***Cinta Pertama Pada Zaitun***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Dulu anjang tak minat makan buah zaitun. Asalnya memang tak pandai nak makan. Dengan pahitnya. Tak tau di mana sedapnya. Tapi Allah bersumpah dengan pokok/buah zaitun di dalam Al Quran. Sudah pasti ada keistimewaannya. Tapi bila dah lama duduk di Jordan dan Syria. Duduk berlama-lama pulak, jeruk Zaitun murah, dijual secara timbang kilo. Bukan dalam botol dan tin yang mahal dari Spain, jadi selalulah makan nasi berulam zaitun.

Rupanya bila dah hari-hari pekena, jadi sedap. Sedapnya di mana? Tang pahit-pahitnya, di hujungnya rasa lemak. Pergh. Tuan Azri pun akhirnya tewas, sama minat. Dah tiap hari, keluar bilik, masuk bilik di homestay ikhwan, Damascus. Lepak depan tv. Nak keluar rumah, Syria tak aman. ‘Perang’ sana sini. Jadi, apa yang dihidang oleh Chef Zul, kami ‘belasah’. Di situlah cinta pertama Tuan Azri dengan Zaitun.

Nak tahu info agak detail tentang Zaitun, apakata kalau korang tengok TV Ikhwan, klik je link di bawah:

http://tvikhwan.tv/zaitun/

Surau R & R Guthrie
1.35pm, Dis 20, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *