***Facebook Beli WhatsApp***

Kongsikan kepada yang lain
Share

fb beli whatsapp

Salam ceria.

Beberapa hari lepas kita semua membaca berita FB membeli Wasap. Tanpa mengambil berat berita tersebut, anjang baca sambil lalu sahaja. Tetapi bila sampai pada anjang ulasan-ulasan di media sosial bersangkutan dengannya, anjang rasa elok dikongsikan kepada pembaca. Ia penting untuk kita menentukan apa keputusan yang patut kita buat dalam penggunaan media sosial ini yang telah menjadi sebahagian daripada hidup kita. Malah ada di antara kita yang lebih rapat dengan FB, WhatsApp dll berbanding dengan ibu bapa dan adik-beradiknya. Tak boleh berenggang dengan smart phonenya berbanding dengan suami atau isterinya. Lebih rasa kehilangan ‘sesuatu’ jika habis kredit atau line slow berbanding jika terlambat solat. Lebih suka belek profile orang dari menatap kitab suci. Ya Allah, musibah, musibah, di akhir zaman ini, ‘udara pun telah di’yahudi’kan!

BERITA

Facebook beli WhatsApp dengan nilai lebih RM52.8b

NEW YORK 20 Feb. – Laman sosial popular, Facebook semalam mengumumkan pembelian perkhidmatan mesej popular, WhatsApp dengan nilai lebih daripada AS$16 bilion (RM52.8 bilion).

Facebook dalam kenyataannya memberitahu, jumlah itu termasuk pembelian dalam bentuk saham Facebook bernilai AS$12 bilion (RM39.7 bilion) dan AS$4 bilion (RM13.23 bilion) dan bentuk wang tunai.

Perjanjian itu turut merangkumi dana tambahan bernilai $3 bilion (RM10 bilion) dalam bentuk saham sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan dijadikan hak setelah lebih empat tahun.

Perjanjian tersebut dilihat dapat meningkatkan rangkaian sosial terbesar di dunia berkenaan dengan tambahan sebanyak 450 juta pengguna WhatsApp, yang akan dikendalikan secara bebas dengan ahli lembaga pengarah sendiri.

Ini merupakan pengambilalihan terbesar Facebook dan dilakukan kurang daripada dua tahun selepas Facebook milik Mark Zuckerberg meningkatkan jumlah saham dalam pasaran sebanyak AS$16 bilion (RM52.8 bilion).

Pengambilalihan berkenaan menandakan sokongan usahasama Facebook dan WhatsApp mengembangkan komunikasi dan aktiviti kepada pengguna di seluruh dunia dengan menyediakan perkhidmatan internet yang cekap dan mampu milik.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg berkata, WhatsApp mempunyai kira kira satu bilion pengguna dan ia menjadi perkhidmatan mesej yang sangat bernilai.

“Saya telah lama mengenali pengasas WhatsApp, Jan Koum dan berasa sangat teruja untuk bekerjasama dengannya,” katanya.

Sementara itu Koum di dalam laman blognya berkata, beliau juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Zuckerberg dan Facebook.

“Kerjasama ini membuka peluang kepada WhatsApp untuk berkembang selain memberi WhatsApp lebih banyak masa membina perkhidmatan komunikasi yang cepat dan murah”, katanya.

Pejanjian itu juga menyaksikan Facebook membeli kesemua 450 juta pengguna WhatsApp dengan harga AS$42 (RM139) setiap pengguna,

Bayaran itu lebih tinggi berbanding AS$30 (RM99) yang dibayar kepada setiap pengguna Instagram pada tahun 2012.

Facebook membeli Instagram pada 2012 yang ketika itu mempunyai seramai 33 juta pelanggan dengan nilai AS$1 bilion (RM3.3 bilion).

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140221/ko_02/Facebook-beli-WhatsApp-dengan-nilai-lebih-RM528b#

ULASAN

10 Sebab Facebook Beli Whatsapp
1.lebih banyak dari Whatsapp. Berbanding Facebook, Whatsapp kini mempunyai 419 juta pengguna aktif di seluruh dunia berbanding Facebook iaitu hanya 145 juta.

2. Data. Whatsapp menyimpan nombor telefon, nama, emel, log sembang dan banyak lagi data yang sebenarnya lebih bernilai daripada sejumlah USD16 bilion yang ditawarkan bagi membeli Whatsapp

3. Mahu kalahkan Google. Sebelum ini, Google menawarkan angka USD10 bilion untuk membeli Whatsapp tetapi ia ditolak, tidak mustahil, tawaran baru akan dikemukakan dengan senang. Jadi sebelum Google berbuat demikian, lebih baik Facebook membelinya.

4. Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg memang mengidamkan industri mudah alih namun aplikasi yang ditawarkannya melalui Facebook Messenger agak lambat untuk mendapatkan pengguna aktif berbanding Whatsapp. Cara mudah, beli saja aplikasi sedia ada yang telah terbukti popular.

5. Masa depan internet bukan terletak pada desktop tetapi pada pemakaian gajet mudah alih. Peluang mengembangkan aktiviti pengiklanan kini bukan hanya boleh dimasukkan dalam Facebook tetapi lebih meluas. Kini Zuckerberg boleh menjual iklan lebih banyak dengan harga lebih tinggi.

6. Mengejutkan apabila lebih 400 juta foto dihantar dan dimuat turun dalam Whatsapp setiap hari. Facebook pula hanya 350 juta foto. Instagram yang dibeli Facebook pula hanya 55 juta. Jika dicampur kedua-duanya, hanya lebih 5 juta saja. Ia jelas menunjukkan Whatsapp sebagai platform yang bernilai tinggi.

7. Laporan Delooitte 2013 jelas menunjukkan jumlah SMS semakin berkurang dari tahun ke tahun dengan kadar penurunan 5 bilion kepada 140 bilion dengan pilihan kini beralih kepada aplikasi mesej pantas (IM) yang bertambah kepada 300 bilion setahun.

8. Kos operasi lebih murah. Bayangkan Whatsapp kini hanya mempunyai 55 pekerja dan jika kosnya hanya USD100,000 setiap pekerja setahun, Facebook hanya perlu membelanjakan kira-kira USD5.5 juta setahun. Dengan kos keuntungan dijangka RM1 bilion setahun, Facebook masih mampu membuat untung berlipat-lipat ganda meskipun ratusan staf ditambah.

9. Naikkan nilai saham Facebook. Meskipun selepas pengumuman, nilai saham susut 3.4 peratus, untuk jangka masa panjang, ia dijangka menambahkan lagi nilai IPO apabila industri permesejan sangat diperlukan pada masa sekarang dan masa depan.

10. Mark Zuckerberg banyak duit!

-Emma Harith

ULASAN DAN PANDUAN

Pada 19 Februari 2014, Facebook telah sah membeli WhatsApp dengan nilai rekod USD 16 Bilion. Kenapa Mark Zuckerberg sanggup membeli satu syarikat kecil yang tidak menjana keuntungan yang nilainya kurang dari satu bilion dengan jumlah yang begitu besar? Apa impaknya kepada kita? Sedikit ‘latar belakang’ pembelian tersebut:

1. Berbanding Google atau Yahoo yang sumber pendapatan mereka adalah pengiklanan (tidaklah bermakna mereka ini ‘baik’ tetapi sekurang-kurangnya), Facebook mendapat hasil semata-mata dari MENJUAL INFORMASI PERIBADI pengguna kepada pihak ketiga (dan entah siapa lagi?) Rujuk berita Skandal PRISM yang mana Presiden Perancis dan Jerman diintip, dengan menggunakan kaitan dari pengguna biasa yang lain. ‘Penjahat’nya adalah NSA yang dibantu dengan maklumat dari Facebook, Google, Apple dan Microsoft. Langkah pembelian WhatsApp ini tidak lain adalah juga untuk mendapatkan maklumat pengguna.

2. Facebook telah menggunakan pendekatan sedikit demi sedikit untuk cuba ‘mencuri’ nombor peribadi dan kenalan pengguna dengan menggabungkan FB Messenger dengan SMS. Tindakan ini mendapat tentangan hebat rakyat Eropah dan Amerika Syarikat sendiri. Pengguna juga telah memboikot langkah tersebut dengan menyahpasang perisian Messenger. Strategi tersebut telah gagal maka strategi baru diperlukan. Oleh kerana WhatsApp ‘telah pun’ memiliki rekod buku telefon pengguna, cara termudah ialah dengan mengambil secara ‘paksa’ iaitu dengan membeli syarikat pembuat WhatsApp.

Apa yang mereka mahu? Mereka mahukan nombor peribadi pengguna, supaya mereka tahu siapakah sebenarnya pemilik laman Facebook. Sebagai bonus, adalah senarai kenalan seseorang pengguna (melalui buku telefon). Mereka mahu tahu lokasi sebenar seseorang, selama mana dia di situ, ke mana dia pergi seterusnya, apakah rutin perjalanan hariannya dan sebagainya. Sebab, Facebook adalah tatapan awam (public) sebahagian pengguna yang cerdik tidak mendedahkan segala-galanya tetapi di WhatsApp, hubungan adalah dengan orang-orang terdekat dan keluarga, jadi kebanyakan orang akan berkongsi gambar, hal-hal peribadi dan lain-lain. Sekarang, itu yang Facebook mahukan.

Apa yang perlu saya buat sekarang? 1. Sebarkan mesej ini kepada semua orang. 2. Jangan buang dulu aplikasi WhatsApp! 3. Buka WhatsApp dan padam akaun anda terlebih dahulu. Berdoa agar segala data peribadi anda benar-benar mereka padam dari simpanan mereka. 4. Sekarang anda boleh menyahpasang aplikasi WhatsApp.

Apa saya nak gunakan selepas ini? Banyak sebenarnya. Telegram, Line, KakaoTalk, WeChat. Tapi dicadangkan kepada pengguna tegar WhatsApp supaya memasang aplikasi ‘Telegram’ dari Playstore Google.

Kenapa Telegram dan bukan yang lain? Banyak sebabnya, antaranya:

1. Bayangkan WhatsApp sekarang (hijau) bertukar biru. Hampir keseluruhan antaramuka (user interface) adalah sama. Tak perlu belajar cara penggunaan semula (no learning curve)

2. Chat di satu peranti (device/phone/tablet) boleh dibaca/sambung di peranti lain, atau komputer. Boleh guna satu akaun di pelbagai peranti (multiple devices)

3. Untuk perbualan yang sensitif, ada mode rahsia ‘Secret Chat’ yang tidak direkod di mana-mana kecuali di peranti/pengguna yang berkenaan sahaja (peer-to-peer), dan selepas perbualan itu dipadam, tiada lagi sebarang rekod tentang perbualan tersebut. Ia menggunakan protokol penyulitan (end-to-end encryption) sebagaimana yang digunakan oleh sistem perbankan dalam pelayar (browser)

4. Pengguna boleh ‘logout’ jadi anda boleh memilih untuk merahsiakan masa dalam talian (online) anda dari orang tertentu.

5. Laju. Mesej teks dipadatkan (compressed) jadi ia boleh berfungsi dengan baik dalam keadaan sambungan internet yang perlahan atau lemah (contohnya bila berkongsi WiFi atau peruntukan bulanan sudah habis, atau dalam mode internet percuma)

6. Saiz! Untuk peranti Android (APK + DEX + LIB) Telegram 9 mb. WhatsApp 21 mb. Kakao Talk 30 mb, Line 30 mb. WeChat 53 mb.

Oleh kerana saiznya yang lebih kecil (paling kecil sebenarnya setakat ini), ia kurang menggunakan simpanan (storage, memory card) dan juga ingatan telefon (memory, RAM)

Irbid, Jordan
11.46pm,

  • pengasas whatsapp (13)
  • pengasas telegram (1)
  • siapa pengasas whatsapp (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *