***Kapal Terbang Mas Dari KL Ke Beijing Hilang***

Kongsikan kepada yang lain
Share

IMG_20140307_191700‎Salam ceria.
Pagi tadi sibuk di Baladiyah Irbid, nak ‘settle’kan satu urusan berkaitan Mat’am Nur Muhammad. Dapat ‘post’ dari blog suara Muhajirin berkenaan pesawat Mas terhempas. Serta merta terasa cemas. Terhempas?! Di mana? Bila? Bagaimana keadaan penumpang-penumpang dan anak kapal?! Ya Allah, selamatkanlah mereka semua. Baru malam tadi ‘wada’ dengan En Shidi, En Jamal dan Arif yang pulang ke Malaysia setelah 1 bulan di Saudi. Mereka naik ‘Oman Air’, sudah tentu merasakan suasana di KLIA yang mendebarkan dalam menanti berita mengenai kemalangan ini. Begitu juga seluruh rakyat Malaysia khasnya dan antarabangsa, lebih-lebih lagi bagi waris penumpang-penumpang pesawat tersebut.
pesawat-mas-
Ada berbagai-bagai laporan tersebar di ruang maya, tetapi yang diakui sah ialah pesawat tersebut hilang dari kawalan radar. Ini mengingatkan anjang dengan peristiwa di Bario, beberapa tahun yang lalu. Hj Hassan Mohd Zain dan Tabib Rahim dah bersedia ke? Atau ada orang lain yang akan membantu operasi kali ini?

Pesawat B777-200 yang dalam penerbangan ke Beijing itu dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam selepas berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal. Penumpang merangkumi rakyat 14 negara, termasuk 38 rakyat Malaysia.

Lain-lain ialah China/Taiwan (154), Indonesia (7), Australia (6), India (5), Perancis (4), Amerika Syarikat (4), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Belanda (1) dan Austria (1).

‎Setakat ni, secanggih mana sistem satellite, radar ciptaan manusia masih gagal mengesan pesawat tersebut. Apakah maksud Tuhan di sebalik peristiwa besar ini?

DQ, Irbid, Jordan.
4.50pm, Mac 8, 2014

‎Kapal Terbang Mas Dari KL Ke Beijing Hilang

Laporan daripada laman Astro Awani.

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan menara kawalan udara di Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal hari ini.

Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

“Malaysia Airlines sedang berkerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat berkenaan,” kata kenyataan itu.

Syarikat penerbangan itu juga memberitahu akan memaklumkan perkembangan dari masa ke masa.

Ia menasihatkan orang ramai untuk menghubungi talian +603 7884 1234 untuk mendapatkan maklumat lanjut. -Awani

Lagi Update Terkini – Menurut kenyataan media Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) sehingga jam 9 pagi ini, mereka masih gagal mengesan pesawat terbabit dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.

**Keluarga penumpang terlibat untuk terus ke Bangunan Sokongan Kemudahan yang terletak di Zon Sokongan Selatan KLIA atau hubungi talian +603 7884 1234 bagi mendapatkan perkembangan terkini.

Live Update boleh baca disini >>> http://www.malaysiaairlines.com/hq/en.html

BERITA PALSU

UPDATE TERKINI – Pesawat dilaporkan mendarat dengat selamat di Nanning, China

BERITA PALSU

‎Alhamdulillah pesawat mas telah dijumpai dkt laut vietnam..NV vietnam telah terjumpa pesawat tersebut..semua t’korban…mari sama2 kita sedekahkan al-fatihah utk mangsa t’korban t’sebut..NV vietnam telah terjumpa pesawat t’sebut sejam setegah pd hari ni..harap maklum.. #Sebarkan

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • suaramuhajirin (56)
  • suara muhajirin (49)
  • yhs-fullyhosted_003 (32)
  • peristiwa bario (28)
  • kapal terbang mas hilang (18)
  • kapal terbang hilang di bario (11)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *