***Jemputan ke rumah Ketua DPR RI Marzuki Alie***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Setelah mendapat anugerah dari pewaris kesultanan Palembang, YAM, Prabu diRaja, Sultan Mahmud Badaruddin iii, Puan Ibu Hatijah Aam yang sekarang bergelar Dato’ Nimas Ayu Pembayun Ibu Hatijah Aam mendapat undangan dari beberapa pihak atasan di Palembang. Itulah kehendak Allah yang telah berlaku kepada beliau tanpa dirancang-rancang.

Hari ini sahaja, ada 2 undangan kepada beliau dan rombongan Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Sdn Bhd di sini.
Yang pertama dari seorang ahli parlimen RI, Syofwatillah Mozaib, nama glamournya Ofat. Beliau pernah bertemu Abuya memohon doa restu di awal pembabitannya dalam politik. Terkenal kerana usahanya mengukir 30 juz Al Quran dengan ukiran kayu yang menjadi rekod sebagai Al Quran terbesar di dunia.
Yang kedua dari ketua DPR (Speaker Parlimen) RI Marzuki Alie. Oleh kerana Pak Marzuki dipanggil oleh Bapak Presiden ke Jakarta, kami dilayan oleh isterinya Asmawati, anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) RI penduduk asli Sumatera Selatan.

Kita telah maklum, Presiden Susilo telah menjadi presiden selama dua penggal, ia tidak boleh bertanding semula sebagai presiden. Maka akan diadakan pertandingan di dalam parti Demokrat untuk memilih siapa calon parti dalam pemilu akan datang dalam pemilihan presiden. Jika Pak Marzuki berjaya memenangi pilihanraya dalam parti, seterusnya mewakili parti Demokrat dalam pilihanraya presiden yang dijadualkan pada bulan Jun ini dan memenanginya, maka dia akan mencatat sejarah sebagai Presiden RI pertama yang bukan dari etnik Jawa. Tetapi secara logiknya susah akan berlaku kerana seluruh presiden Indonesia berketurunan Jawa, malah di kalangan calon-calon Parti Demokrat sendiri, Pak Marzuki bukan pilihan Bambang Susilo lebih-lebih lagi Parti Demokrat sendiri sedang mengalami kejatuhan.

Tak siapa sangka Dato’ Nimas Ayu Pembayun Ibu Hatijah Aam dan rombongan pimpinan GISB Holdings telah berada di istana bakal presiden Indonesia. Ya, ‘Indonesia bermula dari atas’ adalah katakunci yang bukan rahsia lagi tetapi bagaimana ia direalitikan tetap menjadi rahsia. Tuhan membukanya bagi orang yang Dia kehendaki.

Di dalam dewan yang besar dan sangat eksklusif terdapat sofa dan hiasan gambar di dinding dengan background cat cerah, langsir mewah dan pencahayaan yang cukup terdapat satu keanehan. Ada susunan sejadah dan karpet di salah satu sudutnya. Rupanya ia juga berfungsi sebagai ‘musolla’ dan majlis pengajian. Malam tadi, dewan itu menjadi saksi kecintaan Asmawati terhadap ilmu dan pimpinan bilamana beliau memohon Dato’ Nimas Ayu Pembayun Ibu Hatijah memberikan kuliah, nasihat dan panduan. Sosok seorang yang tawadhu’, low profile walaupun dia seorang senator yang berjaya menjadi anggota DPD RI dengan meraih sokongan melalui pemilihan langsung sehingga mencapai sokongan 238.799 pemilih (7,1 persen) dari bilangan pemilih seramai 3.338.461.

Dewan agam itu seakan-akan taman syurga yang indah bila semua yang hadir diseru oleh Dato’ agar menjadikan Allah pemimpin sebenar dalam kehidupan ini. Satu-satunya zat yang patut ditakuti. Menjadikan Nabi Muhammad sebagai seorang yang sangat dirindui kerana baginda adalah nabi untuk umat ini. Tetaplah berperanan sebagai nabi yang menjadi rahmat sekalian alam.

Moga ziarah singkat ini menambah kuatkan ikatan ukhwah Islamiah di antara GISB Holdings dengan pemimpin-pemimpin masyarakat di Palembang samada dari pihak istana mahupun orang politik. Palembang yang pernah menjadi salah sebuah negara Islam yang digeruni penjajah suatu masa dahulu.

Ampun maaf.

Rumah tetamu Ikhwan Palembang, Jakabaring.
5.36am, Jan 27, 2014

  • anjangmuor com (113)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *