***Restoran Malaysia di Turki***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang mafhumnya, sebaik-baik manusia adalah seseorang yang paling banyak memberi faedah kepada orang lain. Manusia yang baik itu bukan sahaja kemas dan halus ibadahnya tetapi mampu berkhidmat kepada sesama manusia. Sebab itu juga adalah tugas manusia di dunia. Selain menjadi hamba Allah, seorang abid yang melakukan ibadah khusus kepada Allah, mengekalkan rasa takut setakut-takutnya padaNya ia juga wajib membangunkan ibadah yang bersangkutan dengan manusia iaitu Fardhu Kifayah.

Fardhu Kifayah di dalam Islam sangat luas skopnya, bukan hanya sekadar mandi jenazah, atau mentajhizkannya hingga dikebumikan. Ia meliputi seluruh aspek kehidupan manusia samada makan minum, pendidikan secara umum, hiburan dll. Bila usaha-usaha fardhu kifayah di lakukan tepat dengan kehendak Allah, secara automatik ia menjadi usaha dakwah yang sangat praktikal sebab pepatah Arab ada mengatakan;
لسان الحال أفصح من لسان المقال
Perbuatan atau pekerjaan secara praktikal itu lebih fasih (lebih mudah difahami atau diikuti) dari semata-mata ucapan kata-kata. Sebab cakap banyak tanpa bukti bukan saja orang menyampah, Tuhan pun benci. Dalam peribahasa Melayu disebut:
‘Cakap tak serupa bikin.’
Lagipun mengumpulkan orang ramai untuk menikmati makanan dan hiburan tentu lebih mudah dari menghimpunkan mereka untuk majlis ilmu dan beribadah malam. Boleh juga dilihat dari sudut yang lain pula iaitu apa guna beribadah banyak, mengaji ilmu lama-lama kalau makan minum kita pun orang lain yang sediakan? Yang tak terjaga kesuciannya. Maka berdakwah dengan cara menyediakan restoran-restoran yang menyajikan juadah yang suci, halal, diusahakan pula oleh peribadi-peribadi yang sangat menjaga hubungan dengan Allah dan bercita-cita Islam adalah sesuatu yang menarik perhatian ramai dan mengembirakan semua pihak.

Baru-baru ini GISB Turki telah membuka sebuah restoran makanan Malaysia yang memeriahkan lagi sambutan bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW bertempat di kawasan Fatih, Istanbul atau alamat penuh dan ‘contact number’nya boleh dirujuk pada gambar-gambar di bawah.

Oleh itu jika saudara/i berpeluang ke Turki atau ada saudara mara yang melancong ke sana, jangan lupa singgah ke Restoran Nur Muhammad Turki. Terima kasih kepada Tn Nasruddin Ali, Puan Azura, En Muhammad Fateh dan semua tenaga yang bersungguh-sungguh memperkenalkan Malaysia di Turki, moga segala hubungan dan kerjasama dengan semua pihak di beri balasan yang berlipat ganda dari Allah Taala. Semoga kita semua mendapat rasa takut setakut-takutnya pada Allah dan rindu serindu-rindunya pada kekasihNya, Saiyidina Muhammad SAW.

RTS, Tg Malim
8.20, Feb 5, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Restoran Malaysia di Turki***

  • February 8, 2014 at 10:31 pm
    Permalink

    Beberapa hari lepas dapat taklimat dari tuan Nawawi @ Blogger matahati313, restaurant ini berdekatan dengan makam ketua Chef tentara Sultan Al Fateh.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *