***KISAH WANITA BERCAKAP HANYA DENGAN AL-QURAN***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Petang ni Dr Khairul Anuar sambung kuliahnya. Beliau pensyarah kanan ‘Ulum Al-Quran di USIM. Anak Terengganu, bekas pelajar Universiti Madinah. Pagi tadi kuliah Subuh beliau sampaikan serba sedikit tentang Al Quran. Kuliah jam 8, pihak Bukit Aman ambil alih. Dr Khairul sambung kuliah yang jam 11, jam 2.30pm dan malam nanti. Sebagai hafiz Al Quran, banyak pengajaran dan cerita dari kuliahnya.‎ Antaranya, anjang kongsikan kisah seorang perempuan tua yang hanya bercakap dengan ayat Al Quran sahaja. Anjang masukkan cerita yang agak detail untuk faedah bersama:

Abdullah bin Al-Mubarak berkata : Aku pernah keluar menunaikan Haji ke Baitullah Al-Haram, dan menziarahi ke makam Rasulullah SAW. Ketika aku berada di dalam perjalanan pulang, tiba-tiba aku melihat seorang wanita tua berpakaian hitam yang dibuat dari bulu binatang yang menutupi seluruh badannya kecuali muka dan dua tapak tangannya.

Maka terjadilah perbualan di antara Abdullah Bin Al-Mubarak dengan wanita tua itu.
Abdullah : ” الســـلام عليــكم ورحمة اللــه”
Wanita tua : سَلاَمٌ قَوْلاً مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ
58. Ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. Yaasin

Abdullah : ” Semoga Allah merahmati kamu, apa yang kamu buat di tempat ini ? ”
Wanita tua : مَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ
186. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah (kerana keingkarannya), maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat memberi petunjuk kepadanya. Surah Al-A’raf

Dengan jawapan ini aku tahu, sesungguhnya dia tersesat jalan.
Abdullah : ” Ke mana kamu hendak pergi? ”
Wanita tua : سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى
1. Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin). Surah Al-Israa

Dengan jawapan ini aku mengerti sesungguhnya dia telah mengerjakan haji dan dia mahu ke Baitul Maqdis.

Abdullah : ” Sejak bila lagi kamu berada di tempat ini ? ”
Wanita tua : ثَلاَثَ لَيَالٍ سَوِيًّا
10. Selama tiga malam, sedang engkau dalam keadaan sihat. Surah Maryam

Abdullah : ” Aku tidak nampak pun makanan yang kamu makan ? ”
Wanita tua : هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ
79. Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum. Surah Asy-Syua’raa

Abdullah : ” Dengan apa kamu berwudhu (air sembahyang) ? ”
Wanita tua : فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا
6. Sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih. Surah Al-Maidah

Abdullah : ” Aku mempunyai makanan, apakah kamu mahu memakannya ?”
Wanita tua : ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
187. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). Surah Al-Baqarah

Abdullah : ” Sesungguhnya dibolehkan bagi kita untuk berbuka ketika bermusafir”
Wanita tua : وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
184. Dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), jika kamu mengetahui. Surah Al-Baqarah

Abdullah : ” Mengapa kamu tidak berkata sepetimana aku katakan kepadamu ?”
Wanita tua : مَا يَلْفِظُ مِنْ قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ
18. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). Surah Qaf

Abdullah : ” Maka kamu ini dari golongan manusia yang mana ?”
Wanita : وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولاً
36 . Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. Surah Al-Israa

Abdullah : ” Sesungguhnya aku telah salah, maka berilah aku jalan penyelesaian ”
Wanita tua : لاَ تَثْرِيبَ عَلَيْكُمْ الْيَوْمَ يَغْفِرُ اللَّهُ لَكُمْ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
92. Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dialah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani. Surah Yusuf

Abdullah : ” Bolehkah saya menaikkan kamu ke atas untaku, mungkin kamu akan mendapati kafilah (rombongan orang) di depan sana ?. ”
Wanita tua : وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ
197. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah. Surah Al-Baqarah

Maka berpalinglah dia dari unta itu, sambil berkata :
Wanita tua : قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ
30. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram). Surah An-Nur

Maka aku pun mengalihkan pandanganku daripadanya dan aku berkata kepadanya : naiklah ke atas untaku ini. Apabila dia menaiki unta itu, tiba-tiba aku terdengar robekan pakaiannya. Wanita itu berkata lagi.
Wanita tua : وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ
30. Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa). Surah Asy-Syura

Maka aku pun mengikat unta itu lalu aku berkata kepadanya : naiklah ke atas unta ini.
Wanita tua : سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
13. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. 14. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali ! Surah Az-Zukhruf

Maka aku mengambil tali unta itu dan membawanya dengan sangat laju. Wanita tua itu berkata lagi.
Wanita tua : وَاقْصِدْ فِي مَشْيِكَ وَاغْضُضْ مِنْ صَوْتِكَ
19. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata). Surah Luqman

Lalu aku jadikan unta itu berjalan dengan perlahan perlahan, dan sambil menperdengarkan kepadanya dengan syair.
Wanita tua : فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْ الْقُرْآنِ
20. Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran. Surah Al-Muzzammil

Abdullah : ” Sungguh kamu telah diberikan kebaikan yang berlimpah ruah. ”
Wanita tua : وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُوا الأَلْبَابِ
269. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya. Surah Al-Baqarah

Apabila aku baru membawanya (dengan dia di atas untaku). Aku bertanya kepadanya.
Abdullah : ” Adakah kamu mempunyai suami ? ”
Wanita tua : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَسْأَلُوا عَنْ أَشْيَاءَ إِنْ تُبْدَ لَكُمْ تَسُؤْكُمْ
101. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu. Surah Al-Maidah

Maka aku diam dan tidak bercakap dengannya sehingga aku berjumpa segolongan orang.
Abdullah : ” Ini segolongan orang. Adakah kamu ada kenal sesiapa ? ”
Wanita tua : الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
46. Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia. Surah Al-Kahf

Jawapannya itu memberitahu bahawa dia juga mempunyai anak.
Abdullah : ” Bagaimana keadaan mereka dalam menunaikan haji ? ”
Wanita tua : وَعَلاَمَاتٍ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ
16. Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak di tuju. Surah An-Nahl

Dari jawapannya ini aku tahu bahawa mereka ada panduan perjalanan seperti di belakang meraka, maka yang aku maksudkan ialah khemah-khemah dan bangunan-bangunan milik mereka.
Abdullah : ” Kamu ada kenal sesiapa tak dalam kawasan khemah ini ? ”
Wanita tua : وَاتَّخَذَ اللَّهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً
125. Dan Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya. Surah An-Nisaa

وَكَلَّمَ اللَّهُ مُوسَى تَكْلِيمًا

164. Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung, tidak ada perantaraan). Surah An-Nisaa

يَا يَحْيَى خُذْ الْكِتَابَ بِقُوَّة

12. Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Surah Maryam

Lalu aku memanggil : Wahai Ibrahim, Musa, Yahya. Apabila pemuda-pemuda (yang dipanggil tadi telah keluar), aku lihat. Setelah tiga anak ini datang dan duduk denga mereka ini seperti bulan yang baru muncul.

Apabila mereka semua duduk. Maka wanita itu berkata.
Wanita : فَابْعَثُوا أَحَدَكُمْ بِوَرِقِكُمْ هَذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَى طَعَامًا فَلْيَأْتِكُمْ بِرِزْقٍ مِنْهُ
19. Sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya. Surah Al-Kahf

Maka salah seorang dari mereka itu pergi untuk membeli makanan, lalu menghidangkan di hadapanku, lalu perempuan tua itu berkata :

Wanita tua : كُلُوا وَاشْرَبُوا هَنِيئًا بِمَا أَسْلَفْتُمْ فِي الأَيَّامِ الْخَالِيَةِ
24. “ Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia) ! ” Surah Al-Haqqah

Abdullah : ” Sekarang kamu makanlah dulu. Aku tidak akan makan selagi kamu tidak memberitahu tahu aku siapakah wanita tua ini.”
Maka mereka berkata : ” Beliau adalah ibu kami, semenjak empat puluh tahun beliau tidak bercakap melainkan dengan bacaan ayat al-Quran sahaja kerana takut dia tersilap dalam berbicara dan takut Allah SWT akan memurkainya.”
Maka aku berkata : ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ

4. Yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. Surah Al-Jumuah

Dahsyat perempuan tu, bukan sebulan dua bercakap hanya dengan ‎Al Quran, 40 tahun. Maha Suci Allah. Semasa belajar di Jordan, anjang ada dengar juga kisah pelajar perempuan yang bercakap dengan Al Quran tetapi bukan kerana takutkan tersilap atau takut kemurkaan Allah dan tak sampai 1 tahun pun.

Mereka bercakap menggunakan ayat Al Quran kerana tak tahu berbahasa Arab. Kebanyakkannya pelajar baru. Tinggal di Suwaileh, belajar di Universiti Jordan. Balik ke rumah naik teksi. Bila driver tanya,
“‘ala Wein insyaAllah?”
Dia jawab,
“Suwaileh.”
Bila dah dekat sampai kawasan rumah dia pandai la nak kata ‘yamin’ ‘syimal’ tapi masa nak suruh jalan terus tegak, dia bantai,
“Siratal Mustaqim!”
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ
Paling best, bila nak suruh berhenti, tak cukup bahasa, maka terus sebut dengan kelam kabut.
“Sodaqallahul ‘azim.”

Maka driver pun membrek kereta dengan mengejut sambil tertawa.
ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ Ni la akhawat Malaysia yang bercakap dengan Al Quran.

Ok, hujan-hujan ni nak rehat sikit. Jumpa lagi.

Asrama Saiyidina Ali, PPAJ, Jelebu
5.53pm, Apr 21, 2014

  • salam maghrib dalam bahasa arab (35)
  • salam maghrib dalam arab (27)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***KISAH WANITA BERCAKAP HANYA DENGAN AL-QURAN***

  • April 22, 2014 at 9:18 am
    Permalink

    Salam rindu,tq di atas perkongsiaan ilmu .semuga diberkati Allah .

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *