***Pusat Jagaan Insan Bestari***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Terletak di Lot 4172-B, Lorong Serai 12, Kg Sungai Serai, Kuang 48050 Rawang, Selangor.
Melalui jalan sempit setelah keluar dari Jalan Kuang-Sg Serai. Disambut dengan 3 buah kolam yang tenang airnya. Sangat mendamaikan. Dengan beberapa kelompok pokok teratai berbunga putih dan merah menghiasi permukaan kolam. Sesekali muncul kumpulan anak haruan di gigi air, hidup bebas dalam air yang bersih kerana sistem keluar masuk airnya yang masih berfungsi.

Selain ternakan ribuan anak keli di kolam kedua, terdapat pelbagai jenis ikan di kolam utama yang mempunyai jeti ke tengah kolam menempatkan ruangan untuk menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Ruangan berbumbung yang boleh dijadikan tempat bersantai atau memancing ikan. Lemparkan pandangan ke permukaan air, kita akan melihat ratusan ekor ikan talapia merah berenang berkumpulan. Taburkan palet untuk melihat ikan-ikan menikmati makanan. Kap rumput, baung dan sesekali muncul pacu di celah-celah talapia merah. Ia adalah terapi minda dan perasaan. Maha Suci Tuhan, sesungguhnya aku tergolong dari orang-orang yang menzalimi diri.

Terdapat sebuah blok asrama menempatkan lebih 30 orang pelajar dan dijangka bertambah menjadi 50 orang tak lama lagi. Dengan tenaga 3 orang guru dan beberapa orang pembantu am. Sebuah surau, beberapa unit tandas, kawasan mandi berkolah pelajar-pelajar dapat beraktiviti bersama-sama untuk memupuk rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi junjungan.

Selain kelas fardhu ain di waktu pagi, pelajar dilatih bertani, menternak ikan dan berniaga. Bisnes apa tu? Otak-otak, Fuuh sedappp. Lupa kejap satay ASH. Dengan harga 80 sen sebungkus/sebatang, mereka boleh mendapat purata jualan sebanyak RM100 sehari. Ok apa? Dari duk menunggu belas kasihan orang je, baik latih berdikari dengan berniaga.

Para penderma lebih suka anak-anak pusat Jagaan berlatih berdikari. Bertani, menternak dan berniaga adalah kerja mulia. Ada puluhan ekor ayam kampung diternak di sebuah reban berbumbung dengan dinding papan dan jaring. Sebatang anak sungai mengalir di tengah-tengah kampung, di tumbuhi oleh pokok kali layau dan daun kesum. Mudah la nak buat laksa penang atau asam pedas Muar. Hehe.

Rumah staf pula, selain menjadi tempat penginapan juga sebagai rumah projek. Di sini pelbagai jenis kuih dihasilkan untuk jualan bagi menampung keperluan pusat jagaan ini. Ia juga bertindak sebagai dapur kepada seluruh penduduk di sini.

Beribadah bersama, makan minum bersama, beraktiviti bersama memupuk kasih sayang di antara penghuni, menggamit datangnya dermawan. Allah Maha Kaya, moga segala keringat, harta benda, wang ringgit yang mereka curahkan dilipat gandakan ganjarannya di sisinya.

Jom ke kolam!! Anjang nak lepak sini malam ni.

Pejabat kolam.
6.17pm, Dis 14, 2013

P/s tentu Kak Yati Sabikin dan Aishah dah sampai Jordan, menikmati kesejukan syita’ 2013-14. Selamat berjuang!!!

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Pusat Jagaan Insan Bestari***

  • December 14, 2013 at 1:06 pm
    Permalink

    Powerrr… lepas ni kolam tambah meriah. berkat datangnya orang-orang yang taat.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *