Kalilayau dan cendawan tekukur

Kongsikan kepada yang lain
Share

image

Inilah pokok kalilayau yang Abuya sebut dalam sajaknya. Salah satu tumbuhan melata di anak sungai atau parit yang menjadi makanan Abuya ketika kecil. Ketika itu kemiskinan merata. Untungnya banyak tumbuhan dan ikan darat belum banyak pupus oleh pembangunan. Sekarang? Semuanya sukar diperolehi. Keli sungai, puyu, sepat, haruan dll payah dicari.

Tapi, sapa nak rasa kali layau goreng dan cendawan terukur boleh la datang kolam.Masih ada di sini. Bagi mengenang nostalgia 30tahun dahulu. Cendawan tekukur goreng berada dengan kacang botol. Pergh!!! Kita dah import isteri En Wahab menjadi chef kehormat di sini. Cuma ikan kita tak pancing hari ini sebab lauk semalam masih banyak lagi..

Kolam, Kuang.
10.18am, Dis 15, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Kalilayau dan cendawan tekukur

  • December 15, 2013 at 10:53 am
    Permalink

    Cendawan tekukur -kalau di sabah dikenali juga dgn nama kulat KADAP. Memang menyelerakan walau hanya dimasak tumis. Mula2 tumbuk bersama anak udang(kalau ada udang sungai lagi sedap), lepas itu tumis bersama bawang besar sahaja, tambah garam secukup rasa dan perasa(aji no moto). Bila sudah masak angkat dan hidang.
    Ikan puyu -masih banyak di Kota Belud, Sabah tempat en. Amran. Banyak dijual di pasar mingguan samada hidup atau yg sudah dibuat jeruk ala Kota Belud dikenali dgn IKAN PANGI

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *