***Isu Penggunaan Kalimah ‘Allah’***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Panas hati betul anjang baca kenyataan-kenyataan mereka yang tak nak faham apa yang ada di hati umat Islam di Malaysia. Masing-masing nak tunjuk hero, merasa diri benar. Setelah menikmati segala keamanan dan kemakmuran negara Malaysia yang penduduk asalnya sangat bertoleransi, tiba-tiba sekarang ramai yang nak bermain api. Mungkin ramai yang dah lupa, ada rusuhan yang bermula pada bulan Maulidur Rasul di Singapura kerana kesungguhan Umat Islam mempertahankan Allah dan Rasul.

Umat Islam yang sejati sangat ingin membela Allah dan rasulNya. Bila ada pihak yang sengaja mempermain-mainkan Allah dan Rasul atas apa nama sekalipun, ia akan menjadi punca kemarahan umat Islam. Lainlah sikap Umat Islam yang ada kepentingan. Sanggup menggadaikan aqidah dan syariat demi kepentingan diri.

Cuba perhatikan kenyataan-kenyataan di bawah:

1. Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, berkata Jais mesti memulangkan segera Bible yang dirampas itu.

2. Peguam hak asasi manusia, Andrew Khoo Chin Hock, berkata, “Serbuan di PBM bertentangan dengan hak individu untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.”

3. Peguam Edmund Bon berkata:
“Perlembagaan membenarkan individu dan kumpulan bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama mereka tanpa sekatan.”

Anjang nak minta Pua, Hock dan Bon tolong buktikan dalam ajaran Kristian sejak dahulu lagi memang kalimah Allah di gunakan merujuk kepada Tuhan dan bukannya Lord, God atau Jesus Christ.

Kenapa baru akhir-akhir ni nak guna kalimah Allah sebagai Tuhan? Ya perlembagaan membenarkan individu atau kumpulan bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama mereka tanpa sekatan, tapi ni bukan dari ajaran Kristian. Ini ajaran Kristian yang telah di ‘modified’ kerana ada agenda tersembunyi (sekarang terserlah). Jangan gunakan hujah perlembagaan kalau kamu sendiri keliru dengan agama kamu! Sebenarnya bukan keliru tetapi sengaja nak merosakkan aqidah umat Islam yang lemah iman terhadap agama mereka. Ini mesti dipertahankan. Allah dan rasul mesti dibela!

Tindakan JAIS sangat tepat demi membela Allah dan Rasul serta kesucian agama dan menjunjung titah baginda Sultan.

Bota Kanan
11.34pm, Jan 14, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Isu Penggunaan Kalimah ‘Allah’***

  • January 14, 2014 at 5:56 pm
    Permalink

    Umat Islam mari bersatu membela Allah dan Rasul bersama JAIS. Jangan biarkan anasir – anasir yang berkepentingan itu memperlekehkan institusi Agama Islam negara kita ini.

    Reply
  • January 15, 2014 at 10:03 pm
    Permalink

    -Permainan Yahudi & Nasrani, sasaran utamanya mungkin Jemaah kebenaran. Sejauh mana kita bertahan dgn nafsu amarah, kalau tindakan kita beralaskan nafsu pasti kita akan kalah. Ingat balik kata2 Almarhum ‘Jangan salahkan musuh’. Kena kuatkan Roh dgn Allah(Tuhan Yang Maha Esa) & Rasul tanpa perjusdis……. Ampun maaf

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *