***Menjejak Maqam Syeikh Syamsuddin Al Wali di Guynok***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Turki menerima berjuta-juta orang pelancong setiap tahun.‎ Sebagai tanah yang pernah menjadi empayar timur dan barat sudah tentu ia mempunyai banyak kesan sejarah dan monumen yang sangat ingin dikunjungi oleh seluruh penduduk dunia khususnya para traveller. Tetapi mana yang lebih penting antara tempat bersejarah dengan pembangun sejarah itu sendiri? Atau dengan lain perkataan, mana lebih utama di antara orang dengan tempat? Di antara tokoh dengan monumen? Sudah tentu tokohnya lebih penting dan utama dari kejayaan yang dicapainya.

Seorang tokoh sudah tentu tidak terjadi dengan sendirinya. Saiyidina Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan seluruh para sahabat adalah bayangan Rasulullah‎ SAW. Siapakah di belakang Sultan Muhammad Al Fateh? Selain dari ayahandanya dan para ulama yang mendidiknya sejak kecil, tokoh yang paling mempengaruhi peribadi ‘Sebaik-baik Raja’ ini ialah guru mursyidnya, Syeikh Syamsuddin Al Wali atau dikenali di Turki dengan nama Aksemseddin Hazretleri

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Hamzah Ad Dimasyqi. Berasal dari Syam dan berhijrah ke Turki. Nasabnya yang mulia sampai kepada Saiyidina Abu Bakar As Siddiq RA.‎ Beliau adalah anak murid Syeikh Bayram, ulama yang menjadi penasihat Sultan Murad yang merupakan seorang pakar hadis. Setelah Syeikh Bayram meninggal dunia, Syeikh Syamsuddin Al Wali menggantikan gurunya menjadi penasihat sultan.

Ramai dari kita mengetahui bahawa cita-cita untuk membuktikan kebenaran sabda nabi Muhammad SAW berada di sanubari para pejuang Islam sejak zaman Rasulullah SAW lagi dan bukan sedikit yang cuba membuktikannya, namun gagal. Termasuklah ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh, Sultan Murad. Dia sangat bercita-cita untuk menjadi pembuka Kota Konstantinopel. Tetapi apa yang terjadi adalah isyarat yang menunjukkan anaknya yang akan menjadi penakluk Konstantinopel. Ketika berita kelahirannya sampai, ayahnya Sultan Murad II sedang membaca Al Quran tepat pada Surat Al-Fath ayat 1..“Sesungguhnya Kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.”

Anjang tak bersetuju ada orang mengatakan janji Rasulullah SAW sebagai ramalan Rasulullah SAW, begitu juga firasat atau ilham yang Allah campakkan di hati kekasihnya di kalangan para wali dikatakan ramalan. Walhal, ramalan adalah sesuatu yang mungkin terjadi, mungkin juga tidak. Sedangkan janji Rasul, begitu juga firasat dan ilham orang-orang Tuhan adalah benar belaka. Ia sama sekali bukan ramalan.

Dengan firasatnya yang tajam, Syeikh Syamsuddin Al Wali berkata kepada ayahanda Sultan Muhammad Al Fateh, “Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.” iaitu Muhammad ii. Sejak itu baginda dipersiapkan untuk menjadi Al Fateh, pembuka dengan dilatih hidup bersederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.

Syeikh Syamsuddin Al Wali mendidik Sultan Muhammad Al Fateh dengan disiplin sufi yang tinggi dan dilatih hidup susah menjadikannya seorang yang kuat jiwa dan bercita-cita tinggi serta kuat berhubung dengan Allah. Benarlah kesusahan adalah guru yang baik. Mursyidnya sentiasa menjadi contoh teladan, rujukan dan panduan dalam ibadah, akhlak, pergaulan, semangat perjuangan dan pengorbanan. Beliau sentiasa mendampingi muridnya hingga Allah anugerahkannya keistimewaan berada bersama Sultan Muhammad Al Fateh ketika pembukaan Kota Konstantinopel lalu dikenali sebagai Penakluk Rohani Konstantinoel.

‎Syeikh Syamsuddin Al Wali sentiasa menjadi rujukan lebih-lebih lagi semasa Sultan dan tenteranya telah lama megepung Kota Konstantinopel, bila dirujuk kepada gurunya, dengan firasatnya beliau berkata: “Kota Konstantinopel akan ditawan pada hari ke-53, hari Selasa, pukul 11.00 pagi.”

Setelah menawan Kota Konstantinopel, ‎antara keinginan kuat Sultan Muhammad Al Fateh ialah mengetahui lokasi maqam sahabat Nabi SAW yang mulia, Saiyidina Abu Ayub Al Ansori. Di sini, gurunya tempat beliau merujuk. Syiekh Syamsuddin Al Wali diperlihatkan di mana kedudukan maqam tersebut hingga mereka menjumpainya.

Ada riwayat mengatakan, di maqam tersebut mereka melihat sebahagian kaki Saiyidina Abu Ayub terkeluar dari tanah. Kaki tersebut kelihatan putih bersih tidak rosak sama sekali, walaupun beliau telah wafat selama 600 tahun lalu. Itulah selayaknya para sahabat Nabi. Allah muliakan mereka di dunia lagi. Maka panglima tentera dan Sultan pun bergiliran mencium kaki tersebut untuk mengambil keberkatan. Sultan mengambil giliran yang terakhir.

Ketika Sultan Muhammad Al Fateh hendak mencium kaki sahabat Rasulullah itu, tiba-tiba kaki tersebut seolah-olah ditarik dan masuk ke dalam tanah. Syeikh Syamsuddin Al Wali bermimpi bertemu dengan Saiyidina Abu Ayub Al Ansori di mana Saiyidina Abu Ayub mengucapkan tahniah kepada Sultan Muhammad Al Fateh kerana berjaya menakluk Konstantinopel dan menyatakan dia malu untuk dicium kakinya sedangkan dia yang sepatutnya mencium kaki Sultan Muhammad Al Fateh sebagai orang yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, bukan sebaliknya.

‎Abuya pernah bertanya kepada En Yahya, siapa lebih mulia di antara Tholut dengan Sultan Muhammad Al Fateh? Siapa tahu jawapannya beserta hujahnya, sila beri komentar dalam blog ini. Sapa nak cuba pun boleh, betul anjang hadiah cenderahati dari Turki (selagi stok masih ada).

Jadi cerita hebat begini, tak patut kalau kita ke Turki tak ziarahi maqamnya. Maka Tuan Nasir dan ‘team’ Turki melarikan kami dengan merc Sprinter ke Bandar Guynok sejauh 225km dari rumah tetamu GISB di Acerkent, Istanbul. Guynok adalah bandar kecil di kelilingi bukit yang sangat indah. Masyarakatnya sangat mesra. Sayang anjang tak pandai bahasa Turki, hanya pandai sebut ‘tasyakur ederim’ dan ‘gule-gule’ je. Atau ‘Bay’ ‘Bayan’ ketika mencari tandas. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ

Sampai-sampai kami terus menziarahi maqamnya yang amat dipelihara dalam sebuah bangunan kecil berkubah terletak bersebelahan dengan sebuah masjid. Maqamnya paling kanan dibuat dari kayu dan dihiasi dengan tulisan khat di tepinya.Terdapat dua makam lain di situ. setelah berdoa sepuasnya, menghadiahkan pahala bacaan wirid zikir kepadanya, kami bergambar dan beransur meninggalkan Syeikh Syamsuddin Al Wali yang sangat mulia. Moga Allah tunaikan hajat kami dengan berkatnya. Allah kabulkan permintaan hamba-hambaNya yang hina, berkat seorang wali Allah yang sangat berjasa pada agama.

Kami meninggalkan maqam seketika untuk pergi ke pasar minggu di pekan Guynok. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar dijual di sini dengan harga yang berpatutan. Selain dari epal dan oren, kami juga membeli ikan yang dijual hidup dalam akuarium. Harganya boleh tahan!, bukan kira timbangan kilo, tapi kira ekor.

Untuk menjimatkan belanja, kami tidak makan di restoran tetapi membawa bekalan dari rumah. Makan nasi dengan ayam masak merah dan jeruk zaitun sambil berehlah di Taman Masjid Syeikh Syamsuddin. Jadi, sesiapa yang inginkan pakej pelancongan Islam, membangunkan jiwa, membangkitkan semangat juang Sultan Muhammad Al Fateh dengan menziarahi tempat-tempat penuh berkat sambil berkasih sayang seperti satu keluarga, sila hubungi GISB Turki. Kempen, jangan tak kempen. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ
Ok, dah ngantuk. Esok nak ziarah Abu Mus’ab. Pagi raikan Dato’ Muhammad, atuk Suhaimi sarapan pagi di restoran GISB Jerash, Jordan.
Ampun maaf, jumpa lagi.

Bilik SS, Jerash, Jordan.
12.32am, Mac 26, 2014

  • syekh syamsuddin (46)
  • syeikh syamsuddin al wali (22)
  • biografi syeikh syamsuddin (2)
  • arti jani janan dari nama syech syamsuddin (1)
  • Syeikh Syamsuddin Mohamad (1)
  • syekh aq syamsuddin (1)
  • syekh sahnuri (1)
  • syekh samsuddi (1)
  • syekh samsudin assumantrani (1)
  • syekh syamsuddin r a (1)
  • syeikh syamsuddin al bakir (1)
  • syeikh aq syamsuddin (1)
  • biodata syeikh syamsuddin (1)
  • Biodata Syekh sahnuri al wali (1)
  • biografi syaikh syamsuddin (1)
  • Biografi Syeikh Syamsudin (1)
  • kisah syeikh samsdin (1)
  • Makam wali Allah di turki (1)
  • syeh syamsuddin (1)
  • Syeh syamsuddin mursyid (1)
  • wali allah dari turki (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Menjejak Maqam Syeikh Syamsuddin Al Wali di Guynok***

  • March 28, 2014 at 12:29 am
    Permalink

    salam..ana rasa sultan muhammad al fateh..

    Reply
  • January 23, 2016 at 8:04 pm
    Permalink

    Bener apa kata Anda. Tokoh lebih patut untuk dipahami daripada monumennya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *