***Lamb Chop***

Kongsikan kepada yang lain
Share
Lamb Ch
Lamb Chop Ikhwan

Salam ceria.

Dah 2 malam anjang ‘lepak’ di Kafe Ikhwan BCH. Sebelah malam dikendalikan oleh kawan-kawan dengan nama ‘Food Court Corner ZJ’. Malam semalam chefnya En Rizal. Anjang tak mau berat-berat. Makan maggie goreng je. Sedap. Rizal ni memang pandai masak. Dia ajar anjang minum air ‘special’ pulak, epal hijau+asam boi ais, perghhh. Layannn. Makanan lain ada Yong Tau Fu dan Satay ASH. Dekat jam 12 baru balik rumah.

Malam ni Rizal tak dak. Pegi ‘shooting’ kat Bukit Tinggi. Tapi ada pengganti. Sifu chef yang tak asing lagi. Biasa berganding dengan Azam Jaafar kendali katering di Mekah, En Inam. So, ada masak panas tak malam ni? Elek… tak dak. Tapi ada yang istimewa menanti, ‘lamb chop’. Fuuuh. Sedap tu. Dulu anjang suka ‘lamb chop’ yang aruah Mama buat. Dia punya kuah lada hitam, terangkat. Tak tau la, Erin dan Along mewarisi ke tak kepakaran Mama.

Pelanggan pertama yang sangat menyokong aktiviti perniagaan ni adalah Kak Zahrah. Pastu En Ailwan yang belanja anjang. Sedap woo lamb chop ni! Satu set baru RM7.90 je. Dalamnya ada sepotong lamb yang telah di chop bersama kuah lada hitam. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ. Kentang goreng. Coleslaw dan sebuku roti.

Malam ni iklan alongikri dah sampai ke belum? Sebab dia dah sampai ke Air Bentan dengan Us Taqwa dan Rofiq Mazlan. Kalau belum, korang bacalah iklan anjang nie. Tentang Air Bentan ni, nanti kita cerita panjang. Eloknya cerita di sini, ‘Food Court Corner ZJ’ sambil menge’lamb chop’ dan minum air ‘camp’ panas…

‘Food Court Corner ZJ’

9.15pm, Jun 23, 2014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *