***Hj Ramli Singapura Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

‎Salam ceria. K‎ematian adalah benar. Kematian adalah pasti. Masa, tempat dan sebab kematian kita tak tahu. Allah sembunyikan dari kita. Sebagai pendorong ibadah bagi yang sentiasa mengingati kematian dan bersiap-siap untuknya. Moga Allah cerdikkan hati kita agar sentiasa mengingati hari berakhirnya segala kelazatan dunia. 2 hari lepas, Hj Turmodi dari Singapura PM kat anjang memaklumkan pemergian kawan lama kita di pulau singa. Dari dulu, kalau kita ke Singapura, sudah tentu kita tak melepaskan peluang melawat pasar sayur Ikhwan ‎yang kecil ‘comel’ tetapi kemas teratur. Pengendalinya Tuan Hj Ramli. Keluarganya banyak membantunya menjalankan bisnes ini. Beliau telah kembali ke rahmatullah. Allah sayangkannya. Tepatnya pada 5.30pm, 19 Mei 2014 di hospital Alexandra Singapura setelah lama menderita sakit kencing manis. Dalam 3 bulan kebelakangan ini keluar masuk hospital akhirnya Tuan Hj Ramli pergi menemui Allah. Teringat anjang dengan Ust Karim yang baik lagi pemurah. Dulu rumahnya di Changi, menjadi rumah tetamu Al Arqam. Beliau pun meninggal dunia kerana kencing manis.  Sebenarnya dia adalah bapa mentua kawan anjang, En Rashidi Zakaria. Semasa kami sama-sama bertugas di Kluang, En Rashidi bernikah dengan anaknya. Kemudian, jodoh tidak berpanjangan, mereka berpisah. Ada orang katakan bila bercerai dengan anaknya, bapanya adalah bekas bapa mentua. Sebenarnya, bapa dan ibu mentua kekal sebagai bapa dan ibu mentua, walaupun seseorang bercerai dengan anak perempuan mereka. Apabila seseorang lelaki bernikah dengan seorang perempuan, secara automatik ibu dan nenek perempuan itu (hinggalah seterusnya) haram muabbad (selama-lamanya) ke atasnya. Dia boleh bersalam dengan mereka. Berbeza jika seorang lelaki bernikah dengan seorang janda, jika janda tersebut mempunyai anak dara, selagi lelaki ini belum bersama (melakukan hubungan suami isteri) dengan isterinya, anak perempuannya masih boleh dinikahi. Ertinya, jika dia menceraikan isterinya sebelum ‘bersama’, syarak membenarkan dia berkahwin dengan anak perempuannya.  Moga Allah mencucuri rahmat atas roh Tuan Hj Ramli. Kerananya kami dapat mengulangkaji ilmu Fekah. Marilah kita hadiahkan bacaan surah Al Fatehah kepada rohnya…. Al Fatehah.‎ Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Hj Ramli Singapura Dalam Kenangan***

  • May 29, 2014 at 3:31 am
    Permalink

    Ass En Anjang….. cantik gaya penulisan Encik Anjang mencatatkan hukum fekah dalam hidup kita seharian. Namun apakah wajar dalam bercerita mengenai kisah hidup seseorang yang En Anjang kenali disebut nama sebenar mereka…. maaf jika pihak En Anjang rasa komen saya keterlaluan. Terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *