Kisah Benar: Tiada negara seberani Malaysia! 

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Sakit hati melihat perangai yahudi, sengaja lakukan serangan terhadap rakyat Palestin di bulan Ramadhan yang mulia. Moga kematian mangsa serangan udara yang sudah mencapai hampir 200 orang Allah gantikan dengan kesabaran di hati para waris mereka. Allah anugerahkan para mangsa syurga Firdaus. Lebih menyakitkan bila mengetahui mereka menggunakan bom barah, rakyat Palestin umpama testimoni bom-bom ciptaan mereka.

‎Kat Malaysia, kematian berlaku setiap hari. Kematian yang mengerikan. Bukan kerana bom barah. Bukan kerana bom berangkai. Bukan tembakan mesingan. Pecah kepala. Putus tangan. Hancur kaki. Terburai isi perut. Kesannya hampir sama dengan serangan Israel laknatullah. Tapi bukan mati akibat serangan musuh, mati kemalangan jalanraya. Melihat accident ngeri yang berlaku setiap hari di dada akhbar, di TV, malah di depan mata menyebabkan ada orang yang berdoa,

“Ya Allah, janganlah matikan aku di ‘jalan yang lurus’ (dia maksudkan ‘highway’)”

Baru ni anjang ke KT, di lebuhraya anjang nampak seorang penunggang motosikal menunggang dengan keadaan meniarap. Kapcai je. Laju giler, lebih 100km/jam. Mungkin dia dah penat duduk, meniarap pula. Patutnya bila penat cari tempat untuk berehat tapi dia meniarap terasa macam superman. Bahaya tu… tak percaya tanya DD dan Tn Salleh. Saiful tahu, laju giler.‎ Berani tak kena tempat.

Bercakap tentang berani ni, anjang nak kongsi apa yang sibuk dikatakan di internet. Berani macam ni sangat berbeza dengan berani mat rempit. Moga Allah rahmati para pemimpin Malaysia.

Anjang copy paste je, depa tak sertakan sumber asal pula.‎

Selamat membaca.

Masjid NI, BCH.

7.32am, Jul 15, 2014

“Tiada Negara Seberani Negara Malaysia”

Ayat di atas bukan kata aku tetapi kata-kata dari seorang rakan berasal dari Sepanyol. Mengapa dia kata begitu? Ia bermula selepas dia membelek-belek passport aku dan dia terkejut bila dia terbaca,

“Passport ini sah digunakan di semua negara kecuali Israel”

“Eh, saya tak pernah melihat passport seperti ini. Malaysia benar-benar anti Israel. Saya boleh katakan tiada negara yang seberani Malaysia!” katanya.

Bagi rakan-rakan Palestin, kebanyakan mereka sudah tahu mengenai perihal passport Malaysia. Bagi mereka yang baru mengetahui hal ini, berpusu-pusu merakam gambar dan kongsikan di Facebook. Menurut mereka, di Palestine, mereka tidak boleh menyebut nama Malaysia sesuka hati. Apatah lagi jika ada askar Israel berhampiran kerana mereka sangat-sangat sensitif dengan nama Malaysia. Namun, kebencian Israel terhadap Malaysia membanggakan warga Palestin.

Salah seorang rakanku dari Jordan mengatakan bahawa tiada satu pun dalam mana-mana passport negara Arab yang berani meletakan pengecualian sebegitu dalam passport. Ini kerana mereka takut dengan Israel. Tetapi Malaysia yang bukannya Arab berani dan kuat daripada negara Arab itu sendiri.

Dan yang paling aku tak boleh blah, seorang rakan dari Libya mengatakan sesuatu yang agak keterlaluan bagi aku iaitu, “Saya rasa seolah-olah Nabi Muhammad bukan dari Arab tetapi dari Malaysia. Sebab kami tengok orang Malaysia jauh lebih sayang Islam dari orang Arab sendiri.”

Demi Allah yang memegang urat jantuku, ini semua bukan rekaan semata-mata tetapi inilah yang aku lihat dan dengar ketika berada di Turki. Sedangkan orang Turki pun boleh kibarkan bendera Malaysia di kedainya, apatah lagi dengan kenyataan seperti ini?

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

  • malaysia di mata israel (2)
  • malaysia di mata palestin (1)
  • malaysia dimata palestin (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *