***Antara Teori Rampasan MH653 dengan Spekulasi Kehilangan MH370***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Kalau matahari sedang terik. Hari-hari panas. Berminggu-minggu tak hujan. Ditambah dengan catuan air 4 hari. Yang jaga asrama, dengan pelajar yang ramai, air tak ada. Tiba-tiba ada yang cerita bab banjir, empangan pecah, tak boleh menoreh dll tentu nampak janggal. Macam tak kena dengan situasi. Kalau orang-orang politik, dekat pilihanraya, berbual-bual di kedai kopi, sudah tentu isunya politik semasa. Mereka tak akan sembang bab ‘fadhoilul a’mal’. Begitu juga kaki bola, ketika world cup, cerita apa lagi kalau bukan bola. Sebab kebanyakkan isu bermusim, ada masanya. Allah saja yang tak terikat dengan masa. Huwwal Awwalu Huwwal Akhiru. Allah bukan di dalam masa. Allah juga bukan di luar masa. Bagaimana? Laisaka mithlihi syai’. Oleh itu Allah kena di sebut, dicerita, diulang-ulang, diingati setiap masa dan ketika.

Oleh itu, kalau sekarang, tak kena pada masanya nak cerita yang lain selain tentang kapalterbang MH370 dan sewaktu dengannya. Yang penting, kita kaitkan dengan kekuasaan Allah. Manusia boleh merancang sekehendaknya tetapi Allah jualah yang menentukan samada ia berlaku atau tidak. Yang kita tak rancang pun Allah lakukan dengan penuh keajaiban contohnya, seekor kuda betina di Jerash selamat melahirkan seekor anak kuda betina yang comel tanpa pertolongan sesiapa malah tanpa disedari kuda itu bunting sebelum ini. Maha Suci Allah.

Ok, tak mau lari tajuk, kalau free bacalah coretan di bawah. Apapun, dasar yang kita pegang, kalau sesuatu info itu hanya ‘TEORI’, kekallah ia sebagai info yang belum confirm benar, lebih-lebih lagi jika info itu ‘SPEKULASI’.

Moga Hj Hassan Mohd Zain dan Hj Abd Rahim yang terlibat dengan operasi Skylab di Bario satu masa dahulu boleh memberi sedikit pencerahan menurut ‘pandangan’ mereka.

Selamat membaca.

Ampun maaf.

Bilik SS, Jerash, Jordan.
9.19am, Mac 10, 20014

Tragedi kapalterbang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor
pada 4 Disember 1977

7.21 pm pesawat Boeing MH653 berlepas dari Pulau Pinang menuju ke Kuala Lumpur.

7.46 pm Berada di ruang angkasa Batu Arang setinggi 4000 kaki

7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara ‘653 going around’ dan pusat menjawab ‘653 is cleared to land, surface wind calm’
pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kepada pusat kawalan dengan berkata ‘overshooting’. Sebuah kapalterbang yang menunda MH653 bertanya ‘Whats your problem?’ dan dijawab ‘We have an emergency on board’
7.50 pm pesawat MH653 memberitahu ‘Maintaining 3000 coming over KL (beacon) in two minutes, hijacker on board’ Pusat menjawab ‘cleared to land on runaway 33 with no delay’ tetapi dijawab kembali ‘We are now proceeding to Singapore’ dan ‘Understand message receive’. Pusat menjawab ‘message received, understood’

8.05 pm Pusat mengarahkan pesawat MH653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
pusat kawalan di Kuala Lumpur memberitau Pusat Pengawalan Singapura mengenai perkembangan MH653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki
8.12 pm Pusat Kawalan Singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki.

Kemudian perhubungan Pusat Kawalan Singapura terputus hubungan dengan pesawat MH653

8.30 pm mengikut laporan polis kapalterbang tersebut berada di ruang udara Tanjung Kupang

Seorang mata-mata dan orang ramai yang berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula dan di saat itu kapalterbang itu meletup

selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

images(2)Jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 orang anak kapal antaranya:

  1. Pilot kapten G.K Ganjoor
  2. pembantu Pilot Kamarulzaman Jalil
  3. Pramugara-Karim Tahir, Onn Jaafar
  4. Pramugari- Sharifah Sidah Syed Mohamad, Azian Borhanuddin

Antara penumpang yang terkorban:

  1. Menteri Pertanian, Datuk Sri Haji Ali bin Haji Ahmad, lahir di Pontian pada 29 jun 1930
  2. Ketua Pengarah Jabatan Kerjaraya, Tan Sri Mahfuz Khalid.
  3. Pengarah Kerjaraya bahagian tentera, Datuk Haji Khalid Mohamad
  4. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Encik Abu Bakar Othman Merican
  5. Setiausaha Politik Datuk Sri Haji Ali, Encik Hood Fadzil
  6. Duta Cuba ke Malaysia Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya

images(1)kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..
cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok. cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.
upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.

kelemahan ketika itu:
penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti.
di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang

TEORI RAMPASAN MH653

Diantara teori rampasan kapalterbang:
1. Dirampas oleh ahli Tentera Merah Jepun (dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam – singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..

walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..
sumber- mastika jamuari 1978

images(3)

SPEKULASI KEHILANGAN MH370

Latest info..plane kene hijack Plane ada kat Russia skang ni.. They hack the systems so plane vanish from radar just like that Russia need china to support them Ada 4 veteran chinese in plane that worth millions in the plane Reason why russian choose this plane coz ada vip inside the plane that the name not disclose Plane already landed Safely..no one hurt at this moment.. Thays why gomen still play around with the pc..buy time Waiting for demand.. So far no demand yet Special tag team already in place.. They already standby at few undisclose location For safety reason of the passenger

Ini adalah perkongsian daripada kapten yang cukup berpengalaman, Kapten Nik Huzlan Nik Hussain.

Baik ini sedikit info yang dapat saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang cetek dan apa yang mampu saya ingat. Kepada juruterbang/kapten/jurutera kapal terbang dan yang sewaktu dengannya, sila betulkan dengan hikmah sekiranya saya silap.

1. Agak mustahil untuk sebuah kapal terbang terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 Peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.

2. Agak mustahil untuk kita katakan pesawat mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan.

Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

3. Di udara, setiap pesawat akan dapat baca pesawat lain, yang berdekatan.

4. Setiap laluan yang dilalui oleh mana-mana pesawat, adalah juga laluan yang dilalui oleh pesawat lain. Laluan utama. Jadi mustahil laluan di situ boleh memutuskan bacaan dan komunikasi dengan menara kawalan.

5. MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.

6. Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

7. Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan, untuk selamatkan pesawatnya, walaupun gunung ada di depan. Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

8. Setiap pesawat boleh terkena petir, itu biasa, namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

9. Akhir sekali, sebagai penutup, Kapten Nik menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang beliau pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Wallahu A’lam.

Ini apa yang dikongsikan oleh Kapten Nik Huzlan dan hasil daripada hujah beliau, beliau sendiri tidak boleh ramal apa puncanya. sekadar renungan bersama.. ape2 pon selagi # MH370 tidak jumpai pelbagai kemungkinan bileh berlaku.

Saya hairan.

(1) Kenapa Malaysia hantar ahli keluarga mangsa ke Beijing sedangkan China tidak menghantar ahli keluarga mangsa ke Malaysia walhal kawasan pesawat hilang lebih dekat kepada Malaysia.

(2) Mengapa ahli keluarga dihubungi dan diarahkan menyediakan passport untuk ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kemudian. Kalau korg kerja dengan syarikat penerbangan tu, lokasi korang tak tahu tapi logik tak korang call ahli keluarga mangsa dan cakap akan dibawa ke lokasi kejadian yang akan diberitahu kelak.

(3) Media Malaysia dan China kedua-duanya dihalang daripada menemuramah ahli keluarga mangsa.

(4) Media terlalu kerap mengungkap jangan percaya kepada spekulasi malah seorang menteri cakap dalam temubual telefon agar rakyat rely on RTM sahaja kerana RTM ada saluran rasmi untuk dapatkan maklumat terkini, tapi RTM pun tidak dibenarkan interview ahli keluarga mangsa.

(5) Hampir kesemua ahli keluarga mangsa tak nak di temuramah, ini pelik.

(6) Gambar yang ditayangkan media pun gambar yang sama (beberapa orang). Gambar lain macam takde pula.

(7) Dalam sidang media terakhir kalau korang tengok la, ada seorang reporter tanya kalau boleh mereka dapatkan rakaman cctv, tapi seorang panel cakap tak boleh atas sebab keselamatan

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • spekulasi MH370 (291)
  • rampasan mh370 (96)
  • spekulasi kehilangan mh370 (35)
  • skylab bario (20)
  • teori rampasan mh370 (19)
  • teori mh370 (18)
  • mh370 spekulasi (18)
  • mh370 skylab (16)
  • tragedi bario (15)
  • spekulasi mh 370 (14)
  • teori kehilangan mh370 (13)
  • kehilangan mh370 (13)
  • datuk kapten nik huzlan (12)
  • skylab mh370 (12)
  • mastika 2014 (11)
  • rampasan kapal terbang (10)
  • mh370 rampasan (10)
  • Tragedi MH653 (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Antara Teori Rampasan MH653 dengan Spekulasi Kehilangan MH370***

  • March 10, 2014 at 9:18 pm
    Permalink

    “CNN is bad news.” lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka.

    RICHARD QUEST & SILAPMATA KLASIK DAJJAL MELALUI CNN…

    membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?

    Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata “coordinated attack?”. Apakah ini prosedur ‘Search & Rescue’ atau ‘Search & Destroy’?

    1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the cockpit..”

    Pada saat pembuka kata (00:03) video #2, Anderson Cooper sudah tersasul.

    Anderson Cooper: “We’re now bringing in Richard Quest who has ‘ACTUALLY’ (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada “secara kebetulan..”) has been shooting a story on the “airline” (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the airline’s CEO…”

    Anda akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?

    Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap Malaysia.

    Anda belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik. Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu China.

    Seorang kenalan maya di RT melawak dan katanya “tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat.”

    Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan data ‘dalam penerbangan’ Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.

    Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:

    1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
    2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
    3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.

    Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.

    Perhatikan dengan baik ‘timing’ insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima. Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah? Anda percaya pada “kebetulan”? Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata “kebetulan”.

    Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.

    Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?

    Memang masih terlalu awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin keliru.

    Reply
  • March 11, 2014 at 10:57 am
    Permalink

    Apabila orang Abuya diperlukan dunia, maka terserlah kebenaran dan kehebatan Abuya di mata dunia…!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *