***Semak Arah Kiblat***

Kongsikan kepada yang lain
Share
‎Salam ceria.
Pagi ni baca mesej di group BB, dapat info dari En Lan Ukur yang agak penting untuk kita semua. Iaitu menentukan arah kiblat berpandukan bayang-bayang dari cahaya matahari. Menarik kan? Ye la, tak payah guna kompas dan smart phone yang selalu terganggu oleh medan magnet yang berada di keliling kita samada barang-barang dari logam atau pendawaian letrik. Kadang-kadang pasang kipas pun boleh menganggu kompas atau smart phone yang sedang nak cari arah kiblat. Lebih-lebih lagi jika guna kompas yang lopek. Beli murah-murah bersambung dengan sejadah.
Bab yang penting-penting ni, melibatkan akhirat selalunya orang beli yang murah-murah. Tak padan dengan ‘mahal’nya akhirat. Sebab tak ada hati dengan akhirat. Bab dunia (secara umum, walaup‎un ia menjadi nilai akhirat jika cukup syaratnya) seperti kereta, ‘hand phone’, kasut, jam dll orang sanggup berbelanja ratusan malah ribuan ringgit. iphone 5 s berapa RM? Samsung Galaxy S5 berapa RM? Kasut Clarks ‘ori’ berapa RM? Casio Edifice Chrongraph berapa RM? Mahal semuanya. Lagilah kereta. Nak baiki kerosakan je dah ratus-ratus. Tapi bila beli kompas untuk menentukan arah kiblat kita, cari yang murah-murah di Mydin.
Sedangkan tepat arah kiblat adalah syarat sah solat. Ertinya solat dengan tidak tepat menghadapkan dada kita ke kaabah, tak sah solat kita. Walaupun kadar yang diperlukan adalah ‘galabtuz zon’, bukan tepat 100% memandangkan kesusahan untuk mendapatkan ketepatan yang begitu tetapi bila telah banyak alat yang dicipta untuk membantu mendapatkan ketepatan, ia perlu digunakan. So, apa yang berlaku, untuk akhirat, guna yang murah-murah je. Itulah watak kita di akhir zaman. ‎Ya Allah, ampunkan kami!
So, ada tak cara mudah untuk mendapat arah kiblat yang tepat? Bacalah mesej En Lan di bawah‎. Tapi kena pastikan waktu yang tepat dan ia hanya boleh di lakukan pada hari ini dan 16 Julai jam 5:28 pm. Apa benda tu?! Bacalah di bawah:
‎Pukul 5:16 ptg ini, 28Mei 2014, kita boleh semak arah kiblat melalui bayang-bayang (jika tak hujan) kerana matahari hari akan berada tegak di atas Kaabah ketika itu.tk
Ok, selamat mencuba.
RTS, TM.
9.01am. Mei 28, 2014
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *