Suspek ditetak senjata sendiri ketika cuba samun

Kongsikan kepada yang lain
Share

malaysiakini

6:49AM Jul 10, 2014
Seorang lelaki cedera parah akibat dipukul dan ditetak dengan senjatanya sendiri ketika cuba menyamun sebuah rumah di Kampung Tanjung Selabu, Bukit Pasir di Muar semalam.

Dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, Lau Teng Siew, 43, berkata beliau tiba-tiba ditetak dengan parang oleh suspek sebaik sahaja membuka pintu rumahnya.

“Sebaik membuka pintu kayu itu, kepala saya terasa sakit dan darah mula mengalir di bahagian dahi sehingga penglihatan saya menjadi samar-samar. Tanpa berfikir panjang, saya mencapai kerusi dan memukul lelaki bertopeng itu berulang kali hingga patah.

“Saya nekad merampas parang yang dipegang lelaki itu dan menetaknya,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar petang semalam.

Menurutnya walaupun penglihatannya samar-samar, beliau dapat memukul suspek berusia 58 tahun itu berulang kali sehingga senjatanya terlepas dari pegangannya.

Lau berkata tindakannya itu telah mengejutkan suspek yang kemudian menjerit memintanya berhenti memukulnya.

Mangsa kemudian dibantu oleh jiran-jirannya yang menghubungi polis bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Suspek yang dirawat di hospital sama dipercayai mengalami patah tulang rusuk kanan, cedera parah di kepala akibat ditetak dengan senjata tajam dan cedera di kedua-dua belah tangannya.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, yang disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun.

Anjang: Sekali sekala, Allah jadikan penyamun bersenjata pula kena tetak dengan mangsa. Selalunya asyik mangsa samun je kena.‎ Tak tau la apa hikmahnya. Moga suspek insaf dengan perbuatannya.
………………………………………………………
‎Peluang jana pendapatan:
http://tinyurl.com/mej3hhm‎
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *