***Tuan Hj Shamsudin di HKL***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Sihat dan sakit milik Tuhan. Tuhan boleh sehatkan. Tuhan boleh sakitkan. Oksigen sumber kehidupan kita pun dari Tuhan. Apa lagi kesihatan. Malah hidup dan mati pun milik mutlak Allah. Kita hanya diberi pinjaman. Habis tempoh masa, Allah akan ambil balik. Ada yang diambil sedikit-sedikit sebagai peringatan. Diberi masa untuk bertaubat dan kembali padaNya. Maha Baik Tuhan. Supaya bila mengadap Allah dalam keadaan suci, diampunkan dosa-dosa dan kesalahannya. Ada yang Tuhan rentap terus ketika sedang bermaksiat padaNya. Sedang bersuka ria, tanpa memikirkan dosa pahala. Lantaran marah Tuhan padanya, kembalilah mengadap Allah dalam kemurkaanNya.

Dapat mesej tahlil aruah Pak Mat dari En Jaafar di Masjid BCH terus mengingatkan kita pemergian Pak Mat dah berlalu lebih sebulan. Terlalu pantas masa berjalan. Baru BC mesej, dapat pula berita dari En Jai yang baru menziarahi Tuan Hj Shamsudin di HKL. Rupanya Tuan Hj dah 3 hari koma. Moga Allah merahmati dan memberi Tuan Hj pengampunan.

Menurut En Jai, keadaannya sekarang sudah tidak boleh makan. Bila makan, akan keluar semula. Air pun sudah tidak boleh masuk. En Jai menziarahinya dengan En Zahid dan Jalal Syeikh. Menurutnya lagi, doktor pun dah surender. Dah tak bagi apa-apa ubat. Oleh itu marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah agar memberi Tuan Haji kasih sayangNya, meningkatkan rohnya, menyehatkan beliau kembali.

Sesiapa yang berpeluang, elok menziarahinya di HKL, Wad 3B katil 13. Ampunkan kami Tuhan. Sehatkan Tuan Hj Shamsudin, kuatkan hatinya dan hati seluruh keluarganya denganMu Tuhan. Jadikanlah mereka dan kami semua menjadikan Allah dan Rasul sahaja matlamat hidup kami, agar kami selamat dunia dan akhirat. Amin.

8.29pm, Dis 26, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *