***Mat’am Al Andalus, Mekah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Mat’am NM di Irbid dah mula operasi semula semalam. Oleh kerana baru bermula di lokasi baru, kita hanya memberi perkhidmatan untuk sarapan pagi dan makan tengahari sahaja. Mulai esok akan ada roti canai dan masakan panas. Anjang tertarik dengan ruangnya yang luas di banding MNM lama di belakang funduk Hijazi Qadim. Sempit dan kurang selesa. Lebih-lebih lagi Mat’am Sehah di Damascus. Hehehe. Makan di luar dalam cuaca sejuk. Sangat sempit cuma boleh letak 1 meja sahaja.

Post kali ni tak nak fokus MNM Irbid tapi nak cerita tentang restoran GISB di Mekah. Ha, gempaq habieh! GISB masih bertahan di Mekah. Yes!!! Kalau korang ke Mekah, tunaikan umrah atau ada abang, adik, akak, acik, pak long, mak ngah, sanak saudara, kaum kerabat yang berpeluang ke sana mengerjakan umrah, jangan lupa baca post anjang kali ni dan amik note!

Sudah tentu apabila selesai menunaikan umrah yang wajib, tekak teringin memakan masakan Malaysia yang bukan katering, kerana al maklumlah katering selalunya disediakan oleh orang-orang Indonesia atau Thailand (Petani) yang berbeza citarasa dengan tekak Melayu Malaysia. Lebih-lebih lagi bukan masakan Timur Tengah yang berbeza dengan selera kita. Kalau begitu, pilihan terbaik korang atau saudara mara korang sudah tentu ke salah satu rangkaian bisnes GISB di luar negara iaitu Kafe GISB. Pelbagai makanan Malaysia ada di sini dengan harga yang berpatutan. Jom kita serbu!

Namanya Mat’am Al Andalus,
beralamat di Shohada’, Thoriq Madinah Al Munawwarah (Tana’im)
Muqabil Abraj Shohada’
Bijiwar Masraf Ar Rajhi.

Kalau susah sangat nak cari, korang call je no
Hj Syurahbil Amran: +966595445400.
Amik no ni, salin! Jangan tak amik.

Waktu operasi :
Sarapan: 6-10am

Korang pasti akan ceria kerana terdapat roti canai, roti telur (basuh punya) roti cheese, roti tisu, roti coklat dll lebih 10 jenis. Juga ada
Nasi Lemak Biasa dan Nasi Lemak Special Ayam. Cukup untuk mengembalikan tenaga yang dah hilang selepas tawaf dan saie. Jangan berlebih sangat, kalau over kolesterol aku tak tau… hehe.

Ala Carte (Masak Panas):
Bermula jam 4pm-11pm
Dengan menu istimewa seperti:
Ikan siakap 3 rasa, ikan steam, tom yam, kailan ikan masin, telur dadar, bistik, sotong/udang goreng tepung, paprik, anika nasi goreng, anika mi, anika bihun dan kuew teow, char kuew teow, mi Kung Fu, mi Hong Kong, Mi Bandung, sate unta, burger dan lebih 80 menu lain.
Hah! Baru puas hati. Banyak pilihan.

Jadi, kena singgah! Jangan tak singgah. Ramai yang dah merasai masakan chefnya En Muaz Angsri dan En Shatir Abd Kadir yang nampak sangat mahir mengendalikan dapur masakan panas. Antara yang telah menjamu selera di sini ialah YB Datuk Seri Hj Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjung Karang, Selangor dan Ahli Parlimen Baling, YB Dato’ Hj Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Ok, jumpa lagi.

Pejabat PJIB, Kuang.
1.54am, Dis 17, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *