***Badwi Madaba dan MH370***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Pagi tadi, setelah lampu dibuka‎ di perut pesawat A340 KUWAIT AIRWAYS, pramugari menghulurkan tisu kain yang lembab dan hangat berasap guna mencuci muka agar segar setelah berjam-jam berlepas dari airport Kuwait malam tadi menuju KL. Bagi yang ada rasa takutkan Tuhan, bersolat Subuh hormat waktu ketika terbit fajar. Yang lain, terus tidur dan bangun untuk mengelap muka dengan tuala basah yang panas berasap. Begitu sajalah cara mandi dalam flight. Alhamdulillah, anjang terasa segar semula. Memang penat giler musafir kali ni sebab terkejar-kejar kerana lambat ke airport. Orang sakit macam anjang ni, kalau dipaksa berlari-lari dengan tergesa-gesa sebab kaunter dah nak tutup, tentulah bertambah-tambah sakit. Sampai ketika masuk flight, ketua pramugara tegur anjang, “Kamu kelihatan terlalu penat!”

Bila buka sarapan yang dihidangkan, satu set omlet‎, 7 potong kentang goreng dan satu sosej, aromanya menyelerakan. Pencuci mulutnya sepotong nenas (tin) dan apricot. Ada sebuku kecil roti, butter dan jem. Selepas berdoa, anjang buat koyakan kecil di hujung bungkusan ‘black pepper’ dan mula menaburkan serbuk lada hitam ke atas hidangan. Kemudian, lubang kecil juga dibuat pada bungkusan garam halus untuk menambah rasa masin omlet. Sudah tentu tak sesedap omlet Pn Hajiera atau Pn Fazlin. Tapi memadailah. Dengan susu yang berlogo KUWAIT AIRWAYS anjang cuba menikmati sarapan pagi ini tetapi …. tetap terasa kurang menyelerakan.

Fikiran teringatkan pak cik di ‘seat’ belakang anjang yang mengerang sakit sepanjang malam. Sakit apakah dia? Kesiannya. Jika terjaga saja, dia akan mengerang menahan sakit. Ketika menyuap omlet yang masih panas itu‎ teringat pula MH370. Boleh saja berlaku ketika mengunyah omlet yang lembut ini tiba-tiba berlaku rempuhan yang sangat keras dan A340 ni pula ‘ghaib’ entah ke mana. Itulah antara lintasan-lintasan yang berlaku di fikiran ketika menaiki pesawat sekarang.

Kadang-kadang terasa lebih aman orang yang tak naik kapal terbang. Seperti sebahagian dari kaum Badwi. Kesana ke mari hanya dengan pick up. Unta dan keldai. Abu Khalid sendiri enggan naik flight. Beliau ke Saudi naik kenderaan darat.‎ Bukan kerana tidak mampu. Mampu le sangat. Ramai je badwi yang kaya raya tapi hidup seperti orang miskin.

Ketika ke Madaba, betul-betul di wadi ‘Uyun Musa, ‎anjang bertemu dengan seorang pemuda Badwi. Abdul Rahman namanya. Berambut panjang dengan serban lusuh diikat stail Badwi menutup kepalanya. Berbaju kemeja dan seluar jean yang juga lusuh. Kambing ‘maiz’ dan ‘kharuf’nya terlalu banyak, anjang bertanya,
“Berapa jumlah ternakan kamu?”
“400 ekor,” kata Abdul Rahman confiden.
Selalunya Badwi terkenal dengan pemurahnya, anjang pun menduganya.
“Sedekahlah kepada kami seekor?”
Korang nak tau apa jawapan Abd? Mungkin sifat pemurahnya melampau-lampau bila melihat ada kanak-kanak, Mimah dan Zainab. Tentu kita bersangka baik yang sangat baikkk. Harap-harap dia katalah “Ambillah 3 ekor!”, ‎Sebenarnya Abd kata,
“Aku dah pelihara penat-penat, bersusah payah, senang-senang je kau nak seekor.” ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ, padan muka.
“Kalau nak beli, berapa kau nak jual?”
“Seekor JD200 (dekat RM1K)”
“Fuuh, mahalnya!”
“Ye la, ni kampung punya, baladi!”
“Tak maulah, mahal sangat, kami mana ada duit.”
Tiba-tiba, fitrah asalnya datang kembali setelah berbual mesra.
“Aku sembelih seekor, kita makan di sini.”
“Tak mau la, kami ziarah sekejap je.”

En Inam bertanya berbagai info kepadanya, antara maklumat yang kami perolehi, dalam 400 ekor kambing kacang (baka Arab) dan biri-biri yang dia bela, biasanya 300 betina, 100 jantan. Setiap tahun paling kurang akan dapat anak sebanyak 250 ekor.‎ Bayangkan berapa kayanya mereka kerana seekor biri-biri berharga dari RM800-1000. Busuk-busuk pun bernilai tinggi. Antara Abd dengan kambing tentu dia lagi busuk sebab kambing hanya ada bau kambing. Abd ada bau dia plus bau kambing. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ

Daging kambing dan segala hasil darinya seperti susu, yogurt dan keju di sini menjadi makanan harian penduduk Jordan. Hidangan mansef di majlis perkahwinan atau kenduri aruah (majlis ‘aza’) kadang-kadang seekor kambing tu macam di potong 4 je (sebab anjang tengok banyak sangat) Kerana sangat mahal dan ‎permintaan terlalu tinggi di musim perayaan, khasnya raya korbanlah, kerap berlaku kecurian kambing-kambing dari penternak.

“Kalau ada orang nak curi kambing kau, apa kau buat?”
Abd tak terus menjawab, dikeluarkan satu objek, berbalut kain lusuh dari poketnya. Bila dibuka….Fuuh! pistol automatik/semi auto. Bio beno kau ni Abd!
“Kalau orang cuba mencuri penat lelahku, kambing-kambingku, aku akan tembak dia!”
“Tak salah ke tembak orang?”
“Tak salah, aku pertahankan hak aku!” katanya tegas.

Hah, tu dia Badwi Madaba. Hidup simple. Kalau cuba menganggu haknya, boleh mati simple. Walaupun kaya, mereka lebih selesa hidup begitu.

Sekarang kita hidup selesa tapi ramai yang lupa Tuhan. Maka Tuhan datangkan peringatan demi peringatan untuk kembalikan kita padaNya. Peristiwa kehilangan MH370 sangat membuatkan 1 dunia mencari Tuhan. AS dengan segala‎ teknologinya cuba mengesannya tetapi gagal. China juga tak mahu mengalah, mengerahkan segala kecanggihannya tetapi tiada bukti berhasil. Begitulah beberapa buah negara lain termasuk Malaysia. Dengan pesawat, helikopter, kapal, kapal selam, satelait dan kepakaran yang bermacam-macam tetap belum memberi jawapan yang meyakinkan. Maka, kembalikan pada Tuhan. Carilah kaedah yang berasaskan mendekatkan hubungan dengan Allah, Pentadbir Sekelian Alam bukan kaedah dari segala makhluk yang lemah dan hina ini. Moga-moga dengan tunduk, tawadhu’ padaNya, masalah ini terlerai juga akhirnya.

Ampun maaf.

Dalam pesawat ‎A340 Kuwait Airways
12.58pm, Mac 31, 2014
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *