan yang turun tanpa henti, di musim tengkujuh begini tak mengalang mereka dari terus bertugas. Apa salahnya, jauh berjalan ke KT sambil membantu buat kerja-kerja kebajikan. Menambah-nambah ilmu dan membina rasa. Rasa kehambaan yang sudah tidak dititik beratkan oleh ramai manusia. Tetapi tidak dengan GISB yang cuba terus menerus mengusahakan agar ia dikekalkan.

Sebagaimana Tuhan tidak pernah lupa membekalkan kita oksigen, begitulah kita hamba-hambaNya sepatutnya kekal dalam mengingatiNya. Kekal takut denganNya. Malu denganNya. Kita yang hina, dipakaikan segala kebesaran. Malunya. Kekal rindu dengan NabiNya, kerana dari bagindalah kita memperolehi segala kejayaan dunia akhirat. Berkat bagindalah kita kenal Tuhan, dapat hidayah dan taufik.

Kuala Terengganu
8.50am, Dis 3, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *