***Jom ke Utara!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Dah beberapa hari anjang di utara. Meeting. Kawan-kawan ramai yang datang. Macam biasa. Cuma yang dari Indonesia, nampak Tn Fauzan je, sebab dia belum balik sejak meeting yang lepas. Maklumlah wakil dari Papua. Punyala jauh. Naik pesawat dari Jakarta mengambil masa 8 jam. Perghh. Macam KL-Mekah.

Mula-mula singgah Lahar Yooi, jumpa En Jalil. Sembang-sembang banyak topik. Dia adik kandung En Daud. Mahir macam-macam benda. Komputer, elektrik, mesin dll. Banyaklah pengalamannya anjang dengar hingga kepada membina keluarga poligami. Petang tu dapatla makan kuew tiew Kung Fu air tangan isterinya disamping Ayam Rangup Ikhwan. Melawat studio di belakang pasaraya dan memilih seluar ‘bundle’ semurah RM5 juga menjadi kenangan di LY. Di sini juga anjang berjumpa Syafiq Zambri dan Haris Al Harras, ex pelajar Bt Hampar.

En Jalil dan Kue Tiew Kung Fu

Dari LY terus ke Wadi Sakinah, Merbuk. Dah masuk lorong pun tersesat lagi sebab dah lama sangat tak singgah. Berpagar cantik. Us Mahmud kita ada di sini rupanya. Senyap macam tiada penghuni. En Kamaluddin Manap orang kuatnya. Kak Dilah pun ada. Rupanya berita kematian ibu Kak Dilah tu di sini. Anjang ingat di Batu Pahat. Dah setahun lebih tinggal dengan mereka di sini. Mari kita hadiahkan bacaan surah Al Fatihah kepada roh ibu Puan Fadhilah Ahmad, moga Allah letakkan beliau di kalangan hamba-hambaNya yang mukmin. Al Fatehah.

Merbuk

Menikmati mi goreng panas, teh ‘o’ panas di pangkin tepi kolam yang dihuni lebih seratus ekor induk talapia merah yang berenang berkumpulan di celah-celah teratai adalah satu terapi fikiran yang baik. Lebih-lebih lagi kolam ini dikelilingi dengan pokok-pokok bunga yang dijaga rapi. Tn Nawi, Azhar Ghaus dan Us Mahmud ada sekali.

Surau berbentuk dan sama saiz dengan Kaabah tetapi berwarna putih ini masih tersergam di pintu masuk. Dataran luas untuk pakir kenderaan di depannya bersambung dengan kolam air yang mendapat sumber air bukit yang tidak putus-putus. Sejuk, jernih dan menyegarkan. Kelihatan penghuni PKBM mandi bersama-sama di petang itu. Mereka sedang diproses meninggalkan ketagihan rokok dengan kawalan ketat tetapi penuh kasih sayang dari team PKBM. Moga Allah gantikan seluruh ketagihan dan kecintaan yang palsu dan merosakkan kepada kecintaan dan takut kepadaNya.

Talapia Merah di kolam Merbuk

Kolam Mandi di Merbuk

Di Jitra pula anjang berhubung dengan DD dan Tn Salleh mempelawanya ke Resort Terbilang. Dapatlah beliau melihat sendiri projek-projek di sekitar Pochan, Kg Temalang dan Meribut iaitu pusat latihan kuda di Kg Pochan dan studio rakaman. Resort di Kg Temalang, Teluk Tenggiri dan kilang roti di Meribut. Anjang pun dapat menziarahi ibu DD di Perlis. Pekena kopi air tangan ibunya. Rupanya DD adalah seorang anak yatim sejak berumur 4 tahun. Kami juga dibawa bertemu adiknya seorang pengusaha kedai runcit untuk bekerjasama memasarkan keluaran kilang roti Ikhwan.

Melawat Kilang Roti Ikhwan
Melawat Kilang Roti Ikhwan

Hajat DD nak belanja kami makan Pesembor Koodiang tercapai juga bila kami dapat menikmatinya bersama sambil berbincang dengan Pak Long Halim S/U Masjid Jamik Koodiang tentang usahasama antara GISB dan Masjid dalam mengimarahkan rumah Allah. Sedap pesembor tu, maklumlah dah 3 generasi. Itulah pengalaman pertama kali Tn Salleh pekena Pesembor. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Oleh kerana ramai orang Johor, dah macam lawatan anak Johor ke Perlis. Anjang, Tn Salleh, Tn Jian, Cikgu Baha semua Johorian. En Omar Zaki je orang Kelate. Bila DD tanya, dah baca ke post terkininya? Anjang jawab, bila sibuk, nak menulis pun tak sempat, baca pun tak dan. Korang dah baca? Sila klik link di bawah.

Dayan Dayak bertemu Ummu Jah 

ok, jumpa lagi.

Resort Terbilang

2.51pm, Jun 4, 2014

 

  • cerita hot anak dan ibu tiri (59)
  • cerita hot anak dengan ibu kandung (19)
  • cerita hot anak dengan ibu (12)
  • ayam rangup ikhwan (1)
  • blog anjang muor (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *