***Akhirnya***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Allahyarham Us Ashaari pernah berkata, anjang ingat le sangat sebab waktu tu anjang ada dalam majlis, kalau disenaraikan 20 bidang kerja, beliau akan letakkan kerja makan gaji sebagai pilihan ke 20. Apakah Ust Ashaari bercakap kosong tentang makan gaji? Atau memang beliau tak pernah makan gaji, mudahlah mengeluarkan kenyataan itu.

Sebenarnya pembaca anjangmuor semua kena tahu, beliau pernah bekerja sebagai guru, dalam ertikata yang lain, makan gaji, tetapi gajinya habis dikorbankan untuk perjuangan Islam. Beliau ajak mereka yang bersamanya agar meninggalkan kerja makan gaji secara praktikal kerana beliau laksanakan dahulu. Maka hasilnya, hampir semua anak muridnya tidak bekerja makan gaji.

Telah lama sistem pendidikan di Malaysia secara langsung atau tidak seolah-olah tidak mengiktiraf pekerjaan kecuali makan gaji. Di sekolah rendah, bila ditanya apakah cita-cita murid? Jawapan biasa yang kita dapat ialah; guru, polis, tentera, Peguam, doktor, pensyarah. Jadi peniaga yang berjaya seolah-olah bukan pekerjaan. Jadi petani yang cemerlang, macam bukan pekerjaan. Apalagi jadi nelayan.

Antara keburukan bekerja makan gaji ialah:
1. Tidak bebas mengatur diri sendiri untuk mengikut kehendak Tuhan kerana dia ada tuan.
Contohnya, tak mudah pekerja ‘gomen’ atau swasta nak bersembahyang di awal waktu kerana terikat dengan kerja, lebih-lebih lagi jika ada meeting.

2. Hilang tawakkal pada Allah samada jangka pendek atau panjang, tidak seperti peniaga, petani dan nelayan. Peniaga keluar berniaga tanpa mengetahui, apakah hari itu dia mendapat keuntungan atau tidak. Penoreh getah, berharap pada Allah agar esoknya tidak hujan. Dia tak tahu, esok boleh menoreh atau tidak. Nelayan ke laut, bukan saja tak mengetahui berapa hasil tangkapannya tetapi dia sendiri tak pasti, apakah dia boleh kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat. Sedangkan majoriti pekerja makan gaji merasakan hujung bulan dia pasti boleh cucuk kad ATM dan memperolehi wang.

3. Oleh kerana yakin, dia akan ada duit, maka mudahlah dia berhutang. Anjang tak kata petani, peniaga dan nelayan tak berhutang tetapi mungkin mereka berhutang kerana terpaksa atau keperluan sedangkan orang makan gaji berhutang kerana yakin dia boleh bayar. Terdapat perbezaan besar dari sudut pegangan melibatkan aqidah di sini.

4. Oleh kerana terlalu lama makan gaji, boleh menyebabkan dia hilang keyakinan Allahlah yang memberinya rezki. Sebab itu wang yang dia perolehi akan dicatu-catu. Dia akan jadi bakhil, takut nak memberi. Takut lari bajet. Takut wang berkurang, belum sempat habis bulan. Dia dah tak percaya yang Allah balas 1 kebaikan dengan 10. Dia hilang keyakinan dengan hadis nabi, tidak akan berkurang wang yang disedekahkan.

Itulah antara bahaya bekerja makan gaji, yang lain carilah sendiri. Kongsi-kongsi di sini. Anjang dah ngantuk ni.

Rumah Tetamu Ikhwan, Jakabaring, Palembang
11.01pm, Jan 23, 2014

Ubah mentaliti suka makan gaji

Oleh ZAAIN ZIN
ekonomi@utusan.com.my

Sebahagian usahawan dan kakitangan kerajaan yang hadir pada Seminar Pena Pemerkasaan Ekonomi Nasional Peringkat Negeri Kelantan yang dirasmikan oleh Mustapa Mohamed di Kota Bharu, Sabtu lalu. – UTUSAN/Irwan Majid
KOTA BHARU 21 Jan. – Pendedahan tentang peluang perniagaan akan dipergiatkan bagi mengubah mentaliti masyarakat bumiputera, khususnya golongan belia daripada sekadar ingin bekerja makan gaji kepada menjadi seorang usahawan berjaya.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, perubahan bersifat anjakan paradigma tersebut perlu berlaku dalam kalangan belia bumiputera bagi memastikan golongan tersebut terus maju.

“Masalah kita adalah mentaliti atau paradigma anak muda pada masa ini, yang mana kebanyakan mereka sekadar mahu bekerja dengan kerajaan atau makan gaji.

“Untuk itu kita perlu perbanyakkan program-program pendedahan atau pendidikan mengenai peluang-peluang yang ada di sekolah-sekolah, kolej dan universiti untuk mengubah mentaliti anak muda supaya cenderung kepada bidang perniagaan dan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Siri Jelajah Sempena Kongres Usahawan Muda Bumiputera anjuran Generasi Muda Berjaya (GMB) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp., Datuk Habsah Hashim; Penasihat GMB, Datuk Mohd. Rozali Isohak serta Presiden GMB, Agil Faisal Ahmad Fadzil.

Siri jelajah itu diadakan sempena penganjuran Kongres Usahawan Muda Bumiputera yang dijadual dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Mac depan.

Mustapa yang juga penaung kepada program tersebut turut memuji inisiatif GMB Malaysia menganjurkan siri jelajah serta kongres khas untuk usahawan muda kerana membantu kerajaan mempromosi bidang keusahawanan secara meluas.

ekonomi@utusan.com.my

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140122/ek_03/Ubah-mentaliti-suka-makan-gaji#ixzz2rEBhSokE
© Utusan Melayu (M) Bhd

http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140122/ek_03/Ubah-mentaliti-suka-makan-gaji#

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Akhirnya***

  • January 25, 2014 at 7:24 am
    Permalink

    Tapi kesian….anak2 murid ust ashaari dengan balu dia sendiri dah sesatkan dia…skrg nak terhegeh2 kata dia betul pulak? Maksudnya ust ashaari x sesat, jah aam la yang sesat ye? Kesian…ulama2 suk akhirzaman….kerana ‘telur’ dah dikolom…x berani menyatakan kebenaran depan jah aam…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *