***Edirne Bandar Kelahiran Sultan Muhammad Al Fateh***

Kongsikan kepada yang lain
Share
IMG_20140316_182252
Di hadapan pintu Masjid Lama Edirne yang dibina pada tahun 1414. Sultan Muhammad Al Fateh pernah bersolat di sini. Di dalamnya terdapat serpihan batu ‘Hajar Aswad

‎Salam ceria.
Hari ketiga anjang di Istanbul, kami ke ‎Edirne, bandar kelahiran Sultan Muhammad Al Fatih. Jaraknya 255km dari rumah tamu GISB di Acerkent, Istanbul. Dengan kenderaan Mercedes Sprinter 315, 12+1 seater. Bekalan dah ada. Nasi biryani kambing. Power giler, sebab Chef Nazif Abah Ekhwan yang masak. Tapi bekalan lebih penting dari biryani kambing adalah niat dan cita-cita. Cita-cita nak tiru perjuangan Sultan Muhammad Al Fatih, di usia 21 tahun telah berjaya memimpin balatentara yang sangat besar seramai 265,000 orang tentera dan mengalahkan Empayar Rom yang sangat gagah. 21 tahun Beb, muda giler. Apalah jasa kita buat untuk Islam di umur 21 tahun? Takut habis masa bermain game, bersukan dan berhibur je. Tn Nasir kata, kita kena ambil berkat dari tanah kelahirannya. Bersolat di masjid yang pernah beliau bersembahyang.

‎Perjalanan yang memakan masa selama lebih 2 jam tak meletihkan kerana pemandangan di kiri kanan jalan sangat indah. Ladang pertanian cara Eropah yang luas. Bukit-bukit yang menghijau. Turki memang anugerah Allah kepada Umat Islam.‎ Itu yang beberapa kali diulang-ulang oleh Tn Nasir khususnya bila di atas jambatan melintas Selat Bosphorus, gabungan pemandangan laut dengan air yang tenang, deretan bot-bot dan daratan yang penuh dengan benteng kota lama konstatinopel, bangunan lama dan baru serta langit yang membiru membentuk suasana yang mengasyikkan. Tak percaya? Jom ke Turki! Hubungi En Zaimus di Imarah Travel. En Yahya dan En Fateh akan melayan anda di Istanbul bersama panduan-panduan dan perkembangan dunia Islam terkini dari Tn Nasir.

Edirne adalah sebuah kota kecil yang terletak 260km sebelah barat laut Istanbul. Besempadan dengan Yunani dan Bulgaria, iaitu hanya 7km dari border Yunani dan 20km dari border Bulgaria. Dari atas puncak bukit, kita boleh lihat Bulgaria dari kejauhan. Nama lama kota ini, di zaman Romawi ialah Adrianapolis. Orang-orang Inggris menyebutnya dengan nama Adrianople, orang Bulgaria memanggilnya Odrin, orang Macedonia dan Albania menyebutnya Edrene dan orang Serbia memanggilnya Jedrene. Sejak zaman Yunani kuno, Edirne adalah kota yang sangat menjadi rebutan kerana kedudukan geografinya yang strategik. Kota ini merupakan laluan utama Eropah menuju Istanbul, Bosphorus dan Asia. Oleh kerana itu tidak kurang dari 16 pertempuran besar pernah terjadi di Edirne.

Dari tahun 1365 – 1453 kota Edirne menjadi ibukota Empayar Othmaniah sebelum jatuhnya Konstantinopel ke tangan Turki. Malah setelah Konstantinopel menjadi ibukota, Edirne masih menjadi kota terpenting seolah-olah ibukota kedua bagi Empayar Othmaniah ketika itu. Pada tahun 1700-1750, Edirne pernah menjadi kota ke empat terbesar di Eropah, dengan bilangan penduduk sekitar 350.000 orang.

Tetapi kedatangan kami semata-mata kerana ia adalah kota kelahiran Sultan Muhammad Al Fatih. Seorang yang dijanjikan Allah melalui lidah NabiNya. Malangnya, sekarang Edirne dikuasai oleh parti sekular. Kalau masjid-masjid di kawasan yang di menangi oleh parti Islam AK pimpinan Recep Tayyip Erdogan meriah dengan jumlah jemaah yang ramai‎, masjid di sini muram. Jemaahnya sedikit. Masjidnya tak benar-benar terurus. Sedih melihatkan suasana begini di tanah kelahiran tokoh besar Islam.‎ Bukan mudah untuk mengubah manusia. Pernah satu usul dibuat untuk mengurangkan kadar merah ‘lipstick’ pramugari di Turkish Air, serta merta mendapat bantahan dengan tunjuk perasaan. Bukan mengharamkannya, cuma mengurangkan warnanya yang terlalu merah menyala, protes terus berlaku dengan hujah-hujah akal yang bermacam-macam. Antaranya, mana ada sejarah berlaku flight terhempas kerana lipstick!

IMG_20140316_172918Lokasi pertama kami tuju adalah Masjid Selemiye, masjid yang besar ini jelas kelihatan ketika Sprinter kami memasuki bandar Edirne. Menara-menara dan kubahnya menjulang jelas. Masjid Selemiye disebut-sebut sebagai antara rekacipta paling besar dalam sejarah arkitek Islam. Dibina pada tahun 1569 dan siap pada tahun 1575 oleh arkitek terkenal Empayar Othmaniah, Mimar Sinan. Beliau menganggap masjid Selemiye sebagai binaan terbaiknya walaupun saiznya lebih kecil dari Masjid Sulaymaniye di Istanbul namun struktur bangunan utama masjid Selemiye merupakan ruang tertutup paling luas yang dibuat manusia pada masa itu. Rekabentuk agungnya yang dibuat ketika beliau berumur 80 tahun.

Puas ‘tawaf’ mencari tandas, barulah kami bertemu. Setelah qadha’ hajat, seperti biasa kena sediakan wang TL1, kami menuju ke ruangan tanpa bumbung untuk berwudhu’. Aduh, walaupun matahari terang tetapi udaranya yang dingin di akhir musim sejuk menyebabkan air paipnya sangat sejuk. Dalam kesejukan anjang melangkah ke dalam masjid. Terlalu ramai pelancong tempatan yang datang berombongan. ‎Memberi penerangan kepada anak bangsa mereka tentang tamadun nenek moyang mereka. Kami mengambil satu sudut di kiri bahagian hadapan masjid untuk‎ bersolat dalam keriuhan taklimat para pemandu pelancong.

Diameter kubah utama masjid mencapai 31,25 meter dan menaranya dikatakan merupakan menara tertinggi kedua di dunia setelah Quth Minar di India. Jika kita berdiri dari jauh bersetentangan dengan 2 menara, kita hanya dapat melihat satu menara sahaja kerana kedudukannya yang sangat lurus, tepat!!! Mempunyai tingkap sebanyak 999 buah yang menurut Mimar Sinan merupakan simbol kesempurnaan Allah.
IMG-20140320-WA037
Keluar masjid, anjang menuju ke kenderaan untuk menikmati biryani ‘kambin’, Fuuh sedap betul makan ketika lapar begini, kalaulah ada Tn Anuar Perancis, pasti makan bertambah. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Kali ini kami dibantu oleh Abdul Samad, anak murid Syeikh Efendi. Melihatkan janggutnya, ingatkan dah dekat 30’an, rupanya baru 18 tahun. Merasakan En Yahya agak lambat memandu di bandarnya, dia sendiri mengambil alih pemanduan kenderaan.

IMG_20140316_195330

IMG_20140316_153358(1)

Abdul Samad membawa kami menziarahi
Muzium Hospital, Kubu tentera Turki di sebuah bukit ketika mempertahankan bandar mereka dari serangan Bulgaria diketuai oleh Sukku Pasha‎, Bazar dan yang paling istimewa bersembahyang di Masjid Jami’ lama Bandar Edirne yang sangat berkat kerana di masjid inilah Sultan Muhammad Al Fatih pernah bersolat. Bertambah istimewa kerana di dinding mihrabnya ditampal dengan serpihan batu ‘hajarul aswad’ yang dibawa oleh kerajaan Othmaniah dari Masjidil Haram, Mekah.

IMG_20140316_152126

Fahaman sekular totok di sini menyebabkan masjid tidak diurus dengan baik. Saf sembahyang magrib tak penuh, walaupun hanya 1 saf. Lebih memilukan kami dibawa oleh Abdul Samad melalui sebuah masjid yang bersebelahan dengan madrasah tempat Sultan Muhammad Al Fatih menuntut ilmu sewaktu kecilnya, bukan saja tidak diurus, malah seperti bangunan tinggal umpama sarang penagih dadah di Malaysia. Ya, musuh tak pernah rehat untuk memisahkan kita dari para kekasih Allah. Setiap kesan sejarah mengembalikan ingatan. Ingatan yang bersangatan melahirkan rindu. Rindu ‎yang mendalam, rindu serindu-rindunya melahirkan kekuatan. Kekuatan roh yang mampu membela Allah dan Rasul walau apa jua cabaran. Oleh kerana itulah segala kesan sejarah ini cuba dihapuskan oleh musuh kita, yahudi dan sekutunya.

Di antara kesan sejarah yang sengaja ditutup adalah kawasan pendaratan 72 buah kapal-kapal Sultan Muhammad Al Fatih yang ditarik menaiki bukit. Melalui jalan darat masuk ke Teluk Golden Horn untuk melakukan serangan dari arah yang tidak disangka-sangka musuh. Mengapa ditutup? Kerana ia akan menaikkan semangat umat Islam untuk berjuang, berkorban untuk menempa kejayaan penuh keajaiban seperti orang-orang terdahulu. Ya, sejarah keagungan Sultan Muhammad Al Fatih cuba ditutup tetapi Allah akan tetap membukanya. Ya Allah, bantulah kami orang-orang Timur untuk menyambung perjuangan ini!

Banyak sangat nak cerita, tapi setakat ini saja yang terdaya. Pergilah ke Turki, lihatlah bagaimana orang dahulu membangun empayar dan keagungannya. Perhatikan pula kesan-kesan kejatuhannya dan bagaimana susahnya untuk membangunkannya sekali lagi. Tetapi ia sedang diusahakan.
Ampun maaf.

MNM, Irbid, Jordan.
‎2.30pm, Mac 22, 2014

P/s GISB menyediakan pakej pelancongan Islam di Turki. Dengan rumah tetamu yang berwibawa di kawasan perumahan elit, Acerk‎ent, homestay dan kafe berdekatan dengan pintu kota yang dimasuki oleh Sultan Muhammad Al Fatih ketika pembukaan Konstatinopel dan dua kenderaan Mercedes Sprinter dan Vito, insyaAllah travel anda kali ini akan beroleh keberkatan.

Hubungi:
En Yahya‎ Whatsapp: (+60 19-514 6498)

Dapur Bandar ke ni? Inilah dapur yang menyediakan makanan percuma untuk rakyat miskin dan para musafir di zaman Othmaniah

  • ARKITEK P WANG (22)
  • kad merah untuk gila (1)
  • kad orang gila (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Edirne Bandar Kelahiran Sultan Muhammad Al Fateh***

  • March 22, 2014 at 10:42 pm
    Permalink

    Alhmdulillah…kalau ditambah lagi gambar-gambarnya alangkah indahnya Islam..

    Reply
  • June 22, 2015 at 10:19 am
    Permalink

    asalamualaikum tuan . sy seorang pelajar tingkatan 6. sy sedang melakukan kajian mengenai sultan mehammad al fateh .. sy memerlukan bantuan tuan untuk menegtahui dengan lebih lanjut mengenai sultan muhammad al fateh .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *