***Stable Ikhwan Jerash, Jordan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Selesai berkongsi pengalaman dengan remaja di Studio NM, Jerash, Puan Mama Zainab dan Puan Bid menghidangkan anjang dan En Lan makanan rohani dan jasmani, iaitu tayangan show GH di program Maulidur Rasul di Irbid dan sarapan pagi. Di temani Dhirar, kami menikmati bi hoon ala ‘Singapore’, nasi goreng, kuih yang popular di Syam, ‘kubbah’, keropok, roti dan hummus. Menambah selera, sarapan pagi ni ada ‘gergil’ Jordan. Rasanya tak pahit, sedap dan berlemak. Kata En Ikrimah, di musim panas rasanya akan menjadi lebih pahit. Baru anjang tahu, sebab apa gergil En Wahab pahit, sebab ditanam di Malaysia yang panas. Di sini masih musim sejuk. Abu Mubarak kata, lebih pahit, lebih power….

Sambil menghirup ‘syaie’, dapatlah kami menonton kemenangan di bulan Rabiul Awal bila show Maulidur Rasul GH mendapat sambutan luar biasa dari pengunjung bukan kerana bilangannya tetapi kerana penghayatan mereka terhadap mesej ‘Bela Allah dan Rasul’. Bukan sedikit air mata yang mengalir dari kelopak mata orang-orang Arab penuh keinsafan menonton sketsa dan tarian sufi mengenangkan baginda Rasul, walhal ianya disampaikan dalam Bahasa Melayu. Ajaib. Mengiringi penerimaan pihak atasan di kalangan kesultanan, MUI dan anggota parlimen RI di Indonesia khususnya di Palembang, Duta Besar Indonesia di Jordan menghantar wakil peribadinya menghadiri majlis anjuran GISB. Terima kasih Tuhan atas segala nikmat ini, moga peribadi Rasulullah SAW menjadi pakaian diri kita sentiasa.

Menunggang Kuda Adalah Sunnah Rasulullah SAW
Menunggang Kuda Adalah Sunnah Rasulullah SAW

Pastu anjang terus ke stable kuda, tengok remaja belasan tahun hingga awal 20’an mengendali ternakan dan latihan kuda dari A-Z. Mereka bukan mendapat pendidikan formal mengenainya tetapi dengan cita-cita dan jiwa yang diisi dengan takutkan Allah dan rindukan Nabi yang ditanam oleh Allahyarham Abuya dan diteruskan oleh Dato’ Nimas Ayu Pembayun Hatijah Aam, sebuah pusat latihan berkuda yang berwibawa terbangun di lereng bukit Jerash, Jordan. Semoga Rasulullah bergembira melihat anak-anak remaja tidak terpengaruh oleh budaya tajaan yahudi yang merosakkan tetapi bersungguh-sungguh menghidupkan salah satu sunnah baginda di tanah yang tak sampai 100km dari bumi Palestin yang dijajah yahudi.

Melatih Kuda Duduk Ketika Penunggang Di Atasnya
Melatih Kuda Duduk Ketika Penunggang Di Atasnya

“Kuda ni dah 12 tahun umurnya, keturunan Arab asli, dia dah stabil. Mudah ikut arahan sebab dah matang. Selalunya kuda-kuda yang dibawa masuk pertandingan, kuda-kuda seperti inilah. Kalau yang muda, susah mengikut arahan. Ketika kita melatihnya, kadang-kadang dia nak buat kerja lain. Tak ‘fokus’.” terang Abbad pada anjang. Tak sangka, Abbad yang anjang jumpa di Labuan dah matang sebegini. Macam mahir je dalam ilmu latihan kuda. “Anaknya 3 ekor, tapi oleh kerana dia bukan kuda baka, ketika mengawan kita terpaksa bantu.” “Bantu macam mana?” soal anjang. “Terpaksa angkatkan kakinya dan masukkan alat kelaminnya untuk mengawan.” “Sapa yang buat?” Anjang tanya lagi. Abbad kata dia yang buat. Fuuhh ‘terror’ betul remaja-remaja di sini. Banyak lagi yang Abbad cerita tentang ternakan kuda di sini. Elok korang beli VCD kehidupan mereka mempertahankan sunnah Nabi ni bertajuk ‘Hitam Putih Pemuda Berkuda’. Dapatkan dari Abu Mubarak.

Menunggang Kuda Berlatarbelakangkan Pergunungan di Jordan…. Indah….
Menunggang Kuda Berlatarbelakangkan Pergunungan di Jordan…. Indah….

 

Terapi Tubuh Yang Baik
Terapi Tubuh Yang Baik

Team Kuda di Jerash ni hanya 6 orang remaja je, yang lain di unit ternakan kambing, pertanian, studio, pengangkutan, mat’am dll. 6 orang tu, Suhaimi, Miqdam, Barra’, ‘Abir, Abbad dan seorang lagi, balik cuti di Malaysia, Syafie. Menurut Miqdan dan Suhaimi, oleh kerana sentiasa melatih kuda, jika mereka tinggalkan latihan beberapa hari, pinggang mereka akan rasa sakit. menunggang kuda adalah antara terapi yang terbaik untuk kesihatan badan. Malah kata Suhaimi, jika ada anggota badannya terasa sakit seperti di belakang atau tengkuk, bila dia menunggang kuda, semua sakit di badannya akan hilang. berkat…berkat… Ketika menunggang kuda, kita melihat seolah-olah penunggang duduk bersahaja sedangkan hakikatnya penunggang sentiasa selaraskan punggungnya dengan rentak dan irama si kuda. Maka secara automatik seluruh otot-otot dan sendi-sendinya mendapat latihan. Dengan kedua lutut merapat ke tubuh kuda, badan ditampung oleh kekuatan peha dan lutut, menunggang kuda sangat membantu menyehatkan dan menguatkan tubuh badan anda.

Di Jerash juga ada perkhidmatan menunggang kuda:

Iklan Perkhidmatan Berkuda di Stable Ikhwan Jerash, Jordan
Iklan Perkhidmatan Berkuda di Stable Ikhwan Jerash, Jordan

Pusat Latihan Berkuda Ikhwan:

Pakej 1 JD100

  • Riding School
  • 9x sesi latihan, percuma 1x sesi latihan
  • glove, chap disediakan
  • minuman ringan
  • kelas stable management percuma
  • 30-45minit

Pakej 2 jd8

  • Bagi yang mahir
  • 1x sesi
  • 30-45minit

Joy Ride JD1

Anak Saudara Ustaz Haron Din di Stable Ikhwan, Jerash, Jordan
Anak Saudara Ustaz Haron Din di Stable Ikhwan, Jerash, Jordan

Jadi bagi student Malaysia di Jordan khasnya dan para pelancong, dengan serendah JD1 anda dapat pengalaman menunggang kuda di negara Arab tetapi stable orang Malaysia dikendalikan pula oleh remaja-remaja Melayu. Marilah sama-sama kita mencintai sunnah Rasulullah SAW dan memberi sokongan moral kepada pembangunan jiwa dan mental para remaja ini sedangkan tanpa aktiviti seperti ini kemungkinan sebahagian dari mereka hanyalah menjadi sampah masyarakat dengan menyertai aktiviti rempit, lepak, merokok, bergaul bebas dll.

ampun maaf

Bilik Suluk, GISB Zon Syria, Irbid, Jordan

9.32pm, Feb 13, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Stable Ikhwan Jerash, Jordan***

  • February 14, 2014 at 7:06 am
    Permalink

    Hmm..teringin nk pegi…bilalh d izin Tuhan untuk ke sana..barokAllah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *