Iklan yang tak sepatutnya…

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Anjang mendapat info dari beberapa orang pembaca blog mengenai iklan di blog anjang. Antara yang maklumkan pada anjang ialah En Ibrahim Wonosobo, En Haris Paijo, En Mustafa Ahmad dan Ummul Miqdam sendiri. Ia bukan berkenaan iklan Jug Ajaib tapi berkenaan iklan di bawah artikel anjang.

Secara umum, iklan tak la jadi masalah kerana orang akan tengok sekali lalu je, tapi masalahnya iklan di blog anjang ni gambarnya tak elok. Gambar perempuan yang boleh membawa fitnah. Sebab itu kawan-kawan menegurnya. Terima kasih pada semua yang prihatin.

Cuma untuk info semua, supaya jelas tanpa sebarang keraguan, ingin anjang jelaskan bahawa gambar itu bukan anjang yang letakkan. Ia adalah iklan yang diletak oleh Word Press itu sendiri. Jadi:
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Ya, anjang tiada daya dan upaya nak membuangnya. Anjang tak pandai. Dah suruh beberapa orang tetapi dalam belum berjaya. Sebab apa tak boleh halang iklan masuk kerana WordPress yang anjang guna ni versi yang paling koman. Free je. Kalau tak mau iklan, kena guna versi berbayar. Jadi, anjang mohon bebanyak kemaafan kepada pembaca atas kelemahan ini.

Maaf zahir batin.

Homestay Ikhwan KK
1.06am, Dis 25, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “Iklan yang tak sepatutnya…

  • December 25, 2013 at 2:24 am
    Permalink

    Iklan -sepatutnya kita tak salahkan anjang(bukan membela). Sbb sedar tak sedar blog wordpress tu ciptaan yahudi. Dia org boleh je nak buat onar dlm blog termasuk blog anjang. Kalau tak nak tengok iklan tu kena buka blog anjang pakai BB je. Kwn2 tau juga kan siapa anjang. Moga2 Tuhan berpihak kepada org yg berbuat kebaikan, ampun maaf

    Reply
  • December 25, 2013 at 2:08 pm
    Permalink

    Assalam tuan yg budiman(berbudi dan beriman)….bukan bodek tau saje nak sebut…nak iklan yg tak sepatutnya ya…:)..

    Tuan cuba ni vitamin mungkin boleh meringankan beban heheh..downloadlah manalah tau Allah bantu.

    https://adblockplus.org/en/android

    Copy addres tu ye….cubalah..Assalam wrt…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *