***Berbuka di Berita Harian***

Kongsikan kepada yang lain
Share

IMG_20140715_100502_editIMG_20140714_182408_editIMG_20140704_195413_editsalam ceria.
Petang semalam 14 Julai 20014 anjang berpeluang berbuka puasa untuk kali ke 2 di surau NSTP, Balai Berita. Kali pertama pada 4hb lepas. Atas nama Islam, Alhamdulillah beginilah Allah layan. Dapatlah berbuka puasa, bersolat jemaah dan sunat tarawih bersama warga NSTP iaitu staf dan pegawai dari Akhbar Berita Harian, Harian Metro dan akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times.

Atas rasa berterima kasih kepada Berita Harian yang menyiarkan berita-berita mengenai GISB yang membawa kepada kuat kesungguhan staf GISB untuk kembali ke arus perdana di bawah bimbingan dan pemantauan berterusan JAKIM, JAIS dan Pihak Keselamatan, maka GISB Holdings mengajurkan majllis tersebut untuk menambah kemesraan, mengikat ukuhwah dan membina perpaduan. Sesuatu yang sangat dituntut khasnya di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Moga GISB Holdings Sdn Berhad berpeluang mengadakan majlis seumpamanya di JAKIM, JAIS, KDN dan PDRM semata-mata kerana Allah. Allah sangat menuntut kita beramal dengan Al Quran, lebih-lebih lagi kita berada di bulan ‘Nuzulul Quran’, kerana dengan perpaduan dan kasih sayang, diasaskan oleh takutkan Allah dan rindukan Rasulullah, insyaAllah akan terbina kekuatan kepada umat Islam di Malaysia. Kalau semua pihak sanggup bermaaf-maafan, bermesra, buang yang keruh, ambil yang jernih akan berlaku kerjasama dari berbagai sudut dari kedua belah pihak.

Gambar suasana berbuka puasa semalam ada di ms 18, BH hari ini. Sapa masak? Tentulah Ekhwan Katering. sedap betul khususnya lauk kambing dan acar buah…

Rumah ZJ
8.40am, Jul 15, 20014

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *