***Syarifah Aini Dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share
  • Sharifah Aini meninggal dunia
  • 5:37AM Jul 5, 2014
  • Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi ini di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham berusia 61 tahun.

    Sharifah Aini yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

    Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor, demikian menurut laporan Astro Awani.

    Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

    Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas.

    Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Syarifah Aini Dalam Kenangan***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *