***Cakoi ASH***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Korang tau sejarah cakoi? Mari kita baca wikipedia. Sekali sekala, apa salahnya. Baca di bawah ye!

2 hari lepas ASH adakan kursus menyediakan Cakoi. Tenaga pengajar adalah Us Tahir Hutan Melintang dan isterinya. Yang belajar, staf-staf di ASH khasnya Us Azmin yang bakal berniaga cakoi di ASH dan kawan-kawan yang lain.

Yang bestnya Us Azmin ni, hari ni belajar, esoknya terus berniaga. Anjang dah rasa cakoi hasil air tangannya. Ok gak… layannn. cicah dengan kaya.

Kalau korang nak cuba, boleh la singgah ASH petang-petang. Boleh order masakan panas seperti kue tiew Kung Fu dan ‘try’ cakoi. Setau anjang, baru ada 2 tempat peniaga yang meniaga cakoi ‘halal’ di Tg Malim ni. Ha… apa lagi, mai la sini. Minum petang awal tahun sambil menikmati cakoi Us Azmin kita.

TM
9.18pm, Jan 1, 2014

Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Cakoi merupakan doh berbentuk panjang, berwarna perang keemasan bila siap dimasak, ia dimasak dengan cara bergoreng, menggunakan minyak yang banyak dan merupakan satu masakan orang Cina dan di Indo-China. Kebiasaannya, ia dimakan ketika sarapan bersama bubur nasi, kanji atau air kacang soya.

Di sebahagian kalangan penduduk utara semenanjung Malaysia, cakoi juga dikenali sebagai patongko, iaitu asal perkataan dariThailand yang juga merujuk kepada kuih jenis ini.

Di Thailand, cakoi lebih diketahui sebagaipatongkoh atau patongko. Di Myanmar(Burma), ia dikenali sebagai e kya kway. Bagi orang di Vietnam, masakan jenis ini dikenali dầu cháo quỷ, yakni ia merupakan satu perkataan yang berasal dari sebutan Kantonis.

Di China, cakoi dikenali dalam Mandarinsebagai Youtiao, ia juga dikenali dibahagian utara dan selatan China sebagai guozi (果子, pinyin: guǒzi). Manakala, dikalangan orang cina Kantonis pula, ia dikenali sebagai yau ja gwai atau ditulis sebagai you zha gui yang membawa maksud “kejahatan yang digoreng”. Dikalangan orang cinaHokkien pula dikenali u char kway (Pe̍h-ōe-jī: iû-chia̍h-kóe).

Bagi kalangan orang di Filipina, cakoi disebut sebagai bitsu. Walaupun masakan jenis ini bukan global, tapi ia boleh didapati di Australia dengan nama chopstick cakeyang dipanggil oleh orang cina Kembojadisana, dimana masakan ini dipanggil kerana ia menyerupai seperti kayu sepit. Cakoi juga boleh didapati dinegara-negara lain, yang mempunyai penduduk pendatang dari kalangan negara China dan Indo-China.

Mengikut cerita orang-orang di China, perkataan yau ja gwai dan u char kwaydigunakan untuk menunjukkan tunjuk perasaan kepada Dinasti Song (960-1279), secara rasminya ialah Qin Kuai (秦檜, Kantonis: Chun Kui), yang mengumpulkan dan membentuk satu pakatan untuk menjatuhkan jeneral Yue Fei, seorang idola dalam menyemarakkan semangat kebangsaan dalam orang-orang cina.

Dikatakan, makanan ini menggambarkan dua bentuk manusia yang digoreng, kemudiannya ia bercantum ketika dimasak, yang dikatakan ia adalah Qin Kuai dan isterinya, kedua-duanya bergabung dengan musuh untuk menjatuhkan jeneral sehingga titisan darah terakhir. Jadi, cakoi dimakan dan dimasak berkeadaan dengan minyak yang banyak, seperti ia memusnahkan pasangan suami-isteri tersebut. Bagi mengekalkan tradisi kebencian ini, cakoi dibuat secara panjang hingga 2 kaki dan disatukan ditengah, bagi melambangkan pasangan tersebut[1].

Budaya pemakananSunting

China

  • Merupakan satu makanan sarapan pagi, dimakan dengan bubur.

Indonesia

  • Dimakan bersama sambal asam cair (dicecah).

Malaysia

  • Cakoi bukanlah satu makanan atau masakan yang keasliannya datang dari kalangan Melayu, ia tercetus dari kedatangan pendatang orang-orang Cina, orang Siam dan juga orang Indo-China yang datang ke Malaysia. Namun, cakoi dimakan oleh orang Melayu bukan ketika sarapan, ia banyak didapati dijual oleh penjual gerai jalanan ketika waktu petang. Cakoi bagi kalangan Melayu, kebanyakkannya dimakan ketika waktu petang dan ia dicecah dengankuah kacang cair. Cakoi jarang dibuat dirumah tapi hanya banyak dibeli digerai jalanan dan ketika pasar malam.

Cakoi – Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Cakoi

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Cakoi ASH***

  • January 2, 2014 at 2:21 pm
    Permalink

    Dulu2 patongkoi di buat bercantum dua dengan dipulas. Ia membawa kenangan lebih enam puluh tahun yang lalu di zaman kanak2. Nostagia yang amat sentimental.

    Reply
  • January 2, 2014 at 3:31 pm
    Permalink

    Sedikit tambahan tuan,d setengah2 tempat cakoi di panggil Tongkat Keramat(T’ganu),Kuih Kocok(N9/Melaka)…Di Miri(serawak) ada ustaz kita yg namanya sinonim dgn pekerjaanya iaitu’Mat Cakoi'(nama sebenar Mohammad Ibrahim).Sekian,mzb

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *