***Ust Fasi Kumpulan 1, Nasrul Hadi Rohani***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Aku di masukkan ke Kumpulan 1 bersama Che Raman Said, Us Jo, Hj Salleh, Us Inaam dan Cikgu Zambri. Kami nak lantik Us Jo jadi ketua sebab dia pandai cakap. Memang betul dia pandai cakap. Terserlah sifat kepimpinannya kerana dia ‘arah’kan Cikgu Zambri jadi ketua, maka kami pun berketuakan Cikgu Zambri. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ.

Fasi kami gagah dan besar orangnya. Bertugas di JAIS Kelang. Bahagian kekeluargaan. Sebab itu dia amat prihatin masalah nikah kahwin orang GISB yang sebahagiannya tak sempurna. Sijil nikah entah ke mana. Ada yang tak kisah langsung soal dokumen yang penting ni. Boleh jejaskan hak seorang isteri. Memang betul kata Ustaz Nasrul Hadi ni. Ada orang masuk Arqam, Rufaqa atau GISB, kahwin dah diuruskan dari sudut mencari pasangan, kenduri kahwin dan lain-lain persiapan, cuma untuk selesaikan sedikit pengurusan dengan Jabatan Agama mereka abaikan. Kata Ustaz Fasi, ini jelas melanggar wasiat Rasulullah SAW dalam khutbah wada’. Ampunkan kami ya Allah.

Us Nasrul ni sama-sama belajar dengan anjang di Muktah, Jordan. ‘Wong Jowo’ yang baik hati. Di Muktah, nama glamournya ‘Wak Jono’, waduh… patutpun anjang lupa pun, ada nama lain. Sepanjang kursus 2 minggu ni, Us Nasrul berkorban tenaga, masa dan kepakaran menangani karenah kami. Sangat tawadhu’ dan prihatin tetapi kadang-kadang berubah menjadi tegas dan lantang. Rasanya, selama 2 minggu juga dia tak pulang ke rumahnya, meng’kursus’ dan ter’kursus’. Moga Allah balasi kebaikan beliau.

Kenangan manis bersama beliau adalah bila halaqah membaca Quran, LDK, makan bersama-sama dan me’layan’ ‘game’ beliau. Kenangan paling suspen ialah bila beliau membuat soalan kepada penceramah menjurus kepada kelemahan di dalam GISB dan lebih-lebih lagi suspen yang sepertimana kata En Md Som menyebabkan Us Nik Hazani ketakutan ialah bila dia mengatakan ada beberapa orang di kalangan peserta kursus yang tidak telus dan jujur sepanjang 2 minggu berkursus. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Termasuk En Md Som dan En Lokman Pangan.

Apapun, semoga Us Nasrul Hadi sukses dalam kerjayanya. Anjang menumpang berkat.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Ust Fasi Kumpulan 1, Nasrul Hadi Rohani***

  • May 2, 2014 at 9:43 am
    Permalink

    Mantop Tuan Anjang dn grup tu. Tahniah kpd Us Naarul kerana sanggup bekorban masa tenaga dan akal fikiran utk bersama dlm kursus.

    Reply
  • May 2, 2014 at 11:02 am
    Permalink

    alhamdulillah akidah dah mantap,lepas ni boleh buat kuliah fardu ain semula

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *