***Hadiah***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Layan Mansef Lahm di Abu Nidhal, Suwaileh
Layan Mansef Lahm di Abu Nidhal, Suwaileh

Salam ceria.

Memberi hadiah itu sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah SAW suka bersedekah dan memberi hadiah. Bersedekah selalunya dikaitkan dengan pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan. Hadiah pula adalah pemberian sesuatu kepada seseorang sebagai tanda persahabatan, tanda ingatan, untuk menggembirakannya walaupun yang diberi bukan keperluannya. Rasulullah SAW tidak menerima sedekah. Itulah kemuliaan baginda dan keturunannya. Tetapi baginda menerima hadiah. Baginda pernah menerima hadiah dari raja-raja dan pembesar-pembesar.

Telah menjadi adat bagi kenalan yang agak rapat di Jordan ini akan bertanya, “Mana hadiah untuk saya dari Malaysia?” jika kita baru sampai ke sana setelah pulang ke tanahair. Atau dari tempat-tempat yang jauh seperti balik dari umrah dan haji. Kadang-kadang, anjang akan dahulukan berkata, “Minta maaf, saya tak bawa apa-apa hadiah untuk kamu dari Malaysia.”, bagi yang kaya budi seperti Abu Romi, dia menjawab, “Tak mengapa, kedatangan Syeikh sendiri adalah hadiah buat kami.”

Yasin Al Anazi ada meminta dibawakan hadiah untuknya dan keluarga dari Malaysia. Dia sendiri telah tentukan hadiahnya. Anjang tak kisah sangat sebab Yasin sangat banyak jasanya kepada majoriti pelajar Malaysia di sini. Dia minta mesin mi menggunakan tangan. Ia sangat mudah dicari di Malaysia. Puas dia mencarinya di sini, tak berjumpa. Hampir-hampir anjang membelinya di pasaraya di Behrang 2020 dengan harga RM34 sahaja, kalaulah Ummul Miqdam tak mention yang En Megat telah sedia membelinya. Jadi, itulah hadiah untuk Yasin.

Beberapa hari yang lepas, kami menziarahinya dengan membawa hadiah yang berat ini. Mudah-mudahan isterinya, Ummu Tamer pandai menggunakan mesin mi ini. Rumah Yasin di Haiyu Syarqi, Irbid. Sebuah bangunan yang mempunyai beberapa buah apartment yang didiami oleh ahli keluarganya. Kereta Camry putihnya dipakir di pinggir jalan. Dengan kereta itulah dia mencari rezki, membawa siswa-siswi ke destinasi permintaan mereka seperti ke airport.

Keluarga Yasin rapat dengan kami. Ia menjadi sangat rapat seperti saudara sendiri kerana kami sentiasa menziarahi mereka seperti yang Abuya ajarkan. Ketika aruah ayahnya sakit, kami ziarahi hingga ke hospital. Di hari kematian ayahnya, kami hantar hingga ke perkuburan. Ketika ibunya sakit, kami bekalkan air doa, moga ia disehatkan. Maka Allah jadikan, kami seperti bersaudara. Memang orang-orang mukmin itu bersaudara.

Perbualan kami banyak tertumpu kepada menyelesaikan masalah di kafe yang tertangguh-tangguh urusan perlesenannya. Moga Allah mudahkan segala urusan. Musim sejuk begini, kami tak bercadang melanjutkan ziarah hingga jauh malam. Tetapi, Ummu Tamer telah siapkan hidangan istimewa untuk kami. Makanan rasmi dan kebanggaan orang Jordan. Apa lagi kalau bukan ‘Mansef’. Cuma malam ni mansef ayam, bukan kambing. Manalah kami tahu, ada rezki mansef malam ni. Kalau anjang tahu, tentu tengahari tadi di Suwaileh, kami tak pekena mansef lahm Abu Nidhal. 2 kali mansef sehari nampaknya. Arab pun kalah!

Mansef adalah nasi minyak berkunyit berlaukkan daging atau ayam yang direbus bersama yogurt kering atau dipanggil di sini dengan nama ‘jameed’, yang baiknya ‘jameed baladi’ yang paling best, jameed karaki. Kira pure Badawi. Kalau orang yang tak biasa, tekak pula tak internasional, mesti rasa loya nak makan. Dengan aromanya yang kemasam-masaman sudah tentu sangat ‘mujahadah’ nak memakannya. Berbeza dengan peminat mansef, susah nak berhenti bila mula menjamahnya.

Jadi, hadiah dibalas hadiah. Mesin mi dibalas mansef. Cuma anjang dah tak larat, kenyang makan tengahari masih ada, jadi jamah sikit aja. Ghazali Osman, Zul dan Solihin pun nampaknya kurang pick up malam ni. Akhirnya, Yasin bungkuskan untuk kami bawa balik. Bekal untuk En Lan di rumah.

Ok, anjang akhiri coretan ini dengan resepi mansef yang anjang copas dari blog Olah, (minta izin ye!)

http://khaulahattamimizone.blogspot.com/2011/02/resepi-yang-sukapandai-buat.html?m=1

Nasi Mansaf (makanan tradisi Jordan)

Bahan-bahan:-

A Bawang besar, Buah pelaga, Daun salam/Bay leave, Garam, Minyak sapi/Ghee, Ayam/Kambing/Lembu

B Yoghurt Asli(kalau diJordan ada khas), Kunyit serbuk

Rebuskan ayam/kambing/lembu bersama dengan bahan A hingga daging masak. Garam tidak perlu banyak. Keluarkan daging dan masukkan air rebusan kedalam beras yang telah digaul dengan serbuk kunyit untuk menghasilkan warna kuning yang tidak melampau untuk masak nasi. Sisakan sedikit air rebusan tadi untuk susu/kuah.

Yoghurt diblend supaya tidak berketul-ketul. Masukkan kedalam periuk bersama air rebusan. Sedikit serbuk kunyit sebagai penaik warna. Kemudian masukkan daging tadi kedalam susu/kuah itu,kecilkan api dan siap untuk dihidang.

Cara menghidang ala arab Didalam dulang besar,letakkan roti arab yang telah dicarik kepada kepingan kecil. Tuangkan sedikit susu keatasnya dan senduk nasi kedalamnya. Susunlah ayam diatas nasi.

Nasi dimakan bersama susu/kuah mengikut selera. Boleh ditabur kacang,juga daun parsley cincang.

Ampun maaf.

Bilik rumah DQ, Irbid2,10am, Feb 19, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Hadiah***

  • February 20, 2014 at 12:13 pm
    Permalink

    Salam.
    No akaun:
    151249053275 MBB
    Syukran.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *