***Iktibar Sebuah Ziarah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Malam tahun baru 2014 anjang di Manjung. Jumpa kawan-kawan. Menjalin ukhwah, menyulam kasih sayang. Tepat jam 12, sedang OTW ke Bota, lalu Ayer Tawar yang diterangi percikan bunga api dan dentuman mercun. Ya, ada yang bergembira di awal tahun sampai membazir-bazir seperti pertunjukan bunga api di Dubai selama sepanjang 94km. Dalam masa hanya 6 minit, duit telah dibazirkan sebanyak RM19.66 juta!! Sedangkan ramai yang hidup menderita memerlukan bantuan. Ada yang hidup melarat dalam kancah peperangan yang tak henti-henti. Ada yang miskin papa tiada rumah untuk berteduh. Kelaparan dan kebuluran tanpa sesuap makanan beberapa hari. Tak kurang yang menderita sakit.

Rupanya malam Tahun Baru itulah Tuan Nasarudin ditahan di hospital kerana sesak nafas dan sakit dada. Sempat anjang berdialog dengannya via bbm:”Kat wad berapa Tuan?” anjang bertanya.
“Wad kecemasan, katil 7”
“Tlg pagarkan ana dari ubat clexane (ubat jantung ada kandungan khinzir).”
Ya Allah peliharalah pemimpin kami dari najis yang dijadikan ubat…
Memang di KK lagi tengok Tuan Nasar menahan kesakitan. Bercakap pun kelihatan berselang seli dengan menarik nafas, apatah lagi apabila berjalan.

Semalam baru sempat menziarahinya tapi dah berpindah ke Wad 4 katil 8 di Hospital Sg Buloh. Keluar lift tingkat 4 je dah jumpa ramai kawan-kawan lelaki dari team ZIP. Masuk ke lobi wad pula, team ibu-ibu nampak ramai di situ. Dah macam Hospital Ikhwan. Baru masuk, tak lama lepas tu masuk Tuan Mohd Som dan En Aminuddin Sani. Rupanya Tuan Nasar tetap menyusun program dengan teamnya bergilir-gilir ikut kumpulan mengadakan pertemuan di katil hospital. Sakit tak menghentikan atau merehatkannya dari tugas kepimpinan yang dia pegang. Terima kasih Tuhan! Nampaknya beliau semakin pulih.

Oleh kerana kepekatan darahnya terlalu tinggi, Doktor yang merawatnya menyatakan ia perlu disuntik dengan ubat yang mengandungi bahan dari babi. Clexane. Tuan Nasar ceritakan pengalamannya meminta doktor yang merawatnya menukar dengan ubat lain yang bebas dari najis mughalazah itu. Doktor kata, ada ubat lain tetapi makan masa 3 hari baru darah itu benar-benar kembali cair. Sedangkan clexane hanya dengan satu suntikan. Satu ujian bagi orang Islam, bahan untuk rawatan penyakit kronik terdapat pada babi.

Tuan Nasar bertahan enggan menggunakan clexane, walau terpaksa tinggal lebih lama di wad. Oleh kerana lengan kanannya telah digunakan untuk dialisis darah, tangan kanannya pula dipasang tiub untuk saluran ubat yang perlu dipasang 24 jam selama 3 hari. Fuuh!! Buka ketika ke bilik air sahaja. Darahnya pula kena diambil setiap beberapa jam untuk memeriksa tindak balas ubat tersebut. Oleh kerana kedua belah tangan telah digunakan untuk rawatan, darah terpaksa diambil dari kakinya. Moga Allah beri Tuan Nasar kesabaran dan ketinggian darjat dari ujian ini.

3 malam dia tak boleh tidur. Nak tidur macam mana, nak bernafas pun susah. Lebih-lebih lagi, pesakit-pesakit di katil sekelilingnya pun tak boleh tidur. Kata Tuan Nasar ada seorang pesakit yang asalnya seorang jurutera, meninggalkan professionnya kerana berjauhan dari isteri lalu bekerja sebagai guru. Baru-baru ini terkena demam selama 5 hari dan terus koma selama 18 hari. Sedar dari koma, segalanya berubah. Dia jadi seperti kanak-kanak yang tak mengerti apa-apa. Tak boleh bertutur. Makannya bersuap. Merengek atau protes dengan meronta dan menghentak kaki seperti kanak-kanak. Bila ditanya kepada ibunya yang menemaninya sambil membaca surah Yasin, dapatlah tahu kisah sebenarnya. Korang nak tau ke? Pergilah ziarah Tuan Nasar di Sg Buloh. Itupun kalau beliau belum keluar.

Anjang acah je. Mari kita sambung cerita. Supaya menjadi iktibar kepada semua. Jangan sombong dengan Tuhan. Kena takut Tuhan, setakut-takutnya. Kata mak cik tu, anak bungsunya seorang pelajar cemerlang. Belajar di Maktab Muhammadi. Akhaknya baik dan menjadi harapannya dan keluarga. Malangnya apabila masuk universiti sikapnya 100% berubah. Tak tau dengan siapa dia berkawan yang mengakibatkan bila pulang ke rumah dah tak nak sembahyang. Tak mau puasa. Dah mempertikaikan agama. Bila dinasihat maraha-marah. Malah pernah berkata pada ibunya, orang masuk kubur tu mana pernah naik semula. Mana kita tau apa yang berlaku padanya. Ertinya dah terbalik, tak ada agama. Itulah yang sangat menyedihkan ibunya. Itulah yang mendorong emaknya mendoakan agar Allah tunjukkan kuasaNya kepada anaknya. Inilah hasilnya. Yang terjadi ni kerana doa saya kepada Allah, jelas mak cik itu.

Tuan Nasar berkata, mungkin sekarang dia dah insaf Mak Cik, mengharapkan agar di doakan kesembuhan buat anaknya.
“Masih belum insaf lagi tu!” jawab Mak Cik itu spontan. Dia lebih kenal anak lelakinya. Ya, memang Tuan Nasar nampak, bila ibunya menasihatinya, lelaki itu marah dan protes, walhal dia sangat lemah. Sayang sekali, usianya sangat muda, baru 30 tahun tetapi Tuhan telah tarik sesuatu yang paling berharga pada dirinya; HIDAYAH! Moga Allah kembali memberi hidayah dan taufik kepadanya berkat ibunya. Ya Allah, janganlah ditarik hidayah dari hati-hati kami! Tambahkan rasa takut padaMu setakut-takutnya. Ampunkan kami Tuhan.

Terima kasih pada Tuan Nasar atas perkongsiannya. Moga segera sembuh.

Baru keluar dari Bandar Ikhwan Seremban yang meriah. ASH baru nak jual cakoi 2kg. Di Langkawi pula 5kg, di sini sehari 18kg tepung untuk cakoi, pau goreng dan adik-beradiknya. Fuuh, power tu. Boleh mencapai jualan RM600 lebih. Roti canai pula 10kg. Jualan pisang goreng je, RM500. ABC dan air kelapa lagi. Semuanya hanya di siang hari dan bukan di premis khas, hanya stall di sebelah pasaraya. Ya Allah, meriahkan semua pusat perniagaan GISB seluruh dunia!!

Dalam bas 2D, OTW ke Selatan (Petronas R&R Air Keroh)
12.17pm, Jan 6, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *