***Apa Kesukaan Kamu di Dunia?***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Kalau ditanya kepada sesama kita, apa yang kita nak sekarang? Yang kita suka? Seronok? Macam-macam jawapan yang kita dapat. Bila banyak baca blog, khasnya blog matahati dan blog Dad Wajid, tengok gambar-gambar di Turki. Mulalah teringin nak ke Turki. Masjid Biru, Maqam Sultan Muhammad Fateh dll. Gambar-gambar yang En Fateh hantar pula buatkan kita nak ziarah rumah tamu Turki dan Kafe baru. Gambar ayam golek Turki pula macam sedaaap je. Syawarmanya, mak datuk… besar giler. teringat masa 2 kali ke Turki sebelum ni. Bajet ciput sangat, jadi tengok je la masakan-masakan Turki yang nampak macam menyelerakan tuu.. salam anjang pada Tuan Nasir, moga dapat jiwa sepertinya.

Zali kecik pula hantar gambar rumah tamu GISB Dubai, terasa nak ke Dubai pula. Nampak mewah. Tapi gambar kosong tak ada orang. Gambar rumah tamu Turki ada Duta Malaysia datang. Ada orang Turki ziarah. Elok Zali hantar gambar yang dah ada tetamu. Sewanya tentu mahal kan? Berkat, berkat Tuan Nik. Rasa nak singgah pula.

Apa keseoronakan korang?

Ada yang seronok kalau dapat ziarah keluarga di Malaysia. Maklumlah dah bertahun-tahun di perantauan. Musim demi musim berlalu, masih belum berpeluang jenguk Malaysia. Akhirnya memujuk hati sendiri, kalau inilah yang terbaik buat hamba, hamba pasrah ya Allah. Tapi di hujung kamar hati berbisik halus, tapi kalau boleh, berilah hamba peluang ya Allah. Nafsu pula kata, wooi kat Malaysia best woo. Tak sejukkk… makan, minum selera kita. mi bandung muor, char kue tiew, ketam masak lemak, udang goreng bertepung, sambal belacan, cencaluk, budu, patin tempoyak, ulam raja, tenggek burung, bendi celur, pari bakar cecah sambal asam, nasi dagang, kerabu, ABC, cendol pulut dll. Nafsu-nafsu…. tak pernah kenyang.

Ada pula yang nak kawin. Tayang muka di sana. Tayang di sini. Belum laku-laku. Semangat tu sebab baca suara muhajirin. Ada post-post terkini, cerita tentang kawin. Dah diusaha cari pasangan, belum dapat-dapat. Jenuh merintih. Pemimpin merintih. Tuan punya diri, menunggu penuh harapan. Bilakah masanya? Hujung tahun dah berlalu.

Ada pula yang mengharap gajet baru. Kalau boleh 1 hari nak merayau kat Low Yatt. Nak borong semua. Yang lama masih ok, tapi dek kerana banyak surf internet, tengok perkembangan terkini alam gajet, maka nafsu terangsang nak tukar yang lebih mantap. Ada yang nak iphone 5. Macam-macam boleh buat. Shoot filem dan edit pun boleh. Kualiti gambar ok. Boleh buat video simple-simple punya. Nak masukkan BBM pun tak de hal. Cuma, duit je belum cukup-cukup… jadi, gunalah BB lopek yang selalu keluar gambar ‘jam pasir’ ni. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ.

Jadi kehendak kita dengan dunia ni tak bertepi, tak betul-betul menghala ke akhirat. Menuju Allah dan Rasul. Rasa malu dengan kisah-kisah Rasulullah dan sahabat, kehendak mereka pada dunia sangat berbeza dari kita. Kita, kalaupun ada Akhiratnya, ada perjuangannya, ada niat baiknya tetapi kadang-kadang terselit di lubuk hati yang dalam kepentingan-kepentingan yang Allah saja tahu. Ampunkan kami semua ya Allah. Kurniakan kami hati seperti para sahabat Rasulullah SAW yang hebat sejarah mereka.

Pada suatu hari Rasulullah SAW duduk bersama sahabat-sahabatnya dan bertanya kepada mereka bermula di tanyakan kepada Saiyidina Abu Bakar:
“Apa yang kamu suka dari dunia ini?”
Dan berkatalah Saiyidina Abu Bakar ra.
“Aku suka dari dunia ini 3 perkara:

1.Duduk-duduk bersama Rasulullah
2.Melihat wajah Mu ya Rasullah
3.Aku korbankan harta ku untuk Mu ya Rasulullah ”

Lalu Rasulullah bertanya kepada Saiyidina Umar ra.
“Bagaimana pula denganmu ya Umar?”
Jawab Saiyidina Umar,
“Ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.Membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.Mencegah kemungkaran walaupun dalam keadaan terang-terangan
3.Berkata yang benar walaupun pahit”

“Dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?”
Berkata Saiyidina Uthman
“Ada 3 perkara yg aku suka:

1.Memberi makan
2.Memberi salam
3.Bersolat malam di waktu manusia tidur”

“Bagaimana pula dengan kamu wahai Ali?”
“Aku juga cintakan 3 perkara:

1.Memuliakan tetamu
2.Berpuasa di musim panas
3.Dan memukul musuh dengan pedang”

Kemudian bertanya Rasulullah pada Abu Zar.
“Apa yg kamu suka di dunia ini?”
Berkata Saiyidina Abu Dzar
“Aku suka 3 perkara di dunia ini:

1.Lapar
2.Sakit
3.Mati
Kemudian Rasulullah bertanya, “Kenapa wahai Abu Dzar?”
Berkata Saiyidina Abu Dzar, “Aku sukakan lapar kerana ia membersihkan hati. Aku sukakan sakit kerana ia ngurangkan dosa-dosaku. Aku sukakan maut kerana dengannya dapat bertemu Tuhanku”

Kemudian bersabdalah Rasulullah SAW
“Aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:

1.Wangi-wangian
2.Wanita yang solehah
3.Sembahyang menjadi penyejuk hati ku”

Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam kepada Rasulullah dan para sahabat lalu malaikat Jibril mengatakn “Aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara:

1.Menyampaikn risalah
2.Menunaikan amanah
3.Cinta terhadap orang miskin”

Kemudian malaikat Jibril naik ke langit dan turun sekali lagi ke bumi lalu berkata:
“Sesungguhnya Allah SWT mengucapkan salam kepada kamu semua dan Allah SWT berfirman; Sesungguhnya Allah suka kepada dunia kamu ini 3 perkara:

1.Lidah yang sentiasa berzikir
2.Hati yang sentiasa khusyuk
3.Jasad yang sabar menanggung ujian”

RTS, Tmn Bernam, Tg Malim.8.44am, Jan 17, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Apa Kesukaan Kamu di Dunia?***

  • January 17, 2014 at 2:32 pm
    Permalink

    tiba tiba airmata saya berlinangan..bila baca posting ini..

    menyentuh ke hati.

    terimakasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *