***GISB di Arus Perdana***

Kongsikan kepada yang lain
Share

IMG_20140608_082405_editSalam ceria.
Dalam menyegerakan usaha-usaha kembali ke arus perdana, pelbagai usaha di buat agar staf GISB tidak kekok berada bersama masyarakat. Sebagai tebusan dosa kerana selama ini mengasingkan diri di tengah ramai bila hanya beribadah sesama sendiri dan tidak bersama masyarakat kecuali beberapa orang sebagai wakil sahaja. Selepas mengikuti kursus pemulihan yang dikendalikan oleh JAIS, sekarang khasnya di utara ini, hampir semua masjid sekitar Jitra dan Kodiang dimeriahkan dengan staf GISB samada yang bertugas di Pusat Latihan Berkuda di Pochan, Terbilang Resort di Telok Tenggiri atau biasa kita sebut rumah Tok, mahupun dari Kilang Roti di Meribut dan Bandar Darul Aman, Jitra. Ditambah lagi dengan kedatangan Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings dan Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Hatijah Aam bermesyuarat di sini.

Anjang sempat bersolat jemaah di Masjid Ubudiyah, Kampung Pering. Tak berapa jauh dari kilang roti Ikhwan. Sejurus sebelum azan Maghrib, ahli qariah sudah mulai datang. Malam itu ada kuliah rupanya. Seorang Ustaz berserban jubah putih dalam lingkungan 50’an ‎membaca kitab tasawuf bab zuhud dan menerangkannya satu persatu kepada jemaah.

Selepas solat Isya’, Tn Tengku Azhar, Tn Dr Hamzah dan Anjang mengambil peluang bersembang dengan Imam dan pengerusi masjid, Imam Masyhur ketika beliau ingin keluar dari masjid. Walaupun hanya di tangga masjid, kemesraan segera terjalin kerana sehari sebelum itu GISB Holdings bekerjasama dengan masjid meraikan sambutan Israk dan mikraj dengan kuliah yang disampaikan oleh Sohibus Samahah, Mufti Negeri Kedah Darul Aman, Datuk Paduka Syeikh Badaruddin bin Hj Ahmad‎. Di malam itu GISB menyumbangkan hamper untuk penceramah dan Roti Ikhwan untuk hadirin hadirat. Program bersama sebegini dapat mengeratkan hubungan yang sedia ada kerana staf GISB di kilang roti merupakan ahli kariah Masjid Pering.

Oleh itu, Imam amat mesra dengan kami. Bila diajukan cadangan untuk menganjurkan program bersama sekali lagi dengan GISB Holdings sebagai penyataan kembalinya GISB di pangkuan masyarakat, Imam menerimanya cuma memerlukan masa kerana baharu sahaja menganjurkan program besar dan memerlukan perbincangan dengan AJK masjid yang lain. Akhirnya perbincangan mesra bertukar dari tajuk ke tajuk, pengalaman Imam mengajar di Brunei, anak muridnya menantu Sultan. Yang menariknya minat Imam di bidang penternakan menjadikannya penternak rusa di kampungnya. Melihatkan minat kami dengan ternakan rusa, Imam mempelawa kami ke rumahnya esok.

Walaupun rumah Imam terletak nun di tengah bendang, tetapi ada jalan tar muat-muat sebuah kereta melaluinya dari satu arah dalam satu masa. Kalau bertembung dua kenderaan di tengah jalan yang panjang itu, alamat salah sebuah kena mengalah, mengundur hingga ke simpang yang paling hampir untuk memberi laluan kepada yang lain.
IMG_20140605_175130
“Tak perlu lesen ke bela rusa ni Imam?” kami bertanya bila melihat 11 ekor rusa di dalam kandang berpagar tepi rumahnya. Imam menjawab, “Ni rusa dari Australia, bukan rusa tempatan. Tak perlu lesen.” “Dari 3 ekor rusa, sekarang telah membiak sebanyak ini. 2 ekor mati, kemungkinan dipatuk ular dan seekor saya sembelih, makan.” ujar Pak Imam. Selain rusa, Pak Imam yang pernah mengikuti kursus penternakan selama sebulan di Melaka pada tahun 1958 (anjang tak lahir lagi)‎, juga membela beberapa ekor kancil. Bukan mudah nak tengok sang kancil yang sangat popular di dalam kisah kanak-kanak alam Melayu kerana ianya sangat pemalu.

Siapa berminat dengan 'Beach Buggy'?

Macam-macam pengalaman Imam sembang dengan kami sambil pekena milo ‘O’ dan buah tangan (roti) yang kami bawa. Sesiapa berminat nak beli ‘beach buggy’ yang baru dibelinya tetapi tak diguna boleh hubungi anjang. Beliau membelinya untuk kegunaan kebun. Ada org buat kutip getah sekerap dan ambil rumput ternakan. Tapi oleh kerana tak boleh dapatkan ‘road tax’, Pak Imam nak jual. Setakat guna di pantai ok la. Harga beli RM10K. Pak Imam minta kami tanyakan kenalan yang ingin membelinya khasnya dari Langkawi. Anjang dah tengok, baru lagi, bulu tayar pun masih ada lagi.

Memasuki ‘Arus Perdana’ bererti kita bertambah kawan dan kenalan dari pelbagai latarbelakang. Imam, bilal, siak, wartawan, SB, peniaga, pegawai di Jabatan Agama, Kadhi-kadhi,‎ Exco agama, penasihat agama negeri, Mufti dan lain-lain lagi. Untuk itu anjang ingin kongsikan maklumat terkini kepada pembaca anjangmuor.com semua iaitu personaliti TV9 (Tanyalah Ustaz) iaitu Ustaz Abd Hadi Bakri Hj Abdullah akan menyampaikan satu ceramah agama berkenaan ‘Nisfu Syaaban dan Menjelang Ramadhan’ di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darulaman, Jitra pada malam esok. Program julung-julung kali ini adalah hasil kerjasama di antara Masjid Al-Muttaqin dan GISB Holdings Sdn Bhd. Inilah contoh aktiviti GISB pasca taubat dan kembali ke arus perdana khususnya setelah menjalani kursus oleh JAIS dengan kerjasama JAKIM dan Pihak Keselamatan. Anjang cadangkan korang kempen saudara mara korang atau kawan-kawan dan kenalan yang berada di sekitar Jitra, Kodiang, Arau dan yang berdekatan agar hadir memeriahkan majlis tersebut. Datang! Jangan tak datang!!

Hari ni kawan-kawan di Irbid rehlah ke Aqabah. Moga selamat pergi dan pulang. Menambahkan rasa takutkan Allah setakut-takutnya.

Temalang-Arau-Temalang

3.11pm, Jun 2014

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *