***Pak Cik Tajul Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

IMG_00006023Salam ceria.
Kali terakhir anjang bertemu dengan Allahyarham Pak Cik Tajul ialah pada 13hb Disember akhir tahun lepas. Ketika menziarahinya di wad 4 A, katil bernombor 13, Hospital Sungai Buloh. Selama hampir setengah jam anjang berbual dengannya dan Kak Seha. Dalam keadaan terbatuk-batuk, Pak Cik bercerita panjang tentang bantuan Allah terhadapnya yang sedang sakit. Dia redha apa sahaja yang Allah tentukan padanya. Ketika itu beliau baru saja menjalani pembedahan dan ingatannya baru pulih semula setelah menanggung sakit beberapa hari.

Hari ini, belum terlambat untuk anjang coretkan takziah kepada Kak Seha dan seluruh keluarga Pak Cik atas pemergiannya ke alam barzah. Bertemu Allah yang Maha Pengasih. Maha Penyayang. Moga Pak Cik bahagia di sana. Sesungguhnya kami menyaksikan beliau adalah seorang yang sangat baik. Semoga Allah menerima roh Pak Cik dalam keadaan redha lagi diredhai, lalu ditempatkan bersama roh para anbiya’, aulia dan solihin.

Anjang pernah menjadi setiausahanya di Labuan tahun 2004, kalau tak silap. Ketika itu, Pak Cik sebagai pengarah, Timbalannya Allahyarham Ust Rashid Suqur Rufaqa’. Kedua-duanya telah mengadap Tuhan. (Bila-bila masa saja anjang dan kita semua akan pergi). Ketika itu kami di amanahkan untuk menjaga restoran AM dan beberapa orang remaja. Ketika itupun Pak Cik dah selalu sakit-sakit. Tapi yang anjang tengok dan perhatikan, beliau adalah seorang yang sangat gigih dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Pak Cik istiqamah buat kelas kepada remaja-remaja penuh sabar walaupun remaja-remaja tersebut kurang menghormatinya. Pak Cik ceritakan pada anjang, bila beliau membuat kuliah, remaja-remaja itu masuk tetapi ada yang protes dengan berbagai cara. Yang anjang sedih tu, ada remaja yang sengaja menjulurkan kedua kakinya menghala pada Pak Cik yang sedang berkuliah tanpa ambil perhatian langsung dengan kuliahnya. Sedangkan beliau seorang yang telah berumur, pemimpin pula, begitu sekali mereka melayannya. Tetapi kesabaran dan akhlak Pak Cik akhirnya melembutkan hati-hati remaja tersebut lalu menyayanginya.

Satu kisah yang anjang dengar darinya, yang anjang tak akan lupa ialah bagaimana beliau berhenti merokok. Pak Cik ceritakan pada anjang, dulu dia adalah perokok tegar. Kerjayanya sebagai penulis membuatkan dia semakin kuat merokok. Anjang lupa berapa kotak sehari tetapi kata pak cik seperti tak putus rokok, lepas sebatang, nyalakan sebatang lagi. Habis sebatang, sebatang lagi. Kata orang, kalau tak hisap, idea tak datang untuk menulis. Akhirnya kata Pak Cik, bukan sahaja baju berbau rokok, peluh yang keluar pun berbau asap rokok. Begitulah kritikalnya ketagihan Pak Cik.

Tetapi menurut Pak Cik, satu keajaiban berlaku setelah menjadi murid Abuya ialah dia boleh berhenti merokok tanpa bersusah payah. Abuya tak pernah menegurnya tentang merokok tetapi Abuya selalu singgah ke rumahnya bila balik dari berdakwah. Dalam kuliah-kuliah Abuya, Abuya terangkan tentang Allah dan hukum hakam syariah. Abuya tekankan kebencian Tuhan terhadap hambaNya yang melakukan perkara yang makruh dan kemarahan Tuhan terhadap mereka yang melakukan sesuatu yang haram. Maka seperti ramai perokok-perokok yang lain, bila mengikuti kuliah Abuya, akhirnya semuanya berhenti merokok, termasuklah Pak Cik. Sesuatu yang luar biasa, Abuya melahirkan satu-satunya jemaah yang bebas rokok (setakat yang anjang tahu la).

Oleh itu, amat pelik seorang yang ketagih rokok yang amat sangat begitu boleh berhenti tetapi remaja yang asalnya tidak merokok, hanya kerana bergaul dengan perokok, akhirnya bukan dia mengubah perokok itu untuk meninggalkan rokok, tetapi dia pula menjadi perokok. Berbeza sungguh jiwa kita dengan jiwa Pak Cik Tajul. Ya Allah, berilah kami kekuatan roh untuk berubah.

Semasa hayatnya, di usianya yang lanjut, Pak Cik masih berdaya keluar masuk ke Singapura membawa barang-barang untuk memeriahkan premis-premis di Mutiara Rini. Benarlah, untuk perjuangan ia sanggup bermati-matian. Tidak menghiraukan penat lelah, sakit-sakit dan usianya, cita-citanya menjadikan peribadinya begitu. Padanya hanya syurgalah tempat rehatnya, di dunia ini biarlah dia bermati-matian.

Sepanjang hidupnya beliau juga terkenal sebagai orang kebajikan yang membantu perjuangan dari sudut kebajikan. Antara jasa terbesar Allahyarham ialah memastikan kesinambungan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) dan penjenamaan semula YKPPM di bawah YDP yang baharu iaitu Dato’ Nimas Ayu Pembayun Hatijah Aam. Sekarang YKPPM menaungi berpuluh-puluh buah rumah amal dan menjadi sayap perjuangan perjuangan GISB Holdings di sudut kebajikan atau khidmat sosialnya sebagai satu badan korporat. Moga segala pahala amalan kebajikan melaluinya mengalir kepada roh Pak Cik Tajul yang telah pergi dulu.

Bila membaca mesej dari Kak Seha, anjang hanya berdoa dari kejauhan.
(Salam, YDKSH Tuan2, perkembangan Terkini Pakcik Tajul: Utk pengetahuan semua,keadaan Pakcik skrg telah berpatah balik spt asal. Pd mula masuk KMC dia telah mrnunjukkn perubahan. Tp oleh kerana livernya dah rosak, rawatan yg diberi tidak bnyk membantu. Perutnya sentiasa kembong wpun dah bnyk kali. air d buang. Kuning diseluruh badannya semakin meningkat. Doktor telah menukar dos ubat tp menurut doktor semua usaha telah di buat. Bergantung hanya pd ketahanan dirinya. Doktor tidak menjaminkan apa2 lg. Keadaannya mmg kritikal. Mhn doa semua terutama DRIHA agar berlaku keajaiban . Tuhanlah Maha Berkuasa Segala2Nya: dari Kak Seha.)

Sampai juga berita kepada anjang, biasa kak Seha selalu berbisik ke telinganya,
“Doa banyak-banyak, kitakan nak berjuang lagi.”
Selalunya Pak Cik angguk tapi kali ni dia geleng. Mungkin beliau dah tau, terlalu hampirnya saat perpisahan dengan dunia untuk bertemu kekasihnya. Moga-moga Pak Cik menepati namanya, Taj al Ariffin… Mahkota Para Ariffin. Mahkota para orang yang sangat kenal Allah.

Pak Cik dah pergi tetapi taat setia Pak Cik dengan perjuangan hingga ke akhir hayat tetap menjadi contoh teladan kami.

Pak Cik dah tiada tetapi pengorbanan Pak Cik berhabis-habisan tetap kekal di hati kami.

Pak Cik telah meninggalkan kami, akhlak dan senyuman Pak Cik tak akan kami lupa sampai bila-bila.

Ya Allah, ampunkan Pak Cik dan kami semua.

Al Fatihah

Musolla Ikhwan Irbid, Jordan.
5.19pm, Feb 17, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Pak Cik Tajul Dalam Kenangan***

  • February 18, 2014 at 6:24 am
    Permalink

    Al fatehah…memang benar pak cik orgnya sgt baik, penyabar dan sentiasa senyum.

    Semoga rohnya bersama ditempatkan dengan org2 yg beriman dan ariffbillah.

    Reply
  • February 18, 2014 at 7:05 am
    Permalink

    Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati

    Reply
  • February 18, 2014 at 7:51 am
    Permalink

    السلام عليكم!!!
    T.kasih Tuan Anjang, tertunggu-tunggu post utk arwah Tn Pak cik Tajul…rasa satu kehilangan seorang pemimpin,ayah dan sahabat yg bersusah payah untuk membawa keluarga kami kepada abuya selepas zaman vacum, walaupun diusia lanjut dan uzur, tetap masuk ke Langkawi untuk membawa kami kembali bersatu dgn jemaah abuya, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para anbiya’ . Amin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *