***3hb Mac 1942***

Kongsikan kepada yang lain
Share

IMG_00006022_editSalam ceria.
Sejak beberapa tahun yang sudah, bila sampai 3hb Mac anjang akan teringat Pak Cik Tajul. Sebelum tu anjang tak tau, tarikh itu istimewa buat Pak Cik. Beliau dilahirkan pada 3hb Mac 1942. Belum sempat mencapai umur 72 tahun mengikut kalender Masihi, Pak Cik telah pergi menemui Ilahi baru-baru ini. Meninggalkan kenangan-kenangan pahit manis ketika beliau gigih berjuang bersama kawan-kawan seperjuangan dan anak-anak buah. Esok 3hb Mac, hari milad Pak Cik. Moga Pak Cik berbahagia di alam sana. Mendapat hadiah yang berjuta kali lebih hebat dari birthday gift paling hebat di dunia. Mendapat ucapan doa dari para malaikat dan para roh-roh suci.

Tinggallah dunia ini yang keindahannya hanya sementara. Kebahagiaanya seketika cuma. Kenikmatannya, cepat menemui penghujung. Tiadalah kehidupan dunia melainkan tipu daya. Pak Cik pergi menemui Tuhan yang kekal abadi di dalam kehidupan yang tak dikira lagi dengan masa.

Rupanya anjang berkongsi dengan Pak Cik beberapa perkara. Antaranya Pak Cik minat menulis, anjang pun suka menulis. Dulu Pak Cik menulis risalah Fardhu Ain. Menulis buku. Menulis artikel di akhbar dan majalah. Menulis pojok terkenal dengan nama pena, Hj Lipat. Moga Allah hadiahkan Pak Cik pahala yang berlipat ganda terhadap segala amal jariahnya. Moga Allah ampunkan dosa dan kesalahan Pak Cik berkat para wali Allah khususnya guru mursyidnya Allahyarham Abuya Ashaari.

Giliran kita pasti tiba. Tetapi tak tahu bila. Mungkin esok, mungkin lusa. Atau seketika lagi cuma.

“Ya Allah! hadiahkan aku takutkanMu setakut-takutnya, rindukan NabiMu, serindu-rindunya! Matikan aku dalam redhaMu Tuhan.”

Bilik SS, Jerash, Jordan.
7.59am, Mac 2, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *