***Mengaji di Jolobu***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Ustaz Fauzan, Ustaz Othman Hamzah Al Hafiz, Profesor Dr Jahid Siddik, Ustaz Mat Jais Kamos, Ustaz Mohd Zamri Mohd Syafiq, Ustaz Syaharuddin Syamsuddin, Ustaz Zamihan Al Ghari, Ustaz Aizam Mas’ud, Dato’ Syamsul Najmi, Dr Khairul Anuar Muhammad Al Hafiz, Dr Sobri Muhammad Al Hafiz, Dr Najib Abd Kadir, Dr Muhammad Aqil bin Muhammad Ali, ACP Mohd Hanafi Mohd Sani adalah nama-nama alim ulama dan pihak keselamatan yang menyampaikan ilmu dan taklimat di program kami di PPAJ. Di antara mereka ada yang merupakan pensyarah-pensyarah di institut pengajian tinggi di Malaysia. Timbalan Pengarah JAIS, Ketua Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Selangor, Bekas-bekas Kadhi atau pegawai tadbir agama serta mereka yang berlatarbelakangkan agama juga pegawai dari KDN dan PDRM.

Setakat sebelum Asar tadi dah 29 kuliah dari bermacam-macam disiplin ilmu kami dengar‎ dan pelajari. Dari ilmu aqidah dengan pembahasan definisi ilmu tauhid, sifat-sifat Allah dengan segala persoalannya. Ilmu feqah dengan pembahasan dari perkara dasar iaitu taharah, solat, muamalat, zakat dengan penekanan soal munakahat khususnya peranan Jabatan Agama dan pendaftaran nikah kahwin, poligami dan cerai. Ilmu tasawuf, persoalan tarikat, guru mursyid, wirid zikir, khadam dan jin dan penyelewengan dalam tarikat. Seterusnya ilmu-ilmu mengenai sumber asas Islam iaitu Ulum Al Quran dan Tafsir dan Ulum Al Hadis. Dengan 5 atau 6 kuliah setiap hari, selama 2 minggu memang merupakan satu kursus intensif untuk kami.

Hari ni je belajar definisi hadis, kitab-kitab hadis, perkembangan ilmu hadis, sejarah penulisannya, kepentingan dan penghujahannya, manhaj ulama hadis dalam menyusun kitab mereka, pengenalan jarh wa ta’dil, tobaqat muhaddisin, pengenalan sahabat, pengenalan tabi’ien dan pengikut mereka, perawi-perawi yang tsiqah, nyanyuk, buat helah, gugurkan sanad, gharibul hadis, musykil hadis, mukhtalif hadis dan muhkam, nasikh mansukh, takhrij hadis, turuq at tahammul wa ada’ dan macam-macam lagi. Korang bayangkanlah, subject 1 semester di sampaikan dalam 2 hari. Moga Allah beri kekuatan pada semua untuk memahaminya dan mendapatkan faedah darinya. Paling tak dapatlah gambaran secara umum, apa itu ilmu ‘Mustolahul hadis’.

Jadi, hari-hari masuk ‘Taman-taman Syurga’. Kumpulan yang masuk awal dapatlah bintang/bulan (sticker kecil) sebagai pendorong untuk datang segera. Yang sakit datang bertongkat. Yang kurang sehat berjalan slow-slow. Kalau hujan, berkongsi payung. Mengantuk makan gula-gula. Peluang berinteraksi direbut dengan bertanya soalan kepada para ulama secara direct atau bertulis. Dapat jawapan on the spot. Untuk menceriakan majlis, ada game-game yang fasi buat. So, cerialah selalu di PPAJ, Jolobu.

Banyak hikmah berkursus di sini, moga Tuhan balas jasa-jasa semua pihak yang terlibat mengendalikannya.

‎من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة

“Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga” (HR. Muslim nombor 2699).

‎Asrama Sy Ali KarramAllah Wajhah
6.11pm, Apr 23, 2014

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • anjang muor pengasas ilmu tasauf (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Mengaji di Jolobu***

  • May 1, 2014 at 6:09 am
    Permalink

    lebih mantap lagi YBYB, Dato2, Tan Sri2 bergilir kursus disini, jangan tunggu ada 3/4….buah boeng lg ghaib baru perbetulkan diri, mulakan pemimpin2 dahulu, kemudian vvip, pengarah2 yang selalu hilang arah

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *