***Pertemuan JHEAINS dan GISB Holdings Sdn Bhd***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Gambar Kenangan Setelah Program.Salam ceria. 

Semalam anjang berkejar ke Seremban 2 untuk join program penting iaitu pertemuan antara GISB Holdings Sdn Bhd dengan JHEAINS (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan) dan 8 agensi kerajaan. Agak kalut juga sebab asalnya memang kereta yang anjang tumpang tu untuk menghantar En Ikrimah ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan), pastu ke Terminal Jalan Pekeliling drop si Akmal yang nak balik Jengka, barulah boleh ke Seremban. Nak pecut, jalan jam. Nasib baik driver power, En Redha.
Sampai-sampai di Dewan Perdana Ikhwan atas Restoran Nasi Ayam Hainan sempatlah mendengar ucapan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS. Antara lain beliau bersyukur kerana program begini dapat diadakan untuk saling mengenali antara satu sama lain dan membuka lembaran baru dalam perhubungan di antara GISB dengan JHEAINS khususnya. Rupanya pihak JHEAINS sendiri yang menetapkan tajuk program iaitu ‘Majlis Perbincangan dan Pertemuan Mahabbah JHEAINS dan GISB Holdings Sdn Bhd, cantik cadangannya maka cantik jugalah program yang berlaku.
Sesi soal jawab bermula dengan soalan dari Ust Yusry dari Jabatan Mufti bertanya mengenai pandangan ahli GISB sekarang berkenaan dengan akidah Allahyarham Ust Ashaari, persoalan pencak sunda, dll lalu di jawab oleh Tn Rasidi selaku TPE GISB Holdings Sdn Bhd bahawa Ust Ashaari setahu beliau, sangat akur dengan segala yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa agama, persoalan mengenai beliau yang menjadi isu di era setelah kematiannya adalah mengatakan beliau tidak mati tetapi ghaib. Maka kami sekarang kembali kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menerima kematian beliau. Adapun akidah beliau dan malah akidah sesiapa pun, itu antaranya dengan Allah. Lebih-lebih lagi beliau telah meninggal dunia. Kita tidak tahu hakikat yang sebenarnya. Kita serahkan pada Allah. Bukan hak kita mempertikaikan akidahnya. Maka yang mulia Ust Yusry mengiakan dengan membaca sepotong ayat Al Quran yang bererti “Itu adalah umat yang telah lalu; baginya apa yang diusahakannya dan bagimu apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan.” (al-Baqarah: 141)
Wakil dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) pula bertanya, adakah semua anak-anak di rumah amal GISB adalah anak yatim kerana masyarakat bertanya kepada JKM sedangkan JKM tiada maklumat tepat. Maka dijawab oleh wakil pendidikan GISB Negeri Sembilan, Ustazah Siti Hajar bahawa sekarang kami bergerak atas nama pertubuhan dan segala proses sedang dijalankan untuk memenuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Adapun anak-anak yatim di bawah jagaan kami hanya ada 4 orang. Bakinya adalah anak-anak dari latar belakang yang berbeza yang mereka adalah asnaf zakat. Sebahagian besar mereka adalah anak staf GISB. Pihak JKM berpuas hati mendapat info yang jelas dan boleh memberi jawapan kepada masyarakat selepas ini.

Malah bila beliau ditanya pandangan bagaimana jika GISB diminta oleh ibu bapa menjaga dan medidik anak mereka yang belum melepasi peringkat menengah rendah tetapi mempunyai masalah sosial yang tak mampu dikawal, bolehkah pihak GISB mendidik mereka dengan cara tertentu? Tanpa memasuki sekolah menengah kerana ada 2 orang remaja berumur 15 tahun yang tidak bersekolah menengah tetapi berada di bawah pengawasan GISB di Nilai? Maka jawapannya, tindakan GISB itu betul. Yang penting ia mendapat kebenaran ibu, bapa atau penjaga anak tersebut. JKM sendiri tidak setuju jika ibu bapa terus menyerahkan anak mereka yang bermasalah kepada JKM tanpa mengusahakan terlebih dahulu kerana bila dihantar kepada JKM, pihak JKM akan merujuk kepada mana-mana pusat pemulihan. Apa yang berlaku, anak tersebut bukan bertambah baik kerana di pusat pemulihan biasanya terdapat senior-senior yang lebih tinggi skil dan kemahiran dalam melanggar peraturan atau melakukan jenayah maka anak tersebut akan bertambah ‘rosak’.
Ustaz Amir Intizam dari Bahagian SAR dan KAFA juga bertanya mengenai pendidikan anak-anak GISB dan dijawab oleh wakil pendidikan bahawa semua anak-anak GISB peringkat sekolah rendah bersekolah di sekolah kerajaan. KAFA diajar di asrama tetapi tidak memenuhi semua subjek dan insyaAllah selepas ini akan diusahakan untuk sertai KAFA seperti murid-murid sekolah biasa.
Bahagian penguatkuasa JHEAINS pula meminta beberapa belas ahli GISB yang berpoligami memastikan pendaftaran perkahwinan mereka supaya tidak berlaku masalah jika berlaku kematian, ingin mengerjakan haji atau umrah dan lain-lain. Maka dijawab oleh Tuan Fadhil, semua staf GISB yang berpoligami di Negeri Sembilan telah mendaftarkan pernikahan mereka kecuali 2 orang yang sedang dalam proses kerana kehilangan dokumen. Ia akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Ada satu soalan cepu emas mengenai poligami, adakah dalam Aurad Muhammadiah atau orang-orang GISB mempunyai amalan tertentu yang membolehkan mereka mampu beristri 2, 3 dan 4? Juga ada soalan mengenai hubungan GISB Holdings dengan Ikhwan AFT di Sendayan. Yang ni tak larat dah anjang nak tulis, korang tanyala sapa yang hadir semalam.
Overall program sangat menarik, tapi sayang anjang tak dapat snap gambar cantik sebab angle anjang di dewan tak membantu sedangkan dewan, punyalah cantiiiikkk! Penuh dengan bunga hidup. Kalaulah anjang ada kamera ‘GoPro’ macam Hakim, perghh mesti gempaq punya photo yang anjang snap. Mengidam le sangat ‘GoPro’ ni….
Semasa makan di Restoran Hainan usai program, dapatlah berbual mesra dengan Ust Yusry dan Ust Amir dan saling bertukar kad dan no hp.
Ok, jumpa lagi.
Rumah ZJ
6.38am. Jun 24, 20014
  • gisb holdings (1)
  • gisb sdn bhd (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Pertemuan JHEAINS dan GISB Holdings Sdn Bhd***

  • June 24, 2014 at 3:48 pm
    Permalink

    Subhanallah, semuga program begini dpt dilaksanakan di negeri2 lain. Menambah eratkan tali siraturahim. Kerjasama bersepadu demi imarahkan Islam di bumi Malaysia tercinta ini…

    Reply
    • June 24, 2014 at 7:59 pm
      Permalink

      Doakanlah moga semua umat Islam bersatu padu dan bekerjasama, mudah-mudahan Allah kabulkan doa kita di bulan yang mulia, khususnya Ramadhan yang menjelang tiba. Ya Allah, kuatkan umat Islam dengan iman, ukhuwah dan perpaduan! Amin..

      Reply
  • June 25, 2014 at 5:16 pm
    Permalink

    AMIN!AMIN! AMIN!!!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *