Kursus Pemulihan Akidah Bekas Pengikut GISB di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan.

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria, sebenarnya post ni dah anjang tulis sejak hari pertama kursus bermula tapi anjang tak kongsikan kerana sebab rasa macam tak perlu. Tapi kawan-kawan ada yang bertanya. Kita share la. Maaflah, cerita dah lebih seminggu dan ada juga perkara yang tak sempat anjang coretkan. Maaf ye!

Majoriti peserta berkumpul di BCH jam 12pm dan dlm pukul 12.30 2 buah bas yang membawa peserta lelaki dan wanita mula bergerak ke Pejabat JAIS di Shah Alam. Solat ditunaikan di sebuah ‘hentian sebelah’ dan sampai di Perkarangan pejabat JAIS seperti waktu yang ditetapkan iaitu jam 2.30pm.

Peserta lelaki menaiki bas JAIS manakala peserta wanita pula menaiki sebuah bas persiaran. Setelah nasi ayam bungkus‎ diagihkan, bas mula bergerak menuju Jelebu, Negeri Sembilan dan sampai ke Pusat Pemantapan Akidah di bawah pentadbiran JAKIM di KM 17, Jalan Kongkoi, 71650 Titi Jelebu, Negeri Sembilan pada jam 5.50pm.

Turun bas, peserta terus ke dewan untuk pendaftaran dan setiap orang mendapat 3 helai kertas A4 bercetak, tag yang tercetak nama masing-masing dengan nombor, cadar dan sarung bantal putih serta beg kursus. Kertas-kertas A4 itu terdiri daripada: i.Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi di sini ii. Jadual aturcara kursus iii. Surat akujanji akan mengikuti kursus sepenuhnya dengan nama, no ic dan tandatangan penulis dan saksi iv. Borang peribadi peserta yang meminta info peribadi yang lengkap termasuk nama-nama isteri dan anak-anak serta waris. Dalam beg pula terdapat buku-buku panduan, sebuah buku nota kecil dan ball pen.

Taklimat di mulakan dengan pengenalan Pusat Pemantapan Akidah oleh penguasa pusat tersebut, En Jamal yang antara lain menyebut tentang tujuan pusat itu didirikan, keluasannya (10 ekar) dan bilangan staf (11orang) di situ.‎ Taklimat seterusnya oleh bahagian disiplin yang menjelaskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang kursus.

Kuliah pertama atau sesi ‘ice breaking’ disampaikan oleh Ustaz Fauzan yang bertujuan memecah gap di antara pengendali kursus iaitu para ‎motivator dan fasilitator dan semua peserta. Beliau menekankan pentingnya datang dengan niat menambah ilmu, belajar kerana banyak dalil yang menggalakkan kita menambah ilmu. Beberapa permainan telah beliau adakan antaranya:
1. Setiap peserta perlu bangun dan memegang tangan peserta bersebelahan dengan erat. Bila disebut no genap hendaklah mengangkat tangan sambil menyebut ‘Ha’, no ganjil ‎turunkan tangan sambil menyebut ‘Hi’ bertujuan mengajak peserta alert dengan arahan dan bersatu dalam tindakan tetapi dalam keadaan santai.

2. Mengajak peserta senyum dan memberi tahap senyuman pada:

i.Senyuman (bentuk bibir) ketika menyebut no 1, muncung. Tak bagus.
ii. Senyuman ketika menyebut no 2 (terjuih), tak ikhlas.
iii.Senyuman ketika menyebut no 3. Lebar, mesra. Ini yang kita nak lakukan sepanjang kursus.

3. ‎Meminta sebanyak-banyak tanda tangan kawan-kawan di atas sekeping kertas A4 yang diberi yang antara lain untuk melihat peserta yang:
i.Proaktif
ii.Reaktif
iii.Nak mati (langsung tak ada tindak balas)
Juga dapat mengenal sikap peserta samada suka protes, mempertikaikan‎ dll.

‎4.Melakukan simulasi tentang penerimaan ilmu Allah dengan mendatangkan 2 botol 50ml yang dipenuhi air. 1 botol mineral bertutup biru diumpamakan ilmu Allah. 1 lagi botol air minuman bertutup putih. Kata Us Fauzan, Allah yang Maha Pengasih Maha Berkuasa boleh memberi ilmunya kepada siapa sahaja yang Dia kehendaki tetapi mari lihat simulasi ini.

i. Buka penutup botol ‎berpenutup biru dan tuangkan air ke botol berpenutup putih tanpa membuka penutupnya. Natijahnya, air tak masuk. Hanya tumpah di sekeliling botol.
Maksudnya: Ilmu Allah tak akan masuk ke dalam hati yang tertutup.
ii. Buka penutup botol air minuman, tuangkan air ‎dari botol air mineral ke botol air minuman yang masih penuh. Air tak masuk dan melimpah ke tepi.
Maksudnya: Ilmu Allah tak akan masuk ke hati seseorang yang rasakan dia dah ada ilmu. Dia dah banyak ilmu, dadanya dah penuh berilmu. Kena kosongkan hati, beri ruang untuk ilmu Allah masuk.
iii. Tuang air dari botol mineral ke botol minuman dalam kedudukan botol ‎mineral lebih rendah dari botol minuman, air tak masuk dan tumpah.

Maksudnya: Ilmu Allah tak akan masuk ke hati seseorang yang meninggi diri dari pemberi ilmu walau siapa pun yang memberi ilmu. Kena tawadhu’ dan merendah diri, barulah ilmu Allah akan masuk ke hati kita.

Di akhir sesi, Us Fauzan memberi peluang bertanya dan Puan Hatijah mengambil peluang bertanya dengan memulakan dengan ucapan terima kasih dan mengajak semua peserta berinteraksi dengan penceramah. Agar ilmu lebih hidup. Kasihan motivator berusaha berbagai cara untuk hidupkan majlis kalau peserta hanya diam sahaja. Beliau harap selepas ini, semua orang bertanya atau memberi kerjasama agar majlis lebih meriah.

Ust Fauzan menerangkan status hadis yang disepakati ulama tentang perpecahan umat Muhammad kepada 73 puak. Tetapi menurutnya, sambungan hadis itu yang mengatakan “… semuanya masuk neraka kecuali org yang berpegang kepada sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah selepasku…”. ada perbezaan pendapat ulama hadis. Ada yang mengatakannya dhaif dll. Us Fauzan menceritakan perbezaan pendapat dalam fekah kerana bidangnya adalah ‘perbandingan mazhab feqah’ bermula di zaman sahabat lagi apabila ada madrasah Abdullah bin Mas’ud di Baghdad yang banyak menggunakan raie atau qiyas memandangkan Baghdad jauh dari sumber hadis iaitu hafazan para sahabat yang ramai di Madinah. Sebuah lagi ialah madrasah Abdullah bin Umar di Madinah yang banyak bergantung pada hadis. Kalau ia tak dibenarkan, sudah tentu para Khulafaur Rashidin sendiri melarangnya. Jadi kita jangan menyalahkan ilmu bila berlaku perbezaan pendapat katanya sambil meletakkan tangan di dahi dan dengan nada bergurau mengatakan, “Fuuh berpeluh.”

Di akhir majlis Us Fauzan memperkenalkan para fasilitator di kalangan lelaki dan wanita yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari JAIS, tenaga dari BTN dan NGO.

Moga Allah memberi kefahaman yang mendalam kepada kami untuk memahami agamaNya dan berjuang tepat dengan kehendakNya.

Surau PPAJ, Jelebu
5.24am, Apr 21, 2014

  • program pemulihan akidah (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “Kursus Pemulihan Akidah Bekas Pengikut GISB di Pusat Pemantapan Akidah JAKIM, Jelebu, Negeri Sembilan.

  • April 21, 2014 at 9:52 am
    Permalink

    Terima kasih. TuanHarun yg sdh berkongsi dalalm pemulihan akidah

    Reply
  • June 21, 2014 at 8:21 pm
    Permalink

    Assalamualaikum..saya nak tanya boleh tak saya hantar anak lelaki saya yang saya syak dia dah murtad..saya nak dia dipulihkan akidah dia.

    wassalam

    Reply
    • June 24, 2014 at 12:29 pm
      Permalink

      Wslm. Sebenarnya program di PPAJ ni di bawah JAKIM, oleh itu jika ada masalah tentang akidah sesiapa di bawah jagaan kita, kena rujuk kepada jabatan agama di tempat saudara dahulu. Nanti mereka yang akan memberi pandangan dan panduan bagaimana bertindak. ampun maaf.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *