***Suka Duka Pengedar Produk Halal***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
“Jual apa tu? Kue Tiew?”, tanya seorang lelaki ketika pengedar produk terkini GISB belum sempat masuk ke kedai. “Korang buat sendiri ke?”, “Ya”, jawab staf GISB. “Bak saya 4 bungkus!, susah nak cari ni! Buat sungguh-sungguh tau!”

“Letak la 20 bungkus dulu, sebab baru masuk pasaran. Lagipun ada orang lain punya.” kata seorang pekerja di sebuah kedai runcit. Tak beberapa lama selepas itu, staf pengedar itu mendapat panggilan, “Tolong datang semula, Kue Tiew dah nak habis, tinggal lima bungkus je!”

“Apa? Kue Tiew? Buat sendiri?” tanya seorang pemilik stesyen minyak Melayu, (Ya, lelaki Melayu Islam) “Dah berapa lama? Baru sebulan? Pegi buat dulu sampai setahun, kualiti dah ok, baru datang balik.” katanya tanpa menghiraukan perasaan pengedar GISB di bulan Ramadhan.

“Saya tak boleh ambil la. Nanti Cina supplier kue Tiew lama ni marah. Tak berani la.”

Seorang lelaki Cina pembekal kue Tiew terserempak dengan pengedar kue tiew GISB lalu bertanya,
“Jual apa? Kue tiew ka? Buat sendili ka?”

Seorang wanita pemilik kedai runcit bila diberitahu,
“Kami nak edar kue tiew yang kami usahakan sendiri. Orang Melayu Islam punya.”
Memalingkan muka, tidak mahu melihat, sambil berkata,
“Tak ndak, Cina punya banyak.”

Pasar Tani, seorang perempuan berkata, “Eii, akak dah lama tak makan kue tiew, tak yakin halal. Tapi kalau orang kita buat, akak mesti amik.”

“Mi kuning tak de ke? Tauhu tak de? Orang Melayu ni‎ kurang makan kue tiew. Kalau ada mi kuning, akak amik banyak. Kue tiew ni, letak la lima bungkus.”
“Amik la 10 kak!, 3 hari nanti kami datang lagi”
“Ok, ok.”

Begitulah serba sedikit kisah pengedar produk halal GISB ‎yang masih baharu, kue tiew di Muar, selatan tanahair. Coklat pula sedang diusahakan di utara dan tengah. Proses mendapatkan sijil halalnya masih sedang diusahakan tetapi yakinlah, produk dari GISB di usahakan 100% oleh orang-orang Islam yang bersembahyang.

Ini adalah tanggung jawab fardhu kifayah, lebih-lebih lagi setelah timbul isu-isu banyak barang makanan khususnya diragui kehalalannya. ‎Membaca berita penemuan tulang temulang binatang dipercayai babi di dasar kolam ternakan ikan patin yang kering di Ipoh menambahkan rasa kebimbangan di hati kita mengenai sikap pihak bukan Islam yang sengaja nak mengenakan umat Islam.

Selagi umat Islam bergantung kepada mereka, selagi itulah kita tidak merdeka dari sudut makan minum yang akhirnya membentuk hati nurani dan darah daging.
Restoran menawarkan buffet Ramadhan, juga menyediakan minuman keras. Malah akibat memakan barang haram dan syubhah, ada di kalangan kita yang tiada ‘jiwa’ untuk mempertahankan syariat Allah dan produk halalan toiyiban.

Lihat sahaja peniaga yang hendak menjaga hati supplier bukan Islam, tiada kekuatan untuk mengambil produk ‎muslim semata-mata kerana nak jaga hati. Orang dah bagi kita makan najis bertahun-tahun, sampai bila kita nak jaga hati mereka. Sedangkan apa kata Allah dan Rasul?

Lebih malang, umat Islam yang sibuk berniaga fikirkan untung semata-mata, sanggup jual juadah bercampur najis. Di bazar Ramadhan ada yang berniaga mi goreng atau roti John, tak membasuh telur. Atau basuh tak sempurna. Masih ada ‘ain’ najisnya. Atau dah basuh, masih basah-basah, letak balik di sarang telur yang bernajis. Walhal semua tahu, telur ayam bukan keluar melalui mulut ayam, tapi melalui dubur. Wajib dibasuh. Apakah kita sanggup memberi orang makan najis dan mengambil duit atas usaha itu (niaga).

Mari memperjuangkan produk muslim yang halalan toiyiban. Ok, setakat ni je. Nak buka posa di ‘Mat’am Manisnya Madu’‎, Jom korang…

Mat’am Manisnya Madu
7.23pm. Jul 10, 2014

…………………………………………………………
Persiapan bisnes selepas Raya, modal kecil, untung berterusan:
http://tinyurl.com/mej3hhm
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Suka Duka Pengedar Produk Halal***

  • July 10, 2014 at 8:20 pm
    Permalink

    Moga pengedar² barangan hala tabah memperjuangkan makanan yg suci dan halal. Begitu juga sokongan dari peniaga dan pembeli yg sanggup menjadi pembela kepada Allah dan Rasul

    Reply
  • July 10, 2014 at 11:31 pm
    Permalink

    Mari memperjuangkan produk muslim yang halalan toiyiban …terbaik….!!!

    Reply
    • July 11, 2014 at 8:49 pm
      Permalink

      Alamat kilang: No.13, jln merak, Tmn sri jeram 2, Jln bakri 84000, muar, jhr.
      En khairus : 013-9755119 @
      Pn Fatimah : 013-7926530

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *