***Derita Gout dan Dayan Dayak***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria.
Pagi ni rancang nak buat kelas dengan remaja TM tapi terpaksa tukar program kerana nak berkejar ke Bukit Beruntung, Ummu Salimah nak bincang dengan Yati Salim ‎perihal bakeri dan tempahan kuih raya. Ni la dunia bisnes, belum puasa lagi dah buat kuih raya. Itu satu persepsi. Boleh juga lihat dari satu sisi yang lain iaitu, bulan Rejab lagi dah bersungguh-sungguh nak memberi khidmat membekalkan kuih yang benar-benar halal, suci dan sedap kepada umat Islam. Moga-moga ramailah yang dapat makan, makanan yang benar-benar suci dan berkat. Nah! Lain persepsi, lain natijah. Satu boleh buat dosa kering, satu lagi pahala bang! Pahala! Tak nak ke? Dah kaya sangat dengan pahala ke?

Alhamdulillah, dapat jumpa ramai kawan-kawan pagi ‎ni. Mus Osman, Ajwad, Fateh, Ady, Shamsudin dan Malek Raswan. Malek anak buah anjang di Muktah. Penasyid kami. Dia boleh lagukan nasyid-nasyid dari masjid-masjid Brelwi Pakistan dengan lenggok-lenggoknya sekali. Cuma pagi ni, anjang lihat kelihatannya dah sangat merosot. Dia kelihatan bertongkat turun dari Innovanya. Berjalan perlahan-lahan ke meja anjang duduk di kafe Ikhwan Bukit Beruntung. Susuk tubuhnya yang besar, ditambah kakinya menahan sakit gout menghadkan pergerakannya.

Menurutnya, berat badannya yang ditanggung oleh kedua lututnya ketika berdiri, khasnya berjalan menyebabkan otot di kedua lututnya ‘habis’. Anjang tak pasti macam mana keadaannya. Selepas itu, tulang lutut itu bergesel pula dengan tulang‎ rawan hingga tulang rawan pula habis. Sekarang yang tinggal, tulang lutut atas bertemu tulang lutut bawah tanpa ligamen dan tanpa tulang rawan. Fuuh! Sakit tuuu. Di tambah lagi kelilingnya ada kristal yang terbina dari asid urik… gout. Pun begitu, bila anjang cerita perkembangan kursus di Jelebu, dia masih kuat mengingati kawan lamanya, Ust Nasrul Hadi. Moga Allah sembuhkannya. Dia beritahu anjang, kena tukar lutut, ngerinya…

Dah 2 kali Tuan Salleh Saliyan singgah ASH tapi anjang tak ada di Tanjung Malim ketika itu. Pagi ni anjang ke Zon Madinah di Bukit Beruntung ni, dia pula tiada. Susah nak jumpa orang saiz kecil begini sebab… laju sangat pergerakannya. anjang ada ajak dia ziarah Dayan Dayak aka Singa Abuya sebab dia dah jumpa orangnya di Haramain. Anjang belum jumpa lagi. Baru kenal di alam maya je. Tapi kesibukan membatasi perancangan kami. Petang ni terbaca post Dayan Dayak yang dah lama tak up date. Ok, sambil melayan cerita-cerita politik di Terengganu pada tarikh 13 Mei ni, bacalah juga tulisan blogger ceroboh lagi di link di bawah. Ampun maaf.
http://cerobohlagi.blogspot.com/2014/05/khabarnya-haji-salleh-dah-ada-di-tanah.html?m=1

Kafe Ikhwan, BCH.
6.17pm, Mei 13, 2014

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • dayan dayak (41)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Derita Gout dan Dayan Dayak***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *