***Oh Anak Bangsaku***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Wajah pagi di TBGotong Royong Amalan Mulia
Salam ceria.

Tiga hari lepas tidur di kolam. Suasana macam biasa secara zahirnya tetapi siapa tahu perasaan penghuninya. Ada yang teruja untuk berhijrah ke Air Bentan. Tempat baru, cabaran pun baru. Boleh melihat laut, di Sg Serai tiada laut. Bertambah luas pemandangan. Hari-hari aIndahnya ciptaan Allah di Kg Air Betankan nampak muara sungai. Dengan air pasang surutnya. Bunyi  ombak menghempas pantai berlumpur. Pohon-pohon bakau yang teguh dengan akar mencengkam ke bumi, menahan ombak yang tak pernah jemu bertandang. Bunyi engin bot-bot nelayan kecil mencari rezeki di laut juga tongkang-tongkang besar silih berganti menyusuri muara sungai. Meninggalkan gelombang
Tiada lagi uncle Bala datang bermotor, marah-marah kenapa saluran airnya di tutup. Mendakwa dia lebih lama mengusahakan kolam di situ dari PUJIB. Yang ada hanya kicauan murai, merbah dan barau menyambut matahari terbit. Sesekali terdengar ‘celoteh’ kawanan burung punai sedang ber’sarapan’ di atas pucuk pokok Leban. Juga sayup-sayup kokokan ayam hutan yang halus tetapi nyaring dengan penuh kedamaian. Orang yang fitrahnya suci bersih akan ungkapkan di bibir hatinya: “Inilah tempat yang paling baik untuk pembinaan rohku.”
Anak bangsa ini kalau dibiarkan terus rohnya tanpa didikan, generasi yang akan datang akan bertambah pincang moralnya. Ngeri bila mendengar berita seorang remaja diperkosa oleh 38 orang. Syaitan manakah yang telah menguasai anak-anak bangsa kita begitu sekali? Adakah nafsu dan qarinnya sampai tak terkawal begitu sekali walhal hukuman dunia untuk perogol sudah tersangat berat. Betapa lagi azab yang Allah sediakan di akhirat. Tetapi keyakinan terhadap akhirat sudah sangat menipis. Kisah Israk Mikraj sepatutnya menjadi pendorong untuk kita bertambah keyakinan tentang akhirat. Tentang syurga neraka. Tentang azab dan nikmat. Dengan keyakinan dan keimanan sahajalah kita mampu melawan kehendak nafsu dan bisikan syaitan. Akta dan peraturan serta undang-undang hanya berperanan sebagai pagar melindungi pokok keimanan dan buah syariat yang menunggu dituai.
Dhiya’ dan 4 orang lagi bertolak awal ke Kg Air Bentan bersama ‘mentor’ mereka. Termasuk di dalam 4 orang itu, Abu Laith, penternak ayam kampung di Sg Serai. Dia bawa sekali beberapa ekor ayamnya. Moga yang baki ada pelapis yang menjaganya sementara dipindahkan ke lokasi baru. Anjang pun sempat membuat permohonan untuk mendapatkan 3 ekor ayam betina. 2 ekor anjang tempatkan bersama sepasang ayam kampung di RTS. Seekor lagi dimasukkan ke reban pasangan ayam hutan. Berpoligamilah mereka.
Reban kambing sudah siap di Kg Air Bentan, siapa nak letak kambing-kambingnya di situ? Sebagai saham terhadap pendidikan anak bangsa. Biar Abu Laith dan kawan-kawan jaga kambing pula disamping mendalami ilmu-ilmu dunia akhirat, berlatih sebagai penternak. Plywood lantai asrama tambahan dah ada ke belum? Moga Allah datangkan hati-hati yang prihatin dengan keperluan pendidikan lalu sama-sama membahu.
Ampun maaf.
RTZJ, BCH
8.53am, Mei 29, 2014

 

  • reban ayam (16)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *