Bekas Pengikut Al-Arqam Bertaubat – Sinar Harian

Kongsikan kepada yang lain
Share

KUANTAN – Lebih 100 bekas pengikut kumpulan Al-Arqam di Pahang sudah insaf dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kehidupan seharian mereka.

Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Nur Muhammad Azral Mohd Noor berkata, mereka yang dahulunya aktif dalam kumpulan Al-Arqam kini sudah bertaubat dan mahu masyarakat tidak memandang serong kepada bekas pengikut ajaran berkenaan.

Menurutnya, mereka kini lebih tertumpu kepada perniagaan dan mahu turut serta dalam program kemasyarakatan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara umat Islam di negara ini.

“Dahulu kami selesa bergerak dalam kumpulan kami sahaja tanpa bergaul dengan orang lain, sehinggakan waktu solat, kami berjemaah di surau dan masjid sendiri.

“Namun, selepas insaf kami mahu balik ke pangkal jalan dan mulakan hidup baru berlandaskan al-Quran dan sunnah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas Majlis Ceramah Agama Bersama Mufti Pahang di Surau Al Raudhah, semalam.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman berkata, bekas pengikut kumpulan Al-Arqam di negeri ini sudah kembali ke landasan yang benar dan mahu mereka terus mengamalkan ajaran Ahlil Sunnah Wal Jamaah.

“Mereka sudah insaf dan melafazkan taubat di depan saya serta berjanji tidak mengulangi pegangan terdahulu.

“Oleh itu, saya berharap agar masyarakat memberi peluang kepada bekas pengikut ini untuk kita sama-sama mengamalkan ajaran Islam mengikut syariat yang dibenarkan.

“Mereka juga kini sedang dalam kursus pemulihan akidah selama 500 jam dan saya percaya, banyak perkara yang dipelajari oleh mereka untuk perbaiki diri sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar masyarakat tidak ragu-ragu lagi dengan kumpulan ini kerana mereka sudah berubah dan mahu bersama-sama di kalangan masyarakat.

“Selagi amalan mereka tidak bercanggah dengan ajaran Islam, kita harus hormati mereka, tetapi jika sebaliknya, tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa kepada sesiapa sahaja yang mengamalkan ajaran sesat,” katanya.

Sumber:

IMG_20140616_145403_edithttp://www.sinarharian.com.my/mobile/bekas-pengikut-al-arqam-bertaubat-1.290520

 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *