***Rakyat Jordan, Pelarian Di Negara Sendiri***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Di Makam Nabi YaSalam ceria.
Semalam anjang ke Jerash. Nak jumpa En Sanusi. Nak dengar berita terkini jemaah di Malaysia sebab dia baru sampai. Juga nak dengar pengalaman dia ‘travel alone’. Di usia 60 tahun En Sanusi hanya baru sekali keluar negara mengerjakan umrah pada tahun 2000. Tapi masa tu ikut group. Senang, ada yang membantu. Pernah juga ke Thailand, tapi ikut jalan darat. Tak terlalu rumit. Naik flight cuma ketika berkhidmat di Tawau. Masih dalam negara. Ni nak terbang berbelas jam. Di negara Arabadi, risau juga anjang bila kenangkan dia nak travel seorang. Ingatkan En Ikrimah bersamanya. Anjang cuma sempat pesan padanya supaya, sebolehnya cari penumpang di kalangan pelajar Melayu, kalau ada bersama-sama satu penerbangan, untuk dijadikan kawan.

Anjang ke Jerash dengan En Zul dan En Ghazali Othman. Hari ni, Musoddiq, Kak Nor dan Ibu Bid bergerak ke Saudi. Naik bas jam 3. Khabarnya, basnya dah bergerak jam 12 lagi. Jenuh mengejar bas hingga ke boarder Saudi. Hai, macam-macam peristiwa. Kami tak terus ke Jerash tetapi pergi ke Amman dahulu, di ‘Tela’ ‘Ali untuk menziarahi Abu Yazan. Abu Yazan tuan punya bangunan 3 tingkat yang GISB sewa sebagai penginapan di Duwwar Qubbah, Irbid.

Abu Yazan berasal dari Husn, Irbid. Telah berusia 75 tahun. Isterinya seorang pensyarah. Mempunyai 3 orang anak. Seorang bekerja di Amerika, seorang di Dubai dan seorang lagi di Saudi. Oleh kerana beliau dan isteri selalu berbeza pendapat dan masing-masing enggan mengalah, akhirnya isterinya meninggalkannya seorang diri. Duduk di rumah anak mereka di Dubai. Kekayaannya tidak membahagiakannya.

Tinggal seorang di rumah agam. Drive seorang diri sejauh 80km ke Irbid untuk mengutip hasil dari rumah-rumah sewanya yang banyak. Kadang-kadang tak sanggup mendengar luahan kata-katanya yang marahkan isterinya. Akhirnya, pada penyewa rumahnya di kalangan GISBlah dia mengadu hal. Kami hanya berdoa agar rumahtangganya kembali bahagia.

Apabila Abu Yazan ditimpa sakit, maka semua anak-anaknya kembali ke rumah menziarahinya, termasuk Ummu Yazan. Dalam sakit ada rahmat. Dan petang semalam, Abu Yazan melayan kami dalam senyuman ceria tetapi tetaplah nampak wajah seorang yang belum benar-benar sehat. Kali ini, kami datang membawa wang sewa memandangkan Abu Yazan yang masih belum sehat.

Banyak isu dibincangkan, antaranya keadaan terkini Jordan sekarang. Sewaktu kali pertama anjang sampai ke Jordan tahun 1990, penduduk Jordan hanya 3 juta lebih je. Terasa damai dan selesa sebab anjang pindah dari Kaherah, Mesir yang penduduknya ketika itu 17juta. Zahmah awi awi! Sampai Amman, tenang giler. Tetapi menurut Abu Yazan, penduduk Jordan sekarang meningkat kepada 13 juta orang. Satu jumlah yang sangat besar kerana kebanjiran pendatang dari negara jiran seperti Syria, Palestin dan Iraq.

Di sempadan Jordan-Iraq ada beribu-ribu orang
Iraq yang ingin masuk ke Jordan tetapi tidak dibenarkan, menurut cerita Abu Yazan. Katanya, mereka adalah ahli sunnah wal jamaah seperti kita. Pelarian Syria pula telah terlalu ramai membanjiri Jordan. Kedatangan mereka sebagai pelarian perang tidak boleh dihalang. Lagipun mereka bukan orang lain, sebahagiannya bersaudara mara dan bersemenda dengan rakyat Jordan. Tetapi kedatangan beramai-ramai serentak menjadi bebanan kepada rakyat Jordan.

Abu Muhammad, Pengarah Dewan Perniagaan Irbid ketika kami menziarahinya berkata, kalau dulu masa yang diambil untuk ke tempat kerja hanya 12 minit sahaja, sekarang melebihi 1/2 jam. Ibu bapa bimbang nak menikahkan anak-anak kerana tiada rumah yang mampu disewa. Semuanya naik mendadak.

Abu Mustafa, pengusaha restoran di pusat bandar Irbid mengatakan, 6 bulan lepas pagi-pagi hari lagi jalan di mana premisnya berada telah penuh sesak. Rata-rata kedai telah dibuka. Malah dia tunjukkan pada anjang, pelanggan beratur panjang membeli hummus dan khaltoh Qasemehnya yang terkenal. Tapi hari itu, jam 8 pagi, jalan masih lengang. Kedai-kedai belum dibuka pintunya. Dia menambah, 1 kotak polistren lada hijau sebelum ini hanya JD1, sekarang harganya JD5 (RM25). Maka orang sangat berkira dalam berbelanja.

Antara masalah yang ketara hasil kebanjiran pelarian:
1. Penempatan; semua yang datang perlukan tempat tinggal. Negara 4 musim begini ( 2 musim yang ketara sejuk dan panas), tak boleh main lepak-lepak tepi jalan atau bawah jejambat. Di dalam suhu di bawah 10 darjah Celsius, boleh mati beku. Sewa rumah melambung naik kerana permintaan sangat tinggi.
2. Kesihatan; sudah tentu yang datang memerlukan bantuan kesihatan bila terjadi sakit atau kecederaan. Prasarana untuk bantuan kesihatan tidak cukup di sini.
3. Pelajaran; pelarian perang ini berhijrah dengan ahli keluarga masing-masing. Ramai yang masih di bangku sekolah. Maka mereka perlukan pendidikan. Adakah sekolah dan tenaga pendidikan cukup untuk mereka?

Begitulah di lain-lain perkara seperti soal keselamatan dan bahan mentah. Menjadi tekanan kepada rakyat Jordan kerana pelarian Syria mendapat simpati masyarakat antarabangsa. PBB memberi bantuan kepada mereka. Ada yang sewa rumah mereka ditanggung. Rakyat negara Teluk memberi bantuan kewangan. Mereka diberi kupon untuk membeli belah di pasaraya terpilih di Irbid. Mendapat bantuan selimut, pemanas dll. Mereka juga dibenarkan berniaga dan bekerja. Akhirnya kuasa membeli mereka jauh lebih kuat dari rakyat Jordan.

Keadaan berubah, rakyat Jordan umpama pelarian di negara sendiri. Inilah keluhan ramai kawan-kawan di kalangan rakyat Jordan yang anjang temui. Nampaknya semua negara sedang berhadapan krisis yang tak habis-habis. Sudah tentu ada maksud Tuhan atas semua ini. Moga Allah jadikan hati-hati manusia lunak dan lembut untuk mengadu kepadaNya semata-mata sebagai penyelesai segala masalah. Sudah terlalu lama manusia sombong dengan kecerdikan akalnya sedangkan kecerdikan akal tak mampu membawa manusia ke arah kebahagiaan yang mereka harap-harapkan. Hanya orang yang cerdik roh sahaja selamat di dunia dan bahagia di akhirat.

Alhamdulillah, hari ni dapat ziarah maqam Nabi Yusya’ di Salt dengan En Sanusi dll. Moga berkat Nabi Yusya’ bin Nun kami diberi kekuatan berjuang di sini. Amin.

OTW balik Jerash
6.50pm. Feb 20, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Rakyat Jordan, Pelarian Di Negara Sendiri***

  • February 21, 2014 at 11:18 am
    Permalink

    Ya Anjang, anta ni betul2 wali terbang. Dalam sedikit masa anta ada di Malaysia, Pulau Cyprus, Palembang, Kuantan, Jordan dan entah mana2 lagi. Ta’jub.

    Reply
    • February 25, 2014 at 3:31 pm
      Permalink

      Yg ke Cyprus tu bukan ana, kawan-kawan di Turki. Belum wali lagi, masih beli tiket, chek in, timbang lebih muatan, boarding pass… masih orang awam. Ayah Rahim yg confirm wali… Wali nikah. Moga Ayah Rahim sehat dan ceria. Maaf kalau tulisan-tulisan ana tak mengembirakan Ayah Rahim dan para pembaca.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *