***The Only Living Sahabi***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pohon Rasulullah SAWSalam ceria.

Semalam En Hafiz hantar gambarnya dengan En Mazlan pada anjang. Apa istimewanya sekeping foto? Kata orang satu gambar sebenarnya boleh menggantikan 1000 perkataan. Gambar itu sangat istimewa hingga anjang terus reply bbm Abu Elyas dengan komen:

“Bestnya, berapa km dari Irbid? Cerita sedikit sejarahnya!”

Sebab apa?! Ha, ni nak cerita ni. Gambar mereka berlatarbelakangkan sepohon pokok yang sangat rimbun dedaunnya tetapi rendang. Tengok gambar je anjang dah tahu, itulah pokok yang mempunyai sejarah indah bersama kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Bestnya kalau dapat tengok. Anjang tak pernah sampai ke sana. Sebab tu anjang minta En Hafiz kongsikan kisah pokok yang berkat ini. Korang nak tau ke ceritanya? Bacalah…

Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Saiyidina Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Ia adalah pohon yang sangat diberkati. Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar “The only living sahabi” atau “Satu-satunya sahabat Nabi yang masih hidup”.

Bagaimana sejarah mengenainya? Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar berniaga ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatina Khadijah RA- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini dengan dedaunnya bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada panahan cahaya matahari.

Peristiwa ajaib itu disaksikan oleh seorang paderi lalu ia datang bertemu Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: “Tidaklah yang berteduh di bawah pohon ini melainkan dia seorang Nabi.”

Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa’awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah SAW pernah 2 kali tiba di Bosra. Pertama kali, ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun dan bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. Kali kedua Rasulullah SAW ke Bosra membawa barang dagangan Saidatina Khadijah RA.

 

IMG-20140523-00229

Apa yg menarik, sebenarnya selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km, kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas kecuali satu inilah.

Menurut En Hafiz lagi, pokok itu terletak di Buqa’awiyya antar Azraq dan Sawafi, menghala ke sempadan Iraq. Dari Irbid lebih kurang 100km lebih. Tak la terlalu jauh. Eeish, kena pergi ni. Cuma kata En Hafiz, dari jalan besar nak masuk atau  sampai ke pokok, kalau berkendaraan dengan kereta biasa memakan masa lebih kurang 1 jam setengah disebabkan permukaan jalan dan muka bumi yang berbatu.. lebih selesa masuk ke situ dengan 4WD.

“Di tengah padang pasir dan batu-batu itulah satu-satunya pokok yang hidup.

Jom ziarah Jordan! Katanya En Syidi akan ke sana dengan keluarganya. Selamat bermusafir ke Jordan!

Rumah En Khabil, Seremban 2.

6.55pm, Mei 25, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *