Jawapan Kepada Dr Kassim Ahmad yang Anti-Hadis

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sidang akhbar meKENYATAAN AKHBAR OLEH:
Dato’ Hatijah Aam
Pengerusi Eksekutif GISB HOLDINGS –

Jawapan Kepada Dr Kasim sAhmad yang Anti-Hadis.

Allah SWT telah melantik PesuruhNya, Nabi Muhammad SAW. Hal ini bukan hanya ada di dalam hadis bahkan di dalam Al Quran seperti yang Allah sebutkan di awal Surah Al-Fath: “Muhammad itu adalah utusan Allah (pesuruh Allah)…..” (Sila rujuk Surah Al Fath, ayat 29)

Allah yang menetapkan bahawa di dalam kerajaan Allah itu ada petugas-petugas yang cukup ramai dari kalangan malaikat, jin dan manusia! Alam ini diciptakan sesudah diciptakan makhluk pertama iaitu Nur Muhammad! Nabi Adam selaku jasad pertama manusia itu diciptakan hanya sesudah penciptaan Cahaya Muhammad itu! Ini ialah aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia! (Sila rujuk e-Fatwa / JAKIM – Tarikh Keputusan: 22 Jan, 2002).

Golongan anti-hadis, sebenarnya anti-Tuhan! Sebab Allah lah yang melantik Rasul untuk menerima wahyu yang dibawa oleh Malaikat Jibrail! Terhadap Nabi Muhammad, Allah menegaskan di dalam Al-Quran betapa Baginda terpelihara daripada sebarang kesilapan. Firman Allah yang bererti: “Dan tidaklah dia (Muhammad) itu berbicara dari hawa nafsunya, tidaklah yang diucapkannya itu melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah An-Najm: ayat 2-3)

Rasul itu bukan sahaja sumber hadis, tapi Al- Quran itu diturunkan padanya! Siapa menolak hadis hakikatnya menolak Al Quran! Siapa menolak Nabi Muhammad ertinya menolak sesuatu yang datang dari Tuhan! Allah tegaskan hal ini dalam Al-Quran yang bererti, “Apa saja yang dibawa oleh rasul untuk kamu maka ambillah, dan apa saja yang dia larang, maka tinggalkanlah.” (Surah Al-Hasyr: ayat 7)

Dr Kasim tentulah tahu musuh Allah yang sangat menentang Allah dan Rasul ialah Yahudi. Bukankah Al-Quran telah mengingatkan kita tentang hal ini dalam Surah Al-Baqarah yang bererti: “Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kamu (umat Islam) sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” (Surah Al Baqarah: Ayat 120).
Kerja-kerja menolak Allah dan Rasul serta menolak Quran dan Hadis ini tidak lain tidak bukan ialah ajaran ciptaan Yahudi! Allah melaknatinya! Natijahnya ialah terputusnya hubungan umat Islam dengan Nabi mereka. Ianya juga memutuskan hubungan hamba dengan Tuhannya! Ertinya bila Dr Kasim ikut memperjuangkan ajaran anti-hadis ini, tanpa sedar dia sebenarnya memperjuangkan ajaran Yahudi! Maka dia tetaplah bersalah! Dia telah melakukan dosa besar kerana membawa orang lain dan mempengaruhi orang lain untuk menolak hadis!
IMG_00006245
Dr Kasim Ahmad melakukan kesalahan besar kerana menyangka boleh terus dengan Tuhan tanpa Nabi. Sedangkan untuk sah Islam seseorang perlu terima Allah dan akui ada Nabi. Inilah maksud kita mengucap dua kalimah syahadah. Nabi tidak boleh diketepikan jika kita mahu mendapatkan Tuhan. Sedangkan dalam sembahyang kita terlalu perlukan Nabi untuk menjaga dan membawa hati kepada Allah! Apakah Dr Kasim ini sepanjang sembahyangnya mampu khusyuk sekhuyuk-khuyuknya tanpa ditolong Nabi! Sedangkan nafsu syaitan setiap saat berusaha untuk lalaikan manusia dari Tuhan sekalipun dalam sembahyang. Nabi sebenarnya terlalu diperlukan dalam hidup sama seperti perlunya Allah dalam kehidupan. Dr Kasim kalau memanggil Allah untuk menolong ketika dalam kesusahan, bukankah Nabi yang melakukan itu untuk Dr? Sebab Nabi itulah yang diciptakan Allah untuk menangkis nafsu syaitan yang mahu menerakakan manusia!

Kalau Dr Kasim kata dia tidak perlukan Nabi dan hadis Nabi dalam hidupnya selaku seorang Islam, ertinya beliau berkata sahabat-sahabat sahaja pun cukup untuk selamatkan dunia jahiliyah dengan Islam.

Kalau begitu apakah Dr Kasim sahaja pun cukup untuk selamatkan dunia ini dengan Islam? Adakah Nabi tidak diperlukan? Padahal semua hadis Nabi itu ialah huraian-huraian untuk membentuk Al-Quran menjadi sebuah cara hidup Islam! Empayar Islam dapat ditegakkan, untuk kita pun dapat jadi seorang Islam, adalah oleh Nabi Muhammad dan hadis-hadisnya. Tanpa Nabi Muhammad dan hadis-hadisnya, sahabat sendiri pun tidak mampu realitikan Al-Quran di dalam kehidupan! Bukankah Nabi Muhammad itu diutuskan untuk menjelaskan kehendak Al-Quran seperti firmanNya yang bererti, “Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) peringatan iaitu al-Qur’an), supaya engkau TERANGKAN kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya” (Surah An-Nahl, ayat 44).

Dr Kasim tentu tahu akan hal Nabi Muhammad SAW itu kini dengan Quran dan Hadis sedang melakukan kebangkitan Islam kali kedua yang dijanjikan kepada umatnya! Bahkan Baginda itu bukan sahaja sedang jadi Nabi di dunia ini sampai kiamat! Bahkan di Padang Mahsyar nanti pun tetap berperanan memberi syafaat untuk orang-orang beriman. Demikianlah besarnya peranan seorang Nabi di waktu nabi-nabi lain pun sudah tidak mampu membantu.

Ajaran anti-hadis konon bimbang keaslian hadis kerana tiada jaminan hadis-hadis itu daripada dipalsukan. Itulah dakwaan mereka, padahal Allah dan Rasul menjamin bahawa syaitan tidak boleh menyerupai Nabi! Apalagi untuk merubah segala perbuatan Rasul SAW ketika hayatnya. Ertinya tiada siapa yang boleh menidakkan Nabi. Islam amat perlukan Nabi. Tanpa Nabi maknanya Islam tiada! “Sesunggguhnya pada diri Rasulullah itu suri tauladan (contoh ikutan) bagi kamu semua…” (Surah Al-Ahzab: ayat 21).
Kita melaungkan azan sebelum sembahyang itu ialah untuk isytihar kita ada Nabi yang sedang berperanan! Azan itu bukannya hanya untuk orang-orang yang hidup sezaman Nabi! Jadi Nabi kita Muhammad SAW itu sedang berperanan walaupun selepas wafatnya! Ertinya hadis-hadis Nabi itu sedang sangat dilaksanakan dan dipertahankan oleh Baginda Nabi SAW sendiri! Maknanya Baginda sedang memperjuangkan agar hadis-hadis itu semuanya dihidupkan semula dalam kehidupan umat Islam waktu ini sampai kiamat sebagai sistem hidup bertaraf empayar.

Apakah Dr Kasim rasa ada kekuatan setaraf Nabi, maka sanggup mencabar hadis-hadis Nabi dan penghulu bagi nabi-nabi itu? Beraninya Dr Kasim dengan Allah SWT, tuan punya alam yang melantik Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruhNya?

Kalau Dr Kasim Ahmad tidak mahu juga bertaubat, maka kalau benar kita hendak selamatkan Islam, hendak selamatkan umat Islam agar tidak diputuskan dengan Nabi, pihak berwajib wajiblah membuat apa-apa yang perlu untuk musuh Nabi Muhammad ini!
Kassim Ahmad
Wahai umat Islam khususnya Dr Kasim Ahmad, Marilah kita rindui Nabi kita agar Baginda sudi menerima kita sebagai umatnya. Ketika di Padang Mahsyar nanti, tolonglah syafaatkan kami wahai Nabi yang kami rindu!

  • kassim ahmad mengucap tanpa rasulallah (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Jawapan Kepada Dr Kassim Ahmad yang Anti-Hadis

  • February 27, 2014 at 8:16 am
    Permalink

    Ala Kasim….kenapalah aku tengok muka kau ni sebijik macam Ayah Pin?.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *