***Berita Yang Tenggelam***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Sejarah membuktikan perpecahan dalam masyarakat Islam bukan berpunca dari sikap umat Islam yang minat menambah ilmu, bukan kerana kecenderungan ummah kepada beribadah kepada Allah Taala atau semangat jihad mempertahankan maruah agama tetapi kebanyakan perpecahan dalam masyarakat Islam di setiap zaman adalah kerana perebutan kuasa politik‎.

Di awal wafatnya Rasulullah SAW telah ada sebahagian golongan dari pihak Ansar yang merasakan mereka layak memikul amanah pemerintahan lalu berhimpun untuk melantik seorang pemimpin menggantikan Rasulullah SAW – satu tindakan yang boleh mengakibatkan perpecahan di kalangan umat Islam. Tetapi setelah memahami keutamaan kepimpinan ummah di pegang oleh kaum Quraish dari ucapan Saiyidina Abu Bakar, ‎mereka kembali kepada kesatuan ummah.

Tetapi muncul selepas itu satu puak yang didalangi oleh yahudi mengatakan kepimpinan atau pemerintahan atau kuasa politik itu adalah hak Saiyidina Ali RA, ia telah dirampas oleh Saiyidina Abu Bakar RA. Mereka adalah Syiah. Di sinilah bermulanya perpecahan dalam kesatuan umat Islam. Ia bermula di bidang politik yang akhirnya berakar umbi menjadi persoalan aqidah. Jelas, politik antara punca pertama dan utama perpecahan dalam masyarakat Islam.

Akibatnya, umat Islam menjadi lemah kerana sangat fokus kepada mendapatkan kuasa pemerintahan sedangkan banyak kemajuan boleh dilakukan walaupun belum mendapat kuasa. Tidak dinafikan, dengan kuasa, ‘amar makruf, nahi munkar’ dapat di lakukan dengan lebih berkesan dan menyeluruh tetapi bukan bererti kebaikan di tengah masyarakat langsung tidak boleh dibuat kecuali dengan kuasa di tangan.

‎Sedangkan kerosakan yang berlaku akibat menurutkan -nafsu terlalu ingin berkuasa-sangat banyak. Demi kuasa ada orang yang sanggup menggadaikan segala-galanya. Agama, maruah, keamanan, kestabilan malah ada yang sanggup ‘menjual’ negara demi kerusi.

‎Hakikatnya, Allahlah yang memiliki kuasa, Dia memberi kekuasaan kepada siapa yang Dia kehendaki dan mecabut atau merentapnya dari sesiapa yang dia kehendaki. Dia memuliakan sesiapa yang Dia kehendaki dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendaki.

Marilah kita takutkan Tuhan setakut-takutnya, moga kita selamat di dunia dan akhirat. Setelah berminggu-minggu berita pilihanraya kecil yang bakal diadakan di Kajang mendapat perhatian di Malaysia‎ di tambah dengan berita keputusan Mahkamah Rayuan terhadap kes Ketua Pembangkang, Allah boleh lakukan suatu peristiwa yang sangat besar menenggelamkankan berita-berita yang boleh dipolitikkan iaitu kehilangan pesawat MH370 selepas 2 jam berlepas dari KLIA menuju Beijing. Maha Besar Allah!

DQ, Irbid, Jordan.
8.36pm, Mac 8, 2014

Tindakan tegas terbabit perhimpunan haram: IGP
Bernama | 7:55PM Mac 7 2014
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka terbabit perhimpunan haram berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat bekas pembantunya.
Khalid berkata sebarang bantahan melalui perhimpunan haram di jalan raya tidak dibenarkan sama sekali dan polis akan memantau keadaan di seluruh negara serta akan mengambil tindakan tegas mengikut perundangan.
“Saya menyeru kepada pihak tertentu supaya bertenang dengan apa juga keputusan dibuat oleh Mahkamah Rayuan hari ini.
“Saya meminta supaya tidak ada mana-mana pihak mengadakan perhimpunan haram untuk membantah kerana ini adalah proses perundangan dan apa juga tindakan bantahan perlu dibuat di mahkamah,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Semasa membenarkan rayuan pihak pendakwaan, Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata Hakim Mahkamah Tinggi semasa melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu telah khilaf dalam membuat penghakimannya bahawa sampel DNA Mohd Saiful telah dicemari.
Mengulas mengenai situasi ketika ini, Khalid berkata: “Sekarang keadaan terkawal dan saya harap keadaan berterusan beginilah. Semua diminta bersabar dan mengikut segala proses undang-undang yang sedia ada”.
Beliau berkata pihak polis telah bersiap sedia untuk menjaga keamanan awam dan berharap tiada pihak cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan.
– Bernama
© 1998-2014 Malaysiakini. All rights reserved.
Tindakan tegas terbabit perhimpunan haram: IGP – Malaysiakini
http://m.malaysiakini.com/news/256378

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *