***Kak Misah Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Bila tengok En Lan ke mana-mana bawa sejadah putih, teringin nak tiru. Di awal Rufaqa’ dulu memang biasakan diri, ke mana-mana bawa sejadah putih untuk praktiskan panduan dari kuliah penghayatan solat. Kena solat di atas kain yang putih bersih. Membantu untuk kurangkan kelalaian dalam sembahyang. Dalam jam 3.41 pagi tadi, berBB dengan Ummu Fathiyah minta Kak Aishah jahitkan satu sejadah putih. Rupanya sejadah putih mengingatkan kepada kematian. Pakaian putih terakhir untuk bertemu Tuhan. Dapat perkhabaran darinya,
“K.misah is3 E.saadon mninggl pg tadi‎.”
Ya, dalam grup pun dah tersebar,
“As, utk makluman Kak Misah (isteri kepada Us Saadun) telah kembali ke rahmatullah jam 8,30 pagi tadi di Kelang,Semuga tuhan merahmati keatas rohnya, Al-Fatihah”

Anjang terus teringatkan Fatimah dan Ali yang berada di Jerash ini. Ibu kandung mereka telah kembali menemui Allah. Mereka tak sempat menatap wajahnya sebelum ia disemadikan. Mereka baru saja masuk ke Jordan dari Saudi beberapa hari lepas. Pagi tadi, bila Ali masuk ke bilik En Sanusi, anjang bertanya tahukah berita tentang pemergian ibunya, oleh kerana hpnya ‘mati’, Ali hanya mengetahuinya dari mulut anjang. Memang anjang baru je bualkan dengannya mengenai kesihatan ibunya yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini. Moga Allah merahmati roh Kak Misah.

‎Keluarga En Saadon bukan asing bagi anjang kerana di awal Rufaqa’ dulu anjang pernah bertugas di kawasan Kota Tinggi. Ketika itu pertemuan biasa dibuat pejabat kilang mi kuning En Saadon. Setiap kali anjang sampai, kelihatan En Saadon dan Fatimah sedang membuat mi kuning. Mereka mengusahakan mi yang suci dan bersih dan dipasarkan sekitar Kota Tinggi. Ketika itu Ali masih muda remaja, jarang nampak di rumah. Sekali sekala sangat Kak Misah muncul di luar ketika anjang di sana.
Bertambah rapat dengan En Saadon bila ditakdirkan kawan baik anjang menjadi menantunya.

Masa berlalu, anjang berpindah randah, begitu juga En Saadon‎ dan Kak Misah, tetapi Tuhan takdirkan akhirnya kami berada di bawah satu zon sekarang. Oleh itu kesedihan En Saadon sekeluarga, juga kesedihan anjang. Moga segala kesakitan yang Kak Misah tanggung sebelum pemergiannya Tuhan gantikan dengan keindahan setelah kematiannya. Diampunkan segala dosa-dosanya. Diangkat darjatnya dan ditempatkan bersama para pejuang Islam, para aulia’ dan solihin, berkat guru, suami dan anak menantu yang berjuang membela Allah dan Rasul. Kelihatan wajah jenazah Kak Misah tak ubah seperti seorang yang sedang nyenyak tidur. Moga Allah muliakan rohnya.

Al Fatihah.

Bilik SS, Jerash, Jordan.
10.22pm, Mac 10, 2014

Berita di grup:

‎Ass’km Ydk seluruh warga Zon Eksekutif.Dimklmkn Misah bt Mahadi isteri kpd Syh Mohd Saadon bin Mansur telah kembali ke rahmatullah pagi ni.Jenazah sedang dlm p’jlnan ke BCH.Dijangka sampai jam 12 tghri ni.Mohon para muslimah terutamanya dpt hadir ke surau bandar utk sambut dan membantu p’siapan alatan, mandi dan kafankan jenazah. mzb.tk.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *