***Titi***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Kawan-kawan tanya anjang, program apa? Ringkasnya, bangun pagi mandi. Bilik air banyak, tandas banyak, tak risau kalau Dr Mohd Nor Basir berlama-lama di tandas. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ Anjang boleh guna yang lain. Tandas 6 buah, bilik air 6 bijik. Sinki ada 2. ‎Masing-masing ada katil dan almari. Untuk simpan pakaian dan beg.

Siap mandi dan bersuci, menapak ke surau. Mengirup udara pagi yang segar. Bersama aroma bau bunga durian yang banyak di tanam di lereng-lereng bukit, tak jauh dari penginapan kami. Menyusuri jalan, bersuluhkan cahaya bulan, diiringi kicauan murai (sebelum subuh dah bangun murai ni, awal betul) melalui taman permainan kanak-kanak, rumah-rumah staf, rumah tetamu‎ hingga ke surau. Jam 5 ada qiamullail berjemaah.

Lepas subuh ada kuliah subuh hingga jam 7. Pastu balik asrama, tukar baju sukan. Ramai je yang pakai kasut sukan baru. Bukan kerana kaya, tapi dah puluhan tahun tiada kasut sukan. Kena beli baru.‎ Dengan t shirt dan seluar track, berlari-lari anak beramai-ramai ke badminton court. Dari sebesar-besar Tn. Tash dan Tn M.Zaik, hingga yang bersaiz ‘s’ macam anjang dan MT Ikhwan.

Cikgu ajar rengangan, lari setempat dll serta senaman ‘Chi Kong’ hingga berjurai peluh. ‘Time’ berdiri angkat sebelah kaki, ramai yang tak stabil, jelas dah ada masalah kesihatan. Lepas senaman terus ke dewan makan menikmati sarapan. Ikut rezeki la, kadang-kadang mi goreng, roti, nasi lemak, kue tieaw dll. Pastu balik dorm, mandi dan bersiap masuk kuliah.

Dari dorm menapak ke Dewan Al Ghazali dekat pintu masuk PPAJ. Dekat 200 meter gak. Dewan besar, dengan kerusi bersusun rapi, depannya ada stage besar, skrin di mana slide PP dipancarkan. Duduk berbaris ikut kumpulan. Anjang kumpulan 1. Duk depan sekali. Kumpulan yang cepat datang, cukup ahli, dapat bintang, dilekatkan kat buku nota ketua. ‎Ketua kumpulan kami Cikgu Zambri. Tok Penghulu bagi semua, En Azri.

Sebelum kuliah, berdiri ramai-ramai nasyid ‘Asmaul Husna’, seorang kena jadi pengacara majlis dan menjemput penceramah. Jam 10, rehat. Dalam 30 minit, makan kuih 2 ketul dan teh/nescaffe 1 cangkir. Kadang-kadang kuih badak dan pau. Kadang-kadang popia dan kuih cara.

Jam 10.30am, satu sesi kuliah lagi sampai jam 1pm. Setiap kuliah ada sesi soal jawab. Urusetia dan fasilitator duduk di belakang dan depan dewan, membantu menjadi pemudahcara. Alhamdulillah, dewan ada aircond, kalau tak boleh berasap gak anjang. Habis sesi ni terus ke surau, merentas parking lot dalam 100 meter.

Lepas solat zohor tamam berjemaah, pergi ke dewan makan menjamu selera. Beratur mengambil hidangan dan menikmati rezeki dari Allah Taala. pastu, anjang terus ke dorm, rehat sebentar. Kejap je. Macam tak dan nak rehat. Buang air, bergegas ke dewan semula sebab kuliah akan bermula jam 2.30 pm. Dalam 4.30 pm habis kuliah, beramai-ramai ke surau, tunaikan solat Asar berjemaah.

Lepas asar, riadhah. Sendiri-sendiri. Anjang tak pernah pergi sebab curi masa untuk basuh baju dan lain-lain. Kawan-kawan ada yang main badminton dan takraw dengan Fasi. Ping pong pun ada. Yang tak ada, isyarat ‘ping’ MH370, ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Jam 6.30 pm, hidangan makan malam dah tersedia. Malas betul nak makan, sebab makan tengahari baru beberapa jam je. Kalau tak makan, lapar pulak malam nanti. Paling kurang, makan lauk, sayur dan kuah je.

Pastu pegi surau solat maghrib. Lepas maghrib, kadang-kadang baca Quran dengan Fasi. Selalunya dengar kuliah maghrib. Bila Isyak, berhenti untuk Solat dan lepas Isyak bergegas ke dorm, salin pakaian untuk ke dewan semula. Tough giler. Dengar kuliah sampai jam 11pm. Pastu ada hidangan kuih 2 ketul atau bubur 1 mangkuk kecil.

Pastu, balik dorm, siap-siap untuk tidur… jam 12 atau 12 lebih barulah anjang melelapkan mata. Dah masuk hari esok. Apa pengisiannya, tak ada masa nak menulis… maaf banyak-banyak. Doakan kami di sini.

PPAJ, Titi, Jelebu
8.20pm, Apr 19, 2014

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Titi***

  • April 19, 2014 at 9:40 pm
    Permalink

    Bestnya tuan…rasa mcm nk join ja..:)

    Reply
  • April 22, 2014 at 9:29 am
    Permalink

    Assalam..,semuga sihat-sihat dan diberkati,salam pada kawan2 terutama ustz Soleh .ada masa call ana.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *